Thursday, December 24, 2009

Wants & Needs

Venue: Sebuah kedai kopi di wangsa maju.


Hadirin: Aku,Gombak Rock, Sang Blogger.Kekura dominant & kekasih hatinya baru saja pergi, ke destinasi pilihan hati mereka (ewah!)

Situasi: Berborak dan berasap sambil melayan teh tarik gelas besar

Hari ni agak tenang. Angin bertiup nyaman.Dalam kedai pun tak ramai orang. Kami ambil tempat di koridor, macam biase. Boleh cuci mata (Ops!).Sang Blogger sibuk dengan kamera DSLR Canon beliau. Amik shot cantik katenye. Aku dan Gombak Rock terus mengarut tentang isu-isu semasa. Dari isu kehidupan, politik dan kenegaraan. Cukup menarik sebenarnya kalau kami berdiskusi. Ade pro ade contra. Ade yang di persetujui ade yang tak. Tapi macam biase, kami terima seadanya. Name pun pendapat. Takde hakim atau juri di situ nak tentukan siapa betul atau salah.

Gombak Rock adalah penjual buku. Dari dulu lagi, beliau memang suka membaca. Seingat aku, dia pernah beli buku “Wealth of Nation” karangan Adam Smith yang memang tak menarik langsung untuk dibaca kalau saje-saje nak baca. Tapi dia baca.Habis ke die baca buku tu? Tu die saje yang boleh jawab.Heh! Anyway, die telah menukar kegemaran beliau kepada perkara yang mendatangkan keuntungan. Begitu jugak dengan sang blogger. Mungkin nampak bergaya dengan DSLR mahal beliau,tapi jauh di sudut hati beliau memang die nak cari makan dengan kamera kesayangan nya itu. Sejauh mane dia dapat job? Yang tu aku belum tahu lagi.heh

Melihat kepada situasi ekonomi sejak akhir-akhir ini, ramai telah berjaya menukar hobi mereka kepada bisnis. Iyelah! Dari perabis kan duit, terutamanya untuk hobi-hobi yang melibatkan kos yang tinggi, baik mereka gunakan kemahiran yang ada untuk menjana duit. Lepas la nak bayar yuran sekolah anak-anak, beli beg berjenama untuk merasuah isteri sebelum kita membeli barang-barang untuk diri sendiri (ade jugak orang jenis ni kan? ). Tapi semua nya atas sebab kewangan peribadi yang semakin menjerut diri. Hutang kad plastic, hutang pijaman peribadi,hutang rumah dan 1001 hutang yang membebankan. Tu tak termasuk bayar insuran nyawa dan potongan untuk mutual fund. Pergh! Kalau tengok kat portfolio asset dan equity, memang dah tahap jutawan. Tapi semua tu future value lah,present value takde nilai pun. Ade yang bersengkang mata dan lupe keluarga semata-mata nak cari side income. Alasan seperti biase, untuk family sendiri jugak.

Rata-rata dari kite sebenarnya tak dapat bezakan antara keperluan dan kehendak (needs and wants). Ambil contoh kereta lah, kalau aku tanye soalan bodoh ni kat orang, mesti aku kene gelak. Ape beza Kancil dengan BMW ? Ok,Ok….name pun BMW kan, sah-sah la lg prestige tul tak. Orang-orang hebat je pakai kereta camtu. Tapi, kalo pegi ke Penang dari Kuala Lumpur, naik bas pun boleh sampai. Tapi yang pelik nya, ade yang sanggup bergolok bergadai nak beli kereta-kereta mewah semata-mata nak bergerak dari satu point ke satu point yang lain. Pelik! Ade yang sanggup duduk di rumah yang, bagi aku, sebesar reban ayam dan pada masa yang sama ade kereta yang harganya boleh beli sebijik super link house kat Kota Damansara. Pelik lagi! Ade yang ikat perut anak-bini semata-mata nak bayar wang insurance bulanan kononnye untuk jaminan masa depan yang kita tak tahu sempat ke tak nak capai (iyelah! Kalau esok kita mati). Lagi pelik!

Sebagai seorang yang separa arif tentang finance (adelah belajar buat akaun mase belajar KH dulu), “cars is the worst assets that one should have”. Depreciation die, mak aih! Terlampau. Begitu jugak dengan insurance dan mutual fund, itu semua long term investment yang kita sendiri tak tahu sempat merasa ke tak. Kalau ade satu atau dua insurance dan fund macam tu ok lah. Penting gak benda-benda mcm tu, kalau sakit pening dan untuk anak-anak bile kite dah takde. Tapi kalau dah excessive sampai kene cari side income,ape cerita? Boleh ke just campak duit mcmtu boleh jadi kaya?yang aku tengok, wealth advisor yang kaya adalah. Dan perlu diingat,Time Value of Money (TVM), duit sehinggit hari ni tak sama dengan nilai duit sehinggit esok (ini kene salahkan dasar kapitalisme), tapi selalu anggapan nye nilai wang tersebut akan lebih besar dari hari ni (untung atas interest, riba' tu!). Tapi katakanlah kalau perlaburan tersebut akan matang dalam masa 20 tahun lagi dengan guaranteed return lebih kurang RM3 juta pada tempoh matang, korang rase pada waktu itu RM3 juta tu nilai die berapa sebenarnya? Silap-silap, dengan kadar inflasi yang selalunya meningkat ( sebab takde intrinsic value pada wang kertas kite tu dimana ia adalah satu lagi dasar kapitalisme), RM3 juta kita tu sekadar boleh angkat sebuah rumah terrace setingkat di Sabak Bernam. Benda-benda macam ni wealth advisor tak kan bagitau, kalau tak rugi la depa.

Tapi papehal pun, terpulang kepada individu mana satu pilihan dihati.jangan sampai tak cukup duit nak makan tiap bulan. tak pun sampai gaji dapat merasa sejam saje tiap-tiap bulan, lepas tu abis nak bayar hutang dan bermacam lagi bayaran.

P/S: Niat dihati nak pakai VW Golf GTI. tengah kumpul duit 50 sen sehari.

4 comments:

  1. lu dh mula masuk market ni..

    kehkehkeh..Wish tu kawtim 50k sudah la..

    ReplyDelete
  2. takdehal....cume tolongla support member-member sket....

    ReplyDelete
  3. brader, nk copy statement lu bleh?gua nk bg kt member yg batak sgt nk bli kete mhl2.
    komen kt blog gua spya gua bleh taw.
    kamsahamnida.

    ReplyDelete
  4. durianjawa: aiseh! sorry, baru perasan comment. dipersilakan dengan segala hormatnya.

    ReplyDelete