Tuesday, December 22, 2009

Small Office Home Office

Situasi: sedang memandu ke tempat kerja di pagi hari.

selalu kalau pagi-pagi dalam kereta aku dengar siaran Bernama radio 24. Tapi kadang-kadang tu jiwa pun nak hiburan gak, so pagi tadi aku bukak la Era. Dengar Pak Nil dan Din Beramboi mengarut pagi-pagi, pak nil yang tak habis-habis gelak dan Din Beramboi yang tak sudah-sudah lawak mengarut dia.

tajuk pagi tadi mengenai 39 orang staff dari Kementerian Kerja Raya di pilih sebagai perintis berkerja dari rumah.talian lalu dibuka untuk pendapat umum.pemanggil demi pemanggil memberi pendapat. aku boleh simpulkan dari panggilan-panggilan itu seperti berikut:

1. Nak buat berkerja dari rumah takpe, tapi nanti sape nak pantau?
2. Macamane nak hantar laporan atau kerja kalau kerja dari rumah?
3. Nanti kalau kene mintak tandatangan untuk kelulusan macamane?

komen aku terhadap persoalan-persoalan di atas:

Perlukah seseorang pekerja itu dipantau dari awal dia buat kerja sampai tugasan itu selesai. ini bukan sekolah rendah bang, cikgu kene tunggu anak murid buat kerja sampai habis. Patutlah ramai yang mengadu di beberapa institusi, banyak jawatan-jawatan yang tidak diperlukan masih wujud. sebenarnya mereka ditugaskan untuk "memantau". setakat nak pantau, amik jaga shoping complex pun boleh. Pekerja-pekerja pun kena la jugak ada disiplin yang tinggi. ini tidak, mentang-mentang la kerja dari rumah,bangun tido lambat, tuang keje, membuta. Di negara barat, mereka yang berkerja dari rumah akan buat satu bilik ofis kat dalam rumah mereka. mereka akan berpakaian ofis (kemeja ngan tie) dan masuk ofis (yang kat dalam rumah mereka tu) tepat waktu ofis bemula dan keluar sesudah ofis tamat.

sekarang ni setiap pelusuk dan ceruk Malaysia dah ade komputer, dah ade internet. Siap ade yang berlawan potong-memotong lagi. Tak kan la nak hantar laporan pakai Pos Malaysia lagi kot? Aku rase dengan sekali klik je, laporan boleh dihantar. Nak berkomunikasi? dah bersepah handphone canggih di pasaran. siap ade yang tak yah tekan nombor pun boleh call orang.

persoalan No.3 nih agak technical sikit. Kelulusan on-line sebenarnya dah lama diperaktik kan.Cuma kita jer yang tak sedar. Contoh paling mudah, kad plastic kat dlm wallet korang yang selalu buat korang sasau,kad kredit. Identifikasi kita disimpan di dalam jalur magnatic atau chip untuk pengesahan bayaran dengan sekali swipe. susah sangat ke nak install dan buat sistem untuk syarikat-syarikat yang buat untung jutaan ringgit tiap-tiap tahun? Ataupun cara paling mudah adalah controlled excess facilities dalam sistem.maksudnya, hanya orang tertentu sahaja yang boleh log-in dan meluluskan permohonan on-line perkerja. Susah sangat ker?

apa yang aku boleh simpulkan adalah, kebanyakkan dari kite tak fokus terhadap objektif sesuatu tugasan itu. Kite letak objektif sebagai perkara yang secondary. Kite lebih suka menilai prestasi perkerja secara personal seperti cara dia bertutur semasa dalam mesyuarat atau cara dia steapler kan kertas untuk di hantar kepada pengurus. Kelakar? tapi itu lah realiti. selagi paradigma semacam ini tidak dibuang, mimpikan lah nak kerja dari rumah.

P/S: aku cadangkan rumah tu dibawak ke ofis.abis cerita.heh!

No comments:

Post a Comment