Thursday, December 24, 2009

Wants & Needs

Venue: Sebuah kedai kopi di wangsa maju.


Hadirin: Aku,Gombak Rock, Sang Blogger.Kekura dominant & kekasih hatinya baru saja pergi, ke destinasi pilihan hati mereka (ewah!)

Situasi: Berborak dan berasap sambil melayan teh tarik gelas besar

Hari ni agak tenang. Angin bertiup nyaman.Dalam kedai pun tak ramai orang. Kami ambil tempat di koridor, macam biase. Boleh cuci mata (Ops!).Sang Blogger sibuk dengan kamera DSLR Canon beliau. Amik shot cantik katenye. Aku dan Gombak Rock terus mengarut tentang isu-isu semasa. Dari isu kehidupan, politik dan kenegaraan. Cukup menarik sebenarnya kalau kami berdiskusi. Ade pro ade contra. Ade yang di persetujui ade yang tak. Tapi macam biase, kami terima seadanya. Name pun pendapat. Takde hakim atau juri di situ nak tentukan siapa betul atau salah.

Gombak Rock adalah penjual buku. Dari dulu lagi, beliau memang suka membaca. Seingat aku, dia pernah beli buku “Wealth of Nation” karangan Adam Smith yang memang tak menarik langsung untuk dibaca kalau saje-saje nak baca. Tapi dia baca.Habis ke die baca buku tu? Tu die saje yang boleh jawab.Heh! Anyway, die telah menukar kegemaran beliau kepada perkara yang mendatangkan keuntungan. Begitu jugak dengan sang blogger. Mungkin nampak bergaya dengan DSLR mahal beliau,tapi jauh di sudut hati beliau memang die nak cari makan dengan kamera kesayangan nya itu. Sejauh mane dia dapat job? Yang tu aku belum tahu lagi.heh

Melihat kepada situasi ekonomi sejak akhir-akhir ini, ramai telah berjaya menukar hobi mereka kepada bisnis. Iyelah! Dari perabis kan duit, terutamanya untuk hobi-hobi yang melibatkan kos yang tinggi, baik mereka gunakan kemahiran yang ada untuk menjana duit. Lepas la nak bayar yuran sekolah anak-anak, beli beg berjenama untuk merasuah isteri sebelum kita membeli barang-barang untuk diri sendiri (ade jugak orang jenis ni kan? ). Tapi semua nya atas sebab kewangan peribadi yang semakin menjerut diri. Hutang kad plastic, hutang pijaman peribadi,hutang rumah dan 1001 hutang yang membebankan. Tu tak termasuk bayar insuran nyawa dan potongan untuk mutual fund. Pergh! Kalau tengok kat portfolio asset dan equity, memang dah tahap jutawan. Tapi semua tu future value lah,present value takde nilai pun. Ade yang bersengkang mata dan lupe keluarga semata-mata nak cari side income. Alasan seperti biase, untuk family sendiri jugak.

Rata-rata dari kite sebenarnya tak dapat bezakan antara keperluan dan kehendak (needs and wants). Ambil contoh kereta lah, kalau aku tanye soalan bodoh ni kat orang, mesti aku kene gelak. Ape beza Kancil dengan BMW ? Ok,Ok….name pun BMW kan, sah-sah la lg prestige tul tak. Orang-orang hebat je pakai kereta camtu. Tapi, kalo pegi ke Penang dari Kuala Lumpur, naik bas pun boleh sampai. Tapi yang pelik nya, ade yang sanggup bergolok bergadai nak beli kereta-kereta mewah semata-mata nak bergerak dari satu point ke satu point yang lain. Pelik! Ade yang sanggup duduk di rumah yang, bagi aku, sebesar reban ayam dan pada masa yang sama ade kereta yang harganya boleh beli sebijik super link house kat Kota Damansara. Pelik lagi! Ade yang ikat perut anak-bini semata-mata nak bayar wang insurance bulanan kononnye untuk jaminan masa depan yang kita tak tahu sempat ke tak nak capai (iyelah! Kalau esok kita mati). Lagi pelik!

Sebagai seorang yang separa arif tentang finance (adelah belajar buat akaun mase belajar KH dulu), “cars is the worst assets that one should have”. Depreciation die, mak aih! Terlampau. Begitu jugak dengan insurance dan mutual fund, itu semua long term investment yang kita sendiri tak tahu sempat merasa ke tak. Kalau ade satu atau dua insurance dan fund macam tu ok lah. Penting gak benda-benda mcm tu, kalau sakit pening dan untuk anak-anak bile kite dah takde. Tapi kalau dah excessive sampai kene cari side income,ape cerita? Boleh ke just campak duit mcmtu boleh jadi kaya?yang aku tengok, wealth advisor yang kaya adalah. Dan perlu diingat,Time Value of Money (TVM), duit sehinggit hari ni tak sama dengan nilai duit sehinggit esok (ini kene salahkan dasar kapitalisme), tapi selalu anggapan nye nilai wang tersebut akan lebih besar dari hari ni (untung atas interest, riba' tu!). Tapi katakanlah kalau perlaburan tersebut akan matang dalam masa 20 tahun lagi dengan guaranteed return lebih kurang RM3 juta pada tempoh matang, korang rase pada waktu itu RM3 juta tu nilai die berapa sebenarnya? Silap-silap, dengan kadar inflasi yang selalunya meningkat ( sebab takde intrinsic value pada wang kertas kite tu dimana ia adalah satu lagi dasar kapitalisme), RM3 juta kita tu sekadar boleh angkat sebuah rumah terrace setingkat di Sabak Bernam. Benda-benda macam ni wealth advisor tak kan bagitau, kalau tak rugi la depa.

Tapi papehal pun, terpulang kepada individu mana satu pilihan dihati.jangan sampai tak cukup duit nak makan tiap bulan. tak pun sampai gaji dapat merasa sejam saje tiap-tiap bulan, lepas tu abis nak bayar hutang dan bermacam lagi bayaran.

P/S: Niat dihati nak pakai VW Golf GTI. tengah kumpul duit 50 sen sehari.

Tuesday, December 22, 2009

Small Office Home Office

Situasi: sedang memandu ke tempat kerja di pagi hari.

selalu kalau pagi-pagi dalam kereta aku dengar siaran Bernama radio 24. Tapi kadang-kadang tu jiwa pun nak hiburan gak, so pagi tadi aku bukak la Era. Dengar Pak Nil dan Din Beramboi mengarut pagi-pagi, pak nil yang tak habis-habis gelak dan Din Beramboi yang tak sudah-sudah lawak mengarut dia.

tajuk pagi tadi mengenai 39 orang staff dari Kementerian Kerja Raya di pilih sebagai perintis berkerja dari rumah.talian lalu dibuka untuk pendapat umum.pemanggil demi pemanggil memberi pendapat. aku boleh simpulkan dari panggilan-panggilan itu seperti berikut:

1. Nak buat berkerja dari rumah takpe, tapi nanti sape nak pantau?
2. Macamane nak hantar laporan atau kerja kalau kerja dari rumah?
3. Nanti kalau kene mintak tandatangan untuk kelulusan macamane?

komen aku terhadap persoalan-persoalan di atas:

Perlukah seseorang pekerja itu dipantau dari awal dia buat kerja sampai tugasan itu selesai. ini bukan sekolah rendah bang, cikgu kene tunggu anak murid buat kerja sampai habis. Patutlah ramai yang mengadu di beberapa institusi, banyak jawatan-jawatan yang tidak diperlukan masih wujud. sebenarnya mereka ditugaskan untuk "memantau". setakat nak pantau, amik jaga shoping complex pun boleh. Pekerja-pekerja pun kena la jugak ada disiplin yang tinggi. ini tidak, mentang-mentang la kerja dari rumah,bangun tido lambat, tuang keje, membuta. Di negara barat, mereka yang berkerja dari rumah akan buat satu bilik ofis kat dalam rumah mereka. mereka akan berpakaian ofis (kemeja ngan tie) dan masuk ofis (yang kat dalam rumah mereka tu) tepat waktu ofis bemula dan keluar sesudah ofis tamat.

sekarang ni setiap pelusuk dan ceruk Malaysia dah ade komputer, dah ade internet. Siap ade yang berlawan potong-memotong lagi. Tak kan la nak hantar laporan pakai Pos Malaysia lagi kot? Aku rase dengan sekali klik je, laporan boleh dihantar. Nak berkomunikasi? dah bersepah handphone canggih di pasaran. siap ade yang tak yah tekan nombor pun boleh call orang.

persoalan No.3 nih agak technical sikit. Kelulusan on-line sebenarnya dah lama diperaktik kan.Cuma kita jer yang tak sedar. Contoh paling mudah, kad plastic kat dlm wallet korang yang selalu buat korang sasau,kad kredit. Identifikasi kita disimpan di dalam jalur magnatic atau chip untuk pengesahan bayaran dengan sekali swipe. susah sangat ke nak install dan buat sistem untuk syarikat-syarikat yang buat untung jutaan ringgit tiap-tiap tahun? Ataupun cara paling mudah adalah controlled excess facilities dalam sistem.maksudnya, hanya orang tertentu sahaja yang boleh log-in dan meluluskan permohonan on-line perkerja. Susah sangat ker?

apa yang aku boleh simpulkan adalah, kebanyakkan dari kite tak fokus terhadap objektif sesuatu tugasan itu. Kite letak objektif sebagai perkara yang secondary. Kite lebih suka menilai prestasi perkerja secara personal seperti cara dia bertutur semasa dalam mesyuarat atau cara dia steapler kan kertas untuk di hantar kepada pengurus. Kelakar? tapi itu lah realiti. selagi paradigma semacam ini tidak dibuang, mimpikan lah nak kerja dari rumah.

P/S: aku cadangkan rumah tu dibawak ke ofis.abis cerita.heh!

Sunday, December 20, 2009

satu paper lagi

Venue: OUM main camp
Situasi: baru abis exam Issues in Islamic Finance.Pecah kepala!

terserempak la dngn rakan seperjuangan menjawab exam.lalu ditumpang kan beliau ke bus stand klang, balik seremban katenye.

dlm kereta berdiskusi lah kami tentang paper tadi dan berberapa perkara tentang perbankkan Islam (walaupun aku sbnrnya dah keluar dari industri tersebut lebih dari 3 tahun). cuma satu perkara yang buat aku tertarik dengan pandangan otai ni ( hehehh...classmate aku ramai yg pangkat pakcik) , beliau bercerita tentang Jihad. tujuan utama beliau enroll dlm course ni sbb nak berjihad dengan memperkenal kan perbankkan islam pada masyarakat.Uish! dahsyat otai ni....dlm usia semacam tu masih lagi optimis tentang perjuangan.

balik ke rumah dlm perjalanan, aku ber monolog sendiri. Apa yg aku nak jihad kan atau perjuangkan? ilmu,kuasa atau duit? agama? baru aku sedar,aku takde perjuangan sebenarnye.pegi keje,balik kejer,makan, tido....lepak, melalut & mengarut.ingat lagi kate2 Rambo " to live with nothing or to die of something".kat mane kite sebenarnye? kekadang rase diri ini hebat, tapi sebenarnya kite "nothing".pi mai,pi mai,tang tu jgk.nak bangga dgn kelulusan, beribu org ade kelulusan.kereja? apelah sgt,balik2 dapat gaji hujung bulan same gak la.dapat la extra kalo performed (kalo betul la caranye kan).tapi puas ke kite? kalo ditakdirkan kite mati hari ni, boleh ker kite tutup mate ngan rase puas?

ops! dah smpai tol Bangi. kjp lagi smpai lah rumah.nak jmpe "perjuanganku" jp lagi....penentu kepada jatuh bangun aku, penyambung generasi aku....family aku

p/s: last paper hari Isnin, Islamic Banking System.Harap2 cemerlang la hendaknye.

Saturday, December 19, 2009

Bermulanya Disini....

Venue :Bangi Kopitiam,Seksyen 9, Bangi

Situasi: Sambil layan teh tarik gelas besar dengan sahabat lama (baru balik je jap tadi)

Tak pernah terpikir nak wat blog ni.tapi setelah tengok kengkawan menulis ( ade yg berfaedah & ade yg tak langsung) tergerak la hati nak bernukilan sikit2. setakat nak mengisi mase terluang mane yg sempat.

ade seribu satu sebeb org start tulis blog mcm nih. ade sbb putus cinta. ade sebab nak buat bisnis. ade yg nak hentam org. ade yg nak meluahkan perasaan tak puas hati....aku? saje menulis, nak kongsi pendapat, pengalaman dan ilmu. org kate duit bukan boleh bwk ke kubur, ilmu yg kite bagi kat org itulah (walaupun sedikit) yg jadi lampu kalimantang kita dalam liang lahad.

semoga blog aku ni boleh bagi manafaat kat orang lain dan bukan menjadi wadah pembenci antara kita sesama manusia. komen dan pendapat anda semua adalh amat dialu2kan.

Rgrds;

IZZARD