Thursday, December 30, 2010

Azam 2011




TAK DAKKKK.....!!!!

Monday, December 27, 2010

Adakah ini MERDEKA?

Rakan sekalian. Mungkin isu ini agak lapuk, tapi aku klasifikasi kan isu ini sebagai isu sepanjang zaman. Ape kaitan isu yang di ketengahkan dengan gambar di sebelah? Nanti dihujung entri ini aku bgtau.

Kalau nak lebelkan aku konsevertif dan tidak liberal, aku tak kisah.Biar aku di cop ketinggalan zaman, penentang modernisme dan mungkin seorang sosialis. Namakan aku ape saje. Aku redha, sebab aku orang Islam dan Melayu. Secara zahirnya, mungkin aku berpakaian kebaratan, tapi aku masih selesa berkain pelikat dan berbaju melayu. Mungkin aku suka lepak Starbuck, tapi aku juga pemuja kopi Hang Tuah. Walaupun aku tak drive Proton Saga, tapi aku masih menyanjung barangan buatan Malaysia. Atau mungkin aku berbahasa Inggeris hari-hari, tetapi aku pemuja setia karangan A.Samad Said. Mungkin juga aku tak baca kitab-kitab Al-Risalah atau Ihya' Ulumuddin, tapi aku berpegang kepada 165.

Perasaan benci aku memang mendalam dan menebal (sorry, sedikit emo tentang isu ini). Tidakkah kita mengambil pengajaran dari Al-Quran tentang rakyat Sodom iaitu umat Nabi Luth AS? sudah terlalu sombong kah kite hingga melawan sunnah Rasulullah dan ketentuan Allah SWT? sampai sanggup kite mengadai agama atas nama liberalisasi yang kononya menunjukkan kemajuan satu budaya?

Aku sayangkan Agama aku, dan aku percaya korang juga begitu. Aku sayangkan negara aku, dan aku pun rase korang pun mcmtu. Cuba bayangkan, suatu hari nanti anak korang balik dari sekolah dan bertanya " Daddy, kawan adik tadi bagitau kat klas, die takde mak, tapi ade 2 orang bapak. Bapak diaorang dah kawin. Tapi kan daddy, macamane orang lelaki boleh lahirkan anak? Dalam subjek Sains aritu, Cikgu bgtau orang pompuan je boleh lahirkan anak? macamane kawan adik tu lahir?" So, korang bagitau aku, sape nak jawab soalan macam ni. Diaorang ke? Nak bagitau budak-budak kecik pasal konsep liberisme keparat mereka tu? Budak-budak boleh faham ker?

Dan aku juga sedih, ade manusia bernama Islam dan Melayu mengaku "Saya Gay,Saya Ok".Kenapa perlu di war-warkan pada umum? Kalau individu tersebut berorientasikan kesongsangan dalam perhubungan sekali pun, usah di canang satu dunia. Perkataan merdeka itu terlalu sacred bagi rakyat Malaysia. MERDEKA dalam jawinya, mim ro dal kaf alif :
Mim = Mengikut
Ro = Rasulullah
Dal = Dan
Kaf = Kerana
Alif = Allah
dan mereka telah mentafsirkan erti MERDEKA ,yang maksud asalnya amat suci itu, kedalam satu menifistasi yang kotor lagi menjijikkan.

Mari kita rapatkan saf dan kita tentang habis-habisan gerakan yang semacam ini. Kalau mereka kata ini hak kami, aku kate "INI HAK AKU NAK PERTAHANKAN AGAMA,BANGSA DAN NEGARA AKU". Kalau ade antara penyokong mereka atau golongan mereka sendiri yang tak berpuas hati nak berdebat, dipersilakan. Dan sahabat-sahabat sekalian, ini bukan entri terakhir aku mengenai isu ini,dan akan aku tentang mereka sampai lumat,sampai pupus!


P/S : Sahabat-sahabat sekalian, gambar diatas adalah pengerak kepada kebebasan dalam menyatakan orientasi seksualtiti (dan songsang) di Malaysia. aku tak nak letak link depa sebab nanti takut macam promo pulak. Pandai-pandai la korang cari.

Wednesday, December 15, 2010

Tribute to P.Ramlee



Walaupun beliau dikenang hanya setelah tiada, tetapi beliau masih seniman negara yang tiada gantinya.

Suara Hati...: Kenapa tak rogol saya !!!

Suara Hati...: Kenapa tak rogol saya !!!: "Kisah benar ini berlaku di US (Amerika Syarikat). Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memil..."

Tuesday, December 14, 2010

14th December 1995- 15 years and still counting

          The Royal BRATS (circa year 1998)

Dah 15 tahun berlalu. Semua dah bawak haluan masing-masing. Yang dulu rendah, dah jadi tinggi. Yang dulu melonjong, dah melebar (heh!). Yang dulu nakal, dah jadi baik (sket je!). Yang dulu nipis, dah menebal (?) dan tak ketinggalan, yang dulu jambu, sekarang still maintain jambu walauhal memang dah tak jambu (nauzubillah!)

Dolu-dolu, jadi budak boy ni banyak perkara kreatif kitaorang buat. Tak tertulih dah. Kene belasah dengan senior, kene denda ngan cikgu dan kene hell (istilah kitaorang pakai kalau kene ragging) ngan askar, toksah nak citerlah. Tapi bende-bende ni lah mendewasakan kami. tak dinafikan, ragging ni tak bagus dan tak baik. So jgnlah amalkan! Aku warning koranggggg.....jangan ragging budak! heh!

Sekarang ni semua tu hanyalah kenangan dan experience yang hanya sekadar cerita jela. Nak isi masa lapang, lepak ngan budak-budak boy lain, bolehlah. Yang baik kite jadikan tauladan, yang buruk kite jadikan sempadan. Suatu hari nanti pun, citer-citer tu akan lenyap macamtu aje sebab itu hanyalah secebis dari selembar kehidupan kite.

To BRATS! Happy 15th Anniversary. Let this brotherhood stays forever! Gempur Wira!

P/S: Al Fatihah untuk Arwah Loque, Arwah Aker dan Arwah Ali. Semoga roh mereka dicucuri rahmat. Amin


Friday, December 10, 2010

Filem Melayu,Filem kite....

Aku tak tengok lagi citer ni. Tapi aku tahu, kalau citer mamat khalid ni semamngnye onnnn.....! ade orang cakap, watpe tengok citer Melayu kat wayang,lebih-lebih lagi citer mengarut macam ni. Alah! citer omputeh pun lagi banyak mengarut. Macam citer Da Vinci code tu, korang tak rase ke citer tu mengarut? Tapi ramai gak orang kite yang agung-agung kan karya Dan Brown. Ceh!

Citer-citer mamat khalid ni citer santai. Citer tak payah pikir dan hanya layan jer. Pastu gelak,gelak dan gelak. Takdela macam citer Mat Saleh, nak puas berfikir,plot berpusing-pusing yang kononnya thriller. Pastu sanggup pulak follow filem tu punye prequel dan sequel macam Harry Potter (ade pulak la kan sekolah tok bomoh kat dunia ni) dan Star Wars (heh! ini cerita sudah ade cult beb).

So aku sarankan semua orang pegi tengok citer ni. pegi tengok kat wayang, kalau xde mase,kite beli DVD original. same goes to other Malaysian film (2 Alam? errr......). Citer Omputeh, kite pakat-pakat beli cetak rompak je lah. Walaupun citer Malaysia (orang katelah) nampak lame or bodoh. Tapi bodoh-bodoh pun orang kite, orang Malaysia. Kalau kite diperbodohkan oleh citer Malaysia, biarlah. Aku rela diperbodohkan oleh orang Malaysia (melalui filem je ok....) dari diperbodohkan oleh Mat Saleh. Tak kemane pun korang kalau support filem diaorang. Diaorang yang kaya,korang? Pernah korang dengar launching filem Hollywood kat Malaysia Tom Cruise datang? Lagipun, filem ni hanya hiburan. Tak yah nak serious sangat, Jangan sampai jatuh pada part lagha pulak nanti.

Dan satu lagi, sebenarnya filem Melayu sekarang dah ok.Sebab ape kite still kutuk filem melayu sebab kite jarang tengok filem Melayu. Biasela orang kite, tak "in" la kalau tengok,dengar atau support ape2 pasal Melayu. Ape barang kan? itu lah pasal bile MU dtg Malaysia lawan pasukan kite, ramai penyokong MU dari penyokong Malaysia. Walauhal, nampak macam ramai je muke orang Malaysia kat situ.Heh!



Wednesday, December 8, 2010

Colmar Bukit Tinggi

Cita-cita aku nak buat travel log sendiri. Tempat-tempat menarik yang pernah aku lawati, nak aku abadikan dalam travel log aku ni.heh!

So for a start, aku review sket pasal visit aku to Kolmar Bukit Tinggi. Terletak lebih kurang 1.5 jam perjalanan dari KL menerusi lebuhraya Karak. Boleh amik terus exit Bukit Tinggi, atas sikit dari R&R Genting Sempah kalau korang dari KL menghala ke Kuantan. Masuk je exit tu, korang akan start mendaki. Jangan risau! kalau korang naik Exora pun boleh lepas sebab time aku naik pun bersepah BLM naik skali ngan aku.heh! Bile sampai je kat destinasi, korang akan nampak bumbung bangunan ala-ala kat Peranchis. Dari tugu yang ade kat sini, depa claim yang bangunan dan persekitaran kat sini depa ambik sebijon macam satu kampung kat Peranchis nun (orang Peranchis ade tak amik kampung kite pastu bina kat tempat depa?).

Masuk-masuk je kawasan ni, korang akan disambut dengan pintu gerbang. Pastu kiri kanan jalan di bina bangunan-bangunan bercirikan Eropah. Di hujung jalan tu, ade menara peninjau. Tapi menurut kata pekerja kat situ, setakat ni menara tersebut tak pernah digunakan sebagai tempat teropong anak bulan. So, what a waste! Sebab pemandangan nye hanyalah hutan hujan tropika dan bukan hutan alpine, feel lari sikit la.

Aku menginap kat bilik di salah satu blok bangunan tersebut. Bangunan kiri kanan tu sebenarnya berfungsi sebagai hotel rupenye. Sekali pandang, susun atur bilik ni ade la gaya kat apartment kat UK. Cuma nye, barangnye buatan Malaysia. So, faham-faham jela. Sekali duduk dah patah.heh!

Tak banyak aktiviti yang boleh dilakukan disini selain makan dan tido. Petang tu hujan pulak, dengan kabus dan cuaca yang sedikit (diulangi,sedikit) sejuk, aku dan kekasih hati layan kopi dan bun di cafe kat bawah untuk amik feel konon kat tepi Lake Como kat Italy tempat Maya Karin pernah bernikah dulu. Tapi malangnya, sebab dikelilingi oleh wanita yang berbaju kurung Kedah berkain batik dan pakcik pakai pelikat berbaju Melayu berkopiah putih....terus potong.

Kami juga sempat ke Rabbit Farm. Terletak kurang lebih 5 min perjalanan dari tempat tinggal kami. Bayaran masuk RM3. Nasib la aku ni dulu masuk Kelab Pencinta Haiwan. So aku anggap RM3 tu maintainace fees untuk arnab-arnab tu lah.Dan yang lebih menarik lagi, bulan december adalah bulan mengawan bagi haiwan ini.selebihnya, aku tak sanggup nak describe. Rase bersalah pulak bawak anak aku yang bawah umur tanpa check dulu tarikh.heh!

Kesimpulannya, kalau ade sape-sape nak feel macam kat Europe,bolehla datang sini. Tapi memandangkan AirAsia pun dah ada flight murah pegi Europe sekarang ni, baik korang save duit tu. Tak yah berangan-berangan dah.Tapi kalau nak merase gak datang sini, dipersilakan.

Rating Aku : 3/10

Tak Releven

http://fdausamad.blogspot.com/2010/12/meng-upgrade.html

memang macam haram......sila click pada link.

Bote: Gua amik link lu tanpa kebenaran sebab tahap kecipanannya amat nyata.hampessss......

Naik

Semua rase sudah sedia maklum. Minggu lepas pengumuman tentang harga minyak dan gula naik. Atau bahasa ekonominya, penarikan subsidi terhadap barangan pengguna.kate orang Pemandu, penarikan subsidi tu akan memberi penjimatan kepada kerajaan berbilion adenye. Penjimatan ini akan disalurkan untuk menaik taraf pengangkutan awam, pembangunan infrastruktur untuk rakyat dan penambahbaikkan kemudahan awan yang sedia ada.

TRANSLATION (ini aku dapat dari Google translate):

Ade aku kisah korang kene bayor minyak harga tinggi? Aku naik kete minyak free.heheh. Kemudahan Awam? Ape la yang aku dapat kalau aku naik taraf kemudahan awam? Baik buat bangunan tinggi-tinggi, kalau tak untung kat aku pun, untung kat kawan-kawan aku.Jalan tu berlubang ke hape ke, aku bukan lalu tiap-tiap hari pun. Lagipun keter aku setakat lubang kecik-kecik ni, xde hal lah. Keter beli mahal, suspension pun terbaik ape.ok guys! good luck! Burp!!!! ops! sorry....kenyang sangat. Makan keliling la katekan.heh!

Nota Tangan : AKU disini bukan aku eh! Harap Maklum.Untuk keterangan lanjut klik di sini

Friday, November 26, 2010

Jam 5 pagi

Mengantuk siot! baru sampai Lumut dari KL. Aku naik bas pukul 12 tgh malam dari Bukit Jalil. Tobat dah! Tobat aku kalau boleh nak elak naik bas ekspress dah.Nasib baik tadi tak ramai naik bas pegi Lumut, bolehlah aku cilok duduk kat 1st class. Kalau tak, memang keras aku.Tempat duduk aku memang tak muat.Dah la kecik, ruang tempat kaki pulak memang tak muat untuk kaki aku.heh! Masalah standard orang panjang....

Dua ke tiga tahun lepas, boleh kate tiap2 bulan aku dtg sini. Ade aje programme nye. dan setiap kali itu lah,aku kene panjat bukit south summit, pegi Teluk Sekadeh tak pun kayak dari Pasir Bogak sampai Teluk Sekadeh. Time tu ape boleh buat,cari makan! Bag aku pernah hilang kat sini. sehelai sepinggang jadi nye aku. Siot je kan? tapi time tu tak kisah, dengan baju yang same (nak jadi citer time tu aku shoot balik KL dari sini lepas jungle tracking....bygkan lah baunye) aku balik KL. Sampai umah,org tua aku tanye...Dari Mana? Selambe aku jwb...Pangkor. Terpinga-pinga mak aku tgk aku. Dah la pkai baju mcm nak pg bendang,ngan bau busuk lagi tu....sah-sah mak aku dalam hati kate aku ni dah tak brp betul dah.heh!

Setelah tak salah aku lebih dari setahun, aku balik semula ke sini. Duduk kat kedai mamak yg biase aku lepak dolu-dolu. Tapi kali ni sorang2.Sian pulak kat anak bini aku.heh! takpela,nnti aku bawak depa lepak kat sini,kat Pangkor Laut.heh!



Thursday, November 25, 2010

Fikir-fikir

Fhuh! Phuh! Fhuh!

Banyak betul habuk kat blog aku ni. Lame sgt tak post entri. Ni aku salahkan celcom n Ipad sbb:
  1. Celcom pnye line mcm sial kat umah aku....lembab mcm tuntung ats darat.
  2. Ipad terlalu best smpi nak bukak laptop kenit aku pn dah xde mood.Try jugak tekan2 screen laptop aku tu, tapi still xleh bukak file.siot lah!
Budak-budak form 5 dah start SPM. Good luck lah korang. kalau tak score tak tahu lah...tuition toksah citerla.satu hari smpi 2-3 pusat tuition korang panjat.Kismis dah 3 tan dah makan, kalau boleh satu ladang anggur korang nak beli. Pati Ayam dah bertong-tong minum, sampai tak cukup ayam nak buat rendang hari raya haji aritu. Air penerang hati lagilah, dah bergelen2 telan sampai busung perut. Tapi ape2 yg korang buat pun, satu aje hakikatnye...kalau tak usaha di folow dgn doa,jgn mimpi la nak score. Petua,petua jugak....kalau buku tu baru 2 minggu lepas baru nak bace, nota baru semalam nak buat....percayelah, korang ade 60% chance nak pelingkup.heh! lagi 40% tu external factors yang akan jadi penentu (i.e: Doa ibubapa,guru,sendiri termasuklah rezeki ketentuan Allah.), itu pun kalau depa buat baik pada golongan tersebutlah. Kalau rase2nye tak, kire burn jela 40% tu.

Teringat mase aku nak amik SPM dulu. Aku ni takle belajar pandai sangat. Tapi, so so la.Lagipun mmg aku tak budget nak jadi golongan bijak pandai pun. Aku terfikir, kalau ramai sangat yang pandai-pandai, sape yang nak buat kejer kan.tak kan orang cerdik pandai nak taip email, photostat kertas,buat INBOIS dan bermacam-macam lagi kerje sewaktu dengan nye...iye dok? dah la aku mase form 4 dah drop subjek fizik dan kimia, halih-halih time form 5 lagi 3 bln nak SPM, aku kene amik blk subjek2 tu,kalau tak aku tak leh daftar amik exam. make terkontang kanting la aku belajar (?), menelaah (?) dan mengulangkaji (?) untuk lulus. Nasib baik aku lulus, tapi tak kredit lah. Memang dah kententuan Allah aku tak buat engineering atau pun jadi cikgu sains.heh!

Catatan : SPM aku sijil terbuke belum lagi. Still pkai gred agregate.

Friday, October 15, 2010

Bajet 2011

Time sekarang ni Abg.Jib tgh bentang Bajet Malaysia 2011 (Pak Lah....tolonglah bangun,camera dok focus tuuu....hehheheh). Kat kantor aku ni ade 2 TV flat screen, dua-dua tunjuk live bajet 2011. Ape2lah....kerje macam aku ni takde nye amik pusing bajet ni. macamtu jugakla, tak berlebih, berkurang tu mungkin.heh!

Ok...kadar tol takkan naik utk 5 tahun akan datang....selamat sikit la. By the time pun dah ade MRT kat KL ni, bolehlah aku naik MRT pergi kerja. save sikit.boleh kumpul duit naik Haji.

Citer pasal pengangkutan awam ni, banyak kisah pahit manis yang boleh aku kongsi bersama. Walaupun aku dah lame tinggalkan dunia "public transport" ni tapi masih fresh dalam kepala aku pengalamannye. dan sebab bende2 ni lah aku tekad tak naik public transport lagi ( sampai depa upgrade system sekarang ni). memang mcm sial berlagak bunyinye, tapi itu realiti.

Korang yang naik public transport mesti familiar name-name mcm Pudu, bus stand klang, pekeliling etc kan? dulu bas kat KL ni tak mcm bas kat KL sekarang. Mase aku asrama dulu, mane ade LRT or Putra. seingat aku dah nak habis SPM baru la ade seketul LRT Star yang berenti kat Plaza Rakyat. Zaman takde duit dulu, adelah merase naik Bas Tong Fong 119, berenti kat Jalan Silang, depan Metrojaya Sinarkota ( sekarang dah tukar jadi Mydin). Area Kotaraya (kitaorg panggil little Jakarta) jangan cakapla, memang pakar. Main Daytona tak pun "berkuda" kat tingakt atas sekali. ade duit lebih sikit, pegi enjoy kat Sega Satelite, Sg.Wang. Nak main game punye pasal, sanggup menapak dari Pudu sampai Sg.Wang beb! Sekarang....heh! mintak maap la. nak pegi kedai tak sampai 500 m dari rumah pun aku naik kereta.

Itu semua dulu lah, sekarang ni public transport dah sendat. Dulu komuter lengang gile. Confirm dapat tempat duduk. Time tu sebenarnya tambang agak murah. Trip dari bandar tasik selatan ke stesen KTM baru sehinggit. Campur kereta sapu nak keluar dari asrama ke Bandar tasik selatan baru sehinggit, total RM2. sekarang aku rase tambangnye naik, tapi orang makin ramai. Berapa la agaknye untung depa tu skrg ni kan? itu belum lagi kalau naik petang2 lepas office hour....pergh! pekat melekat likat semerbak haruman nye. dah la kene berdiri, aircond pulak dah mcm pasang heater.Yang naik bas lagilah, dengan jam lagi,sendat lagi. Dulu zaman bas mini dah sendat, zaman Intrakota pun sama sendat.heh! Nak seluk poket bwk keluar iphone nak update facebook pun tak lepas.

Aku harap-harap dalam mase 5 tahun lagi public transport kat KL ni dah ok kot. tak la bersesak2 mcm sekarang ni.Tak payah la canggih-canggih sangat (nnti harga tambang naik pulak kan!), cukupla kalau yang kene tambah gerabak tu ditambah, timing arrival and departure tu tepat dan kekerapan tu ditambah. Ok tak Abg.Jib? hehhehehheh......

Friday, September 17, 2010

Hari Raya

Raya dah masuk seminggu.Untuk pengetahuan umum, orang Arab beraya hanya sehari, itu pun selepas solat sunat aidilfitri, semua aktiviti berjalan seperti biase. Orang Melayu beraya sebulan, kekadang tu terlajak sampai Raya Haji, bergantung kepada keadaan.Hari ni jalan lengang. Walaupun lengang, hati aku tetap panas. Mane taknye, kene tipu dengan pusat servis Honda Puchong....&%^(& ! dah melayang duit aku RM 200 lebih. Siap korang aku datang serang sedikit mase lagi.tunggguuuuu!!!

Arini aku masuk ofis. Seperti yang dijangka, macam kat muzium.semua macam bahan pameran,senyap dan berabuk.yang lain masih lagi beraya.Iyolah! alang-alang cuti Hari Malaysia (lepas ni kite buat hari Tanah Melayu, Hari Negeri2 Selat, Hari Penubuhan Negeri Melaka etc) semalam, ramai yang sambung cuti. Aku? kononnye nak siapkan ape yang patut sebab ade date line kene meet. Tapi hampeh! orang yang nak approve pun takde dan orang patut monitor kerje tu pun cuti. Tapi dah dasar kuli koperat ape boleh buat. Patik menjunjung titah jelah....

Solat Jumaat arini pun lengang. Kire time khutbah tu, kalau rase mengantuk dan sedikit tak malu, boleh amik sorang setiang. Kalau nak baring pun, kalau tak kisah dipanggil orang gile, boleh. Makan kat pelita tadi pun berebut waiter nak amik order. Siap boleh mintak tambah kuah dhal lagi. Kalau hari2 biase, nak order air suam pun amik mase setengah jam baru sampai. Yang laju nye ..... "Ane,Kira!".

Kemuncak Hari Raya di KL ni akan bermula minggu depan. Open house, open office, open kedai dan segala jenis open akan berlangsung. Kantor aku ni dah berkire2 nak buat gathering masa awal pose lagi. ade kengkawan yang dah order kambing golek mase awal muharam untuk open house raya ni. dahsyat! tu belum lagi tempahan baju.satu open house, satu baju, satu Malaysia...ape kisah! name pun raya iye dak...heh!

Hari Raya pulak, rancangan tivi amat menarik tertarik. Macam tagline Astro, macam-macam ada. Dah tak larat nak tengok dah. Cerita omputih, citer melayu, hindustan, Cina ( drunken master tuuu....) dan tidak lupe jugak drama2 bersiri diulang tayang atau disambung kan seperti Ular Emas , Epilog Syurga Cinta (aku tak tau la apasal aku minat betul tgk heroin citer ni..heh!) dan mes tres hermanas.Selamat la rakyat2 semua berkampung depan tivi raye nih. 

Friday, September 3, 2010

Sampul dan duit raye

Raya dah nak dekat, kurang lebih ade lg 7 hari. ade yg dah raye awal (ini kes2 yg dibenarkan syariah sahaja).rase kejap sangat Ramadhan tahun ni. Baru aku nak start pegi masjid terawikh, dah tinggal lagi 10 hari je Ramadhan.Baru nak dapat feel jemaah solat sunat yang satu ni.Mesti ada yang kate "ish! teruknye tak pegi terawikh kat Masjid!", OK, aku mengaku memnag aku jarang Terawikh di Masjid tapi Terawikh tetap dijalankan.full stop!

Selalunye dah dekat2 nak raya ni, que kat bank memang lah panjang.Berpusu-pusu orang pecah duit. Kalaulah aku ni jahat, aku amik upah pecahkan duit raye ni,aku rase bolehla bayar downpayment motor baru aku agaknye.

Aku tertanye-tanye, mana datangnye budaya memberi duit raya dikalangan masyarakat Melayu ni. Secara jujurnye, kalau tengok dari segi logiknye, aku tak rase itu satu budaya Melayu turun temurun. Mesti ade yang termula kat mane kan? Dalam sejarah Islam pun takde. Mungkin nas-nas Al-Quran dan Hadith tentang amalan sedekah, mengembirakan kanak-kanak atau membantu fakir miskin mungkin significant kot.

Pembudayaan duit raya ni, kalaulah berlandaskan apa yang aku sebutkan di atas, mungkin releven dan bagus untuk teruskan.Tapi kalau terpesong, aku rase kene perbetulkan lah. Contoh-contoh terpesongan yang mungkin berlaku:

  1. Berapa besar nilai duit raya itu menentukan status pemberi itu.
  2. Sampul duit raya dijadikan sebagai sebahagian promosi syarikat2 yg tidak berlandaskan syariah
  3. Kanak-kanak menjadi terlalu galak mengumpul duit raya dari nak menziarah.
  4. Perasaan riak sebab berjaya bagi duit raya dekat semua orang yg kite jumpa
  5. Nilai pemberian duit raya berbeza-beza mengikut peringkat (i.e: kalau anak sedara RM5, kalau orang lain RM2)
p/s: Sorry aaa...ini tahun aku takde budget untuk duit raya! tapi kalau nak makan, jemput datang rumah...aku belanja, takdehal punye....



 

Monday, August 30, 2010

Hari Isnin, esk cuti ( satu penaksiran terlampau)

Suasane kat opis arini mcm kat kubur la pulak. Senyap, sejuk dan takde orang. Semua kepala tunduk je, berzikir agaknye. Heh!

kat satu ceruk, ade grup halaqah tengah berbincang dan bernuzakarah. Bincang tentang dunia dan kekadang, mungkin, diulangi...mungkin terselit satu dua perkara ukhrawi.

cuaca kat luar dah mendung, mungkin peniaga kat PARAM dah start risau.Kalau hujan, memang takda untung la ini hari meniaga. Baik bagi free je air soya, tebu dan murtabak kat masjid atau surau dari kene limbah dalam longkang sebelah gerai tu.....membazir.

baru tadi, akak pantry rounding jual kuih raya dan kerepek. tak tahu berapa harganye sebab aku tak minat. Kalau depa jual lemang atau ketupat, mungkin akan aku pertimbangkan.

APE KEJADAH AKU BUAT KAT OFIS NI TIME RAMAI ORANG AMIK CUTI SEBAB ESOK CUTI MERDEKA.....ARGHHHHH.....!!!!

Macamane nak buat Bajet?

Macamnae nak buat bajet?

  1. Kene buat planning dulu. Mane nak jual, kat sape nak jual produk-produk tu
  2. Budget besar dah ade, dah allocate siap-siap. Berapa perbelanjaan mengurus dan operasi dsbg.
  3. Manpower count kene certain. takleh tak confirm lagi
  4. organisasi kene confirm. dah ade chart, jangan still terawang-awang lagi
  5. JANGAN BUAT DUE DATE SEMINGGU LEPAS RAYA KERANA SESUNGGUHNYA ORANG SEMUA AKAN TIDAK MELAYAN DUE DATE ITU.

FAHAM TAK?  HAMPEH BETUL LAH........!!!!!!!!

Thursday, August 12, 2010

Ikan Bawal Stim Ala Restoran Cheng Ho

Pasar malam kat umah aku selalunye hari Selasa dan hari Sabtu. Panjang jugakla, teringat aku pasar malam time matriks UIA kat Seksyen 17, ramai student.

Makanan nye pun bole tahan gak la. yang menarik skali ade warung-warung Bakso. dengan bau Sup dagingnye cover seluruh kawasan, ingatkan aku tentang Jakarta di malam hari. Diwaktu dingin malam, jalan Jakarta yang sentiasa machet dan korang tak tau nak buat ape dalam Kijang. Bukak tingkap, dan korang akan nampak sebijik suasana warung dengan kat umah aku ni. meja dan bangku panjang, di mana korang pun tak kan tau sape yang akan duduk sebelah korang nanti. No resevation and no special treatments for VIPs. Heh!. Atas meja ade cili jeruk, kicap dan sos cili.Alas meja hanya plastik tebal warna merah.

Malam tu aku berjaya mendarat kan sekor ikan bawal dan 5 ekor ikan selar. Aku jinjing beg plastik berisi ikan dengan rase bangga. sampai kat umah, aku masuk dalam freezer. niat di hati nak masak ke esokan harinya.
*
*
*
*
*
1 Ramadhan ( 1 minggu lepas kejadian di atas)
keheheheheheh......semalam masak ikan bawal stim untuk bersungkai (berbuka pose la tu). Baik punye, orang kate standard restoran lah adenye.

Tuesday, August 3, 2010

Buayo gadang kek PD...!!!! (Utusan Malaysia)

TELUK KEMANG 2 Ogos - Memang benar ada buaya di Port Dickson!


Buktinya adalah penemuan bangkai seekor buaya tembaga berukuran 5.48 meter dan ukur lilit 2.43 meter dengan berat lebih kurang satu tan di pantai Ixora Permai, Tanjung Agas, Port Dickson di sini hari ini.

Penemuan itu menggemparkan penduduk sekitar yang sebelum ini hanya mendengar khabar angin mengenai kehadiran reptilia itu di pantai berkenaan sehingga bangkai haiwan itu ditemui terdampar berhampiran Kolej Uniti Pasir Panjang kira-kira pukul 12.45 tengah hari ini.

Kisah buaya di Port Dickson pernah menjadi topik hangat pada Januari lalu apabila seorang pemuda dari Melaka mendakwa kakinya digigit oleh reptilia itu sehingga cedera.

Bagaimanapun, kisah itu dinafikan Jabatan Perikanan negeri serta Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) selain kerajaan negeri.

Penduduk yang menemui bangkai buaya tembaga itu, Suhaimi Salim, 35, berkata, ketika itu dia memancing bersama-sama rakannya di lokasi berkenaan.

''Pada awalnya saya nampak satu objek seperti sebatang kayu besar dihanyutkan arus dan terapung di permukaan laut tetapi selepas dihampiri kami terkejut apabila objek itu adalah bangkai seekor buaya yang besar," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Monday, July 26, 2010

un passo avanti (one step further)

Alhamdulillah, our first phase of promoting our website, Islam2u.com ,already accomplished. Facebook and Twitter account already on stream. However, the website still in progress. Due to lack of time (as usual..heh!), it have been delayed again. Anyway, hope the progress would be positive and will be ready for viewing by next week.InsyaAllah....

Thursday, July 22, 2010

Korang pernah terfikir tak?


Keliling ofis aku ni penuh dengan condo-condo mewah. Macam-macam name,nama buah la,nama binatang berlarilah dan yg terbaru name omputih. semua nya harga tak yah citer lah, kalau aku buat loan, confirm dah rejectnye tak pun kalau approve, 7 keturunan baru boleh abis bayar ( itupun kalau ade la loan tenure pakai generasi lah kan).


Mula-mula dulu, ade lah terniat suatu hari nanti nak beli barang sebijik dua. saje je pun, orang kate buat investment. so suatu hari time aku nak amik duit kat ATM, ade lah depa buat promo kat sebelah ATM tu (bijok jgk la kan...buat promo condo mewah sebelah bank). aku tanye la berapa harganye, dgn muke riak dan takaburnye promoter tu jawab " Starting from RM 935,000 plus". ok, aku tak patah semangat, tanya lagi " berapa bilik?" dia jeling kat aku, nasibla aku ni waras kalau tak memang aku dah seligi kepala die pakai kepala lutut aku " itu harga studio apartment, unit paling besar ade 3 bilik" ces! tak puas hati aku, aku tanye lagi " berapa luas?" die terus tenung mata aku,pergh! Minah ni memang kerek siot " yang RM 935 k tu, 900 square feet". Mak aih! mahal gile. Kalau rumah besar tu standard jamban je kalau kat kampung. setelah realise yang aku tak mampu nak beli, aku pun tanye lah dengan santun nye " ade orang Melayu beli?" Die angguk kepala " tapi ramai Singaporean yang beli, buat investment"

Monday, July 19, 2010

Bisnis Internet kah ini?

Dah dekat 2 bulan aku dok mentelaah pasal orang buat duit melalui internet. Banyak buku dan website aku dah baca dan singgah. Ade satu kali tu aku habiskan masa kat MPH dan Kino cari buku pasal internet business buatan Malaysia. Kalau nak baca pasal Google atau Facebook, tak yah la! memang setakt ni memang tak mampu. Depa ni big player trend setter. time depa come out with the idea, memang takde product seumpamanya kat market. so....bolehlah cari makan (sampai dah terlebih makan pun).

Berbalik pada persoalan aku tentang buat duit dari internet ni. macam-macam programme lah diaorg dah kenalkan. Ade dah mcm MLM pn. dari affiliate programme sampailah stock photos business. senang citer, tak yah kejer pun memenag boleh buat duit. Dengan kerancakan business internet ni jugakla, aku try mengkaji pasal dari mana depa buat duit baaaaannnnyyyaaaakkkk macam tu. manelah tahu, kalau realistic bole lah nak buat jgk kan.

Untuk memudahkan pemahaman aku pasal bisnis ni, aku pun belilah sebuah buku yang tak berapa mahal dan nipis. Sebabnye, aku percaya buku-buku macam ni selalunya bagi brief idea pasal sesuatu topic. Muka surat awal buku tu agak menarik. Citer pasal website, macamane nak buat blog,nak tigkatkan traffic dsbg. Bile dah masuk muke tengah, aku dah jadi marah. takde satu pun citer nak buat duit. banyak citer pasal website orang lain dan website die. kerana perassan ingin tahu aku tinggi, aku on laptop, type URL writer ni. Ok, website agak menarik, banyak info....tapi still takde jawapan yang aku nak. aku terpandang satu link kecil kat introduction web tersebut, bunyinye lebih kurang mcmni " anda mahu tahu bagaimana buat duit melalui internet. Klik di sini" tuuuu diaaa....aku pn klik la kat situ.....
*
*
*
*
kalau anda ingin mengetahui rahsia buat duit melalui inernet

Pakej A
Buat duit melalui Affiliate          RM 600

Pakej B
Buat duit melalui Advertisment  RM 600

Pakej C
Pakej A & B (promotion)         RM1000

Hubungi saya sekarang!
*
*
**
***

Chait! Buang masa.....!!!!!

Nota tangan: Ade sape2 yang boleh advise aku tak sifu yg betul2 buat duit melalui INTERNET? Bukan pakai internet untuk promo SEMINAR macamana nak buat duit melalui internet......

Cabaran Baru

Perghh...susah betul la n ak belajar link-link ni...ade sape2 boleh tolong cara yang paling senang tak??????

Sunday, July 18, 2010

Minggu yang senyap.....

ISNIN

Masuk ofis, by pukul 10 pagi,semua kejer untuk sehari dah siap. Selebihnya, tengok ape yang patut kene buat.


SELASA

Masuk ofis pagi-pagi. Kuar breakfast kejap, borak pasal website. Menarik....masuk ofis balik, same jugak. Dapat arahan buat kejer yang entah hape-hape, tapi kene buat. Tagline aku kat ofis " Patik Merafak Sembah Menjunjung Titah"

RABU & KHAMIS

Macam biase jugak....takde ape-ape yang menarik. Buat keje,keje dan keje....

JUMAAT

CUTI......layan jalan-jalan....malam masak sup tulang...terbaik

SABTU

Main Kriket...kalah lagi. Hampeh betul lah.tapi xde hal, improving! Jumpe Gombak Rock, citer pasal buku baru. Ade chance invest sikit kalau boleh!

AHAD

Lepak umah layan TV and net....

************************************************************************

Kehidupan kalau makan gaji....Isnin sampai Jumaat gitu ler...weekend baru meriah. Bilelah nak berubah?

Wednesday, July 7, 2010

90's revival

Perkara-perkara yang budak sekolah selalu buat zaman 90's:

  1. Pakai seluar tempah kat Sg.Wang (Cantona 7). Straight cut, bawah kene at least 20 inch (lebih afdal kalau bole masukkan kepala sendiri),pastu ade tag Cantona 7 atas sikit poket belakang.
  2. Pakai belt kepala besar (kalo ade tulih Boy London lagi menarik) dengan ujung tali pinggang kene besi. Kalau pakai kene pastikan ujung kepala besi tu melunjur kebawah. Baru GQ....
  3. Ade walkman (selalunya Aiwa).Rewind caset pulak kene pakai pen, takpun pensel...kasi pusing!
  4. Jam mampu milik ialah cap Q&Q.Sape pakai G-Shock,mmg anak lord.
  5. Wiken pegi Sega Satelite, challange member2 main Daytona takpon Time Crisis.
  6. Dengar lagu Oasis, Nirvana dan sewaktu dgn nye
  7. Baju kemeja kotak-kotak and jeans lusuh adalah fesyen, baru Grunge.....
  8. Komik Hong Kong mcm Pedang Setiawan, Raja Rimba, Pendekar Laut amat popular....(klong,klong,klong...)
  9. Kalau sape terer main gitar,die paling cool. At least pandai main lagu Nirvana, supaya tak kene kutuk
  10. Cari penpal kat majalah Galaxy. Kat dlm mag tu ade section advertise diri sendiri. Letak gambor & alamat. Confirm (kalo hensem la kan...) dapat surat berguni-guni.Ceh!

***************************************************************************

Ni mane yang aku hingat la dalam range 1990 sampai 1999.Sape nak tambah,jemput tambah

Monday, July 5, 2010

Jermeng, Speng,Holeng & Paragueh

tuuu diaaa....sehebat2 Brasil dan segah Argentina, tumbang jugak beb! Tapi aku bersyukur Argentina kalah, kalau tak, tak sanggup aku menengok Maradona berlari telanjang bulat. Ish! hilang selera makan aku sebulan.
Tapi sekarang ni mesti ramai dah tukar pasukan kegemaran. Masa awal2 WC dulu, ramai cakap England boleh ke Final (Come onnnnnnnn.......England? Agak2 la.....)Italy confirm layak ke semi(....well....bolehlah.) atau France juara sekali lagi (...heh! HARAPAN). Ade yang sokong sesebuah negara sebab pemain die henshem-henshem (Messi hensem? cess...abis aku ni nak letak kat mane?) dan macam-macam lagi lah. Ni belum lagi orang open table betting..tiap kali game, tiap kali wang bertukar tangan.Heh! takdenye untung korang berjudi, balik-balik kalah jgk. Entah mane punye perangai ikut aku tak tahu lah.Suka Hati Hangpa lah.

++++++++++++++++++++++++++++++

Fakta: German mengambil masa 20 tahun untuk develop team seperti yang ada sekarang. Malaysia ambil masa kurang dari 5 tahun untuk develop team untuk sukan SEA.

Soalan cabaran minda: Kalau German ambik masa 20 tahun untuk develop team WC yg power. Berapa tahun Malaysia perlu ambil untuk layak (aku ulangi,LAYAK) ke pusingan akhir WC?

Jawapan: _________ tahun (korang rase sempat ke korang tengok?)

Hari Senin

Tiap-tiap kali hari Isnin (or Monday in Bahasa orang putis), aku selalu nampak update kat Facebook (dan sewaktu dengannya lah...) betapa orang benci nye hari Isnin. Ade yang panggil Monday Morning Blues, ade yang panggil Black Monday ataupun Monday Moarning. Entah apela yang menyakitkan pasal hari Isnin ni, aku pun tak faham. Kekadang tu cube jugak nak selami perasaan orang yang benci hari Isnin ni, tapi tak berjaya nak faham. Sebenarnya apa yang buat mereka benci hari Isnin. Aku ade beberapa teori yang aku rase boleh diterima pakai.

Hipotesis: Orang tak suka hari Isnin sebab tak puas cuti hari Sabtu dan Ahad.
Kenapa diaorang tak puas cuti?

Teori-teori aku

  1. Kita bangun lambat hari Ahad sebab enjoy sangat malam Sabtu a.k.a clubbing tak ingat dunia. Sedar2 terus dah pagi Isnin
  2. Bantai marathon wayang selama dua hari.Sedar-sedar,keluar panggung dah midnite Ahad.
  3. Melangok depan TV dari pagi sampai malam membawak ke pagi. Sampai mandi pn tak.
  4. Layan DVD series sampai lebam (i.e: Winter Sonata,Hero). Siap buat standby DVD player lagi takut2 ade yang rosak.
  5. Dari Jumaat malam sampai Ahad malam......tido,tido,tido
***********************************************************************************

Monday, June 7, 2010

Bila Komando Israel Menyerang

Hari Ahad lepas, aku berkesempatan berborak dengan seorang pegawai Navy, seorang doktor dan seorang lecturer di sebuah kedai mamak. Diskusi kami berkisar tentang serangan Komando Israel terhadap kapal bantuan ke Gaza hingga melibatkan kematian. Ada yang kata askar-askar tersebut di serang oleh anak kapal sejurus selepas depa on-board. Ada yang kata depa (komando Israel) dah siap ade list nama sapa yang depa nak tembak sebelum on-board.Macam-macamlah cerita nya. Cuma sekarang aku nak diskusi tentang :
1. Procedure serangan
2. Hak Kemanusiaan

Sunday, June 6, 2010

Intai-intai Zara



Dah lame tak memetik camera nih.Just for a come back Ade orang kate aku takde skill nak amik gambor, siap kate aku ni theoretical photographer jer.Takpe ah....pernilaian masing-masing,aku  takleh pakse.Aku amik gambar untuk aku,bukan untuk orang lain. Kat sebelah kiri bahagian "From My Flickr" tu semua photo yang aku amik dulu.Sebenarnya bnyk dah gmbr yg aku amik, dari zaman pakai kamera kokak samapailah ke DSLR.Tapi yang tak bestnye external HD aku buat hal.Abis semua gmbr-gmbr.Tengah slow-slow built up new portfolio sambil mencari jawapan nak settlekan problem HD aku tu....cess!

Tuesday, June 1, 2010

Montage Kawen Aku ( Special Thanks to My Old Buddy, Wak Jue)



Setahun yang lalu.....dulu berdua, sekarang dah bertiga.....berempat? Insya Allah...berkat doa semua.

Monday, May 24, 2010

Celebrating Life berwajah baru....

Saje je tukar features kat blog aku ni. Yang dulu bkn tak lawa, cuma nak tukar angin sikitlah.....
Terima Kasih kepada yang membaca blog aku ni, tak kisahlah jadi follower ke tak. Aku tak nak create groupies, cukup kalo ade orang bace kira dah ok. Terima Kasih daun keladi sekali lagi....

Friday, May 21, 2010

Awang masuk Universiti

Awang adalah anak lelaki sulung Rudi. Amik SPM 2009, result...okla.Bolehla buat modal nak masuk IPTA. lepas result keluar, Awang isi borang UPU online.Keputusan UPU pn dah keluar. Awang ditawarkan melanjutkan pelajaran di UITM dalam jurusan Seni Pentas dan Drama. Biasela UITM, kene start dengan Diploma dulu 3 tahun. Lepas tu, bolehla buat Degree. Lepas tu barulah boleh jadi pelakon,tak pun pengarah macam Farid Kamil.Heh!

Rudi dan Jijah amat lah berbangga dengan tawaran yang Awang dapat. Kira-kiranya Awang ni macam penanda aras atau KPI untuk keluarga mereka. Macam KPI yang dibuat oleh Idris Jala pada jabatan-jabatan dalam kerajaan Malaysia.Macam biaselah, kalau dah nama Melayu, kalau dapat berita-berita gembira macam ni mesti buat kenduri kesyukuran, potong lembu sekor dua (mana yang mampulah). Memandangkan ekonomi keluarga Rudi taklah berapa stabil sangat, Jijah plan nak buat pulut kuning je. Edarkan kat Masjid berdekatan, save sikit. Maka bertungkus-lumuslah Jijah menyediakan pulut kuning, budgetnye Maghrib nanti bole la bawak ke Masjid.

Bukan kepalang sukanya orang Masjid dapat makan free hari tu. Bukan selalu dapat makan free. Name je masjid tengah bandar, tapi seko-sekor liat nak bersedekah makan. Kalau ade pun bualan pose jela, itupn waktu berbuka ngan moreh.Itupun datang dari orang dari khariah lain. ini mesti kes lambakan sedekah makan di bulan pose kat kariah memasing.Ade orang kate, bagi makan orang berbuka ni pahalanya besar. Habis,hari lain bagi makan tak dapat pahala agaknya?

Thursday, May 20, 2010

Terlampau banyak yang melampau

Semalam aku ke Melaka, ade mesyuarat. Dalam kesibukan negeri Melaka menjadi tuan rumah SUKMA 2010, jalanraya kat sana masih lagi tenang. Cuma sesekali ade la berbaris panjang sebab lori terlebih muatan berada dihadapan.Heh!

Aku gerak dari Bangi dalam pukul 8 pagi,sampai Melaka pukul 10 pagi. Slow sikit sebab aku tak tahu jalan.Heh! GPS gampang....takleh pakai.Aku type alamat customer, keluar Downing street UK. Ceh! kalo aku nak jumpe Cameroon, aku tak kerja ngan company sekarang ni. Mesti tahap aku dah satu level dengan Setiausah Agung PBB.

Selepas sarap kat hentian Seremban, kereta aku menyusur lebuhraya PLUS kearah selatan.Tengah-tengah layan radio 24, ade satu berita yang menarik perhatian aku. Berita seorang peguam bukan Islam yang mintak kelulusan dari mahkamah sivil nak jadi peguam syari'e. Aku tersentak, nasib tak tertekan brek mengejut tak pun tertarik hand break keter aku. Kalau tak, mesti dah berlaku aksi Tokyo Drift kat highway.

Ape la pulak punya cerita ni.....dah elok-elok jadi peguam sivil, nak jadi peguam syari'e pulak.Penat la macam ni.Tak ke pening tu.Ini la masalah rakyat Malaysia sekarang ni. Tahulah 1Malaysia, tapi ada benda yang kita tak leh jadi "one". Ini dah bab akidah beb! tak tahulah aku kalo ade hidden agenda minah peguam ni, tapi takyahla kot. Takyah la nak menyibuk dan mencari masalah. Aku jamin la, orang Islam yang bodoh je yang akan amik die jadi peguam kalau ade kes ngan Mahkhamah Syariah.

Secara dasarnya, perundangan Islam terletak kepada 3 komponen,
1. Tauhid
2. Akhlak
3. Syariah

Ramai orang hanya ingat kalau kita tahu pasal hukum hakam Islam (i.e: Janayat,Muamalat,Munakahat etc) kire dah powerlah....sebenarnya perundangan Islam skopnya lebih besar. Itu pasal Tauhid letaknya nombor satu. Kalau bukan Islam dan (sah-sah la kan) tidak mengesakan Allah swt, mana Tauhidnya? Macamane nak tegak kan undang-undang Islam kalau tak mentauhidkan Allah? Kan pening tu. Setakat baca akta atau enekmen, budak-budak baru grad pun boleh buat. Skopnya terlalu besar dan impaknya terlampau untuk generasi akan datang kalau tak sekarang. Takut-takut nanti kalau dah boleh bukan Islam jadi peguam mahkhamah Syariah, lepas ni ape pulak? Orang Islam boleh tukar agama sesuka hati? atau boleh kawin dengan orang Islam tanpa tukar agama? 

Mintak tolong la sangat-sangat.Jangan lah kacau benda-benda yang sepatutnya kita tak perlu kacau. Kalau dah benda macam ni sejak sekian lama takde masalah dan semua orang bahagia dengan benda macam ni, tak yahla nak tetiba seolah-olah MENCABAR keharmonian negara. Tak pasal-pasal pemimpin pening kepala. Banyak lagi bende yang lebih penting untuk difikirkan, contohnya kemiskinan,pendidikan dan yang paling serious buang anak.(berita penuh klik sini)

P/S: Kalau takde susah,jangan cari susah.Kalau takde pasal,jangan cari pasal.

Monday, May 17, 2010

Selamat Hari Guru 2010

Aku minat betul tengok Upin & Ipin part depa greed cikgu masa masuk kelas pagi-pagi. lain dari yang lain...hehehhe.comel! Nasib la time aku sekolah Upin & Ipin takde lagi, kalau tak mesti aku buat macamtu jugak.

Kita mesti ade macam-macam cerita pasal Cikgu. Tak kisah lah pegalaman pahit atau manis. Aku ni dari sekolah memang respect ngan cikgu. Kalau buat salah, kalau cikgu hentam,aku terima jelah. Sape suruh buat salah kan.....sendiri tanggung lah. lagipun aku sekolah asrama, family jauh so Cikgu jelah ade jadi penganti.

Dulu lepas SPM, ade la jugak tertanam niat nak jadi Cikgu. Tapi setelah menimbangtara perlakuan aku yang sikit panas baran (heh!), so aku tanam jela niat tu. Sian budak-budak, nak buat benda nakal pun susah. iyelah, mane taknya, Cikgu jugak ex-crook sekolah.Budak-budak amateur nak lawan pro macam aku....hampeh la jawapnya. port sigup, lubang sneak-out dan skill-skill sentri time ragging budak....been there done that der! rase-rasenye kalo aku masuk mengajar, confirm separuh dari populasi sekolah kene buang tak pun gantung sekolah. Cume aku lemah part dating, yang ni aku tak tahu port dan skill.Sekolah aku semua lelaki,mane boleh dating.HARAM! bab-bab "dalam hati ada taman" ni memang lemah sikit lah.hehhehe!

Definasi cikgu ni pun luas.Bagi aku, sape-sape yang pernah memberi ilmu kepada aku, aku anggap depa ni cikgu. tak kisahlah dari segi akademik,kehidupan atau karier. Ynag penting, depa mengajar kita.

So,Selamat Hari Guru kepada semua cikgu,lecturer,sifu,coach,trainer dan sewaktu dengannya.

"TERIMA KASIH CIKGU....." (intonasi seperti Ihsan,ketua kelas tadika tempat upin & ipin belajar)

P/S: Selamat Hari Guru Puan Aishah!

Saturday, May 8, 2010

Formula Membunuh

Mini Kuper Ash

Hari ini hari Ahad. Semua warga kota berehat dan melepak. Setelah seminggu kerje, inilah waktunya untuk berehat dan meluangkan waktu bersama keluarga.Tak ketinggalan brader Rudi kiter. Macam biase, die akan lepak dekat kedai kopi Pak Mat di simpang jalan besar. Layan teh tarik gelas besar dengan roti telur banjir. Lepas solat Subuh jemaah di Masjid berdekatan, die terus ke sana. Macam biase, sambil menge’teh’,sambil berborak. Macam-macam isu di ketengahkan. Dari isu by-election Hulu Selangor sampaila isu blok minyak terlepas dari tangan negara. Tetiba dalam keriuhan mereka bersembang kencang, satu kereta merah sudah berhenti betul-betul depan kedai Pak Mat. “Uish! Keter sape pulak tu……” seorang pelanggan tetap Pak Mat bersuara sambil berdiri dari kerusi.
“ perghhhh…..mini cooper tu….sape punye la pulak?” Rudi bersuara. Dari perut kereta keluar seorang lelaki. Besar badannya, pakai pakaian ala-ala bisnesman. “loorrr….ekau ruponyo Hamdan.Lamo tak Nampak?” Pak Mat menegur pemandu kereta tersebut.”ooooooo….Hamdan anak Usop Askar” serentak pelanggan yang ade disitu bersuara. Terbeliak mata-mata yang ade kat situ. Hamdan ni anak Usop Askar. Belajar tak la tinggi sangat, setakat SPM.itu pun kantoi. Lepas SPM die masuk Pusat Giat MARA, belajar baiki air-cond.

Pak Mat: Ekau kojo apo sekarang ni Dan? Bergayo bonar Pak Mat nengok aih.
Hamdan: Adela berniaga sikit-sikit Pak Mat
Pak Mat: Ko berniago apo? Dadah ko?
Hamdan: Ish! Kesitu pulak Pak Mat ni. Saya jual kopi Pak Mat.
Pak Mat: Meniago Kopi boleh jadi kayo macam ni ha…Ish! Pak Mat pun berniago kopi jugak. Tak lo sekayo ekau. Pakai pun Kapchai jo.
Hamdan: Pak Mat,Pak Mat…..kopi saya ni lain. Ni kopi kesihatan.
Pak Mat: Kopi kesihatan?
Hamdan: Iye, Kopi Kulit Manggis
Pak Mat: Ekau jangan nak temberang den! Mano ado orang melantak kulit manggih. Kambing jo yang makan bendalah tu.
Hamdan:Betul Pak Mat! Macam ni…..

Hamdan terus berceramah tentang kebaikan Kopi Kulit Manggis keluaran syarikat beliau. Semua pelanggan mengerumuni Hamdan. Ada yang bertenggek kat pagar kedai sebab takde ruang nak menghimpit.yang lagi takjub, Hamdan bukak Laptop sambil tunjuk slide powerpoint pasal produk kopi beliau.Ikut kata Hamdan, kajian tentang kopi ni dijalankan oleh saintis dari German. Terbukti berkhasiat dan boleh memudahkan penghadaman. Siap orang yang mandul kalau minum,boleh dapat anak.

Hamdan: Oklah Pak Mat.Kene gerak dah. Ada customer dari Sri Lanka nak beli produk saya ni. Nak pegi jumpe die kat Mandrin Oriental lak. Kalo berminat nak beli, ini kad saya. Assalmualaikum!

Hamdan beredar. Sebelum tu sempat jugak die ramp kete die kasi gegar satu warung.

Rudi: Bagus betul  Hamdan tu eh! Rajin.Jual Kopi pun boleh kaya.
Pak Mat: Botul tu Rudi. Den ingat lagi budak tu tahun lepas,nak bayar air kosong pon takdo duit.
Rudi: Saya mengidam betul mini cooper S tu.tapi duit takda….
Pak Mat:Kalau den pun nak sebijik. Tapi kalau ekau pakai, kau takleh la nak makan kat sini lagi dah.
Rudi: Kenapa pulak Pak Mat?
Pak Mat: Ape Klassss……pakai kereto mahal, tak kan makan warung. Kurang-kurang kat Pelita Nasi Kandar
Pelanggan 1: Der, takan pakai mini cooper layan mamak. Ape barang parking kat tepi jalan.
Rudi: Abis tu?
Pelanggan 2: At least la bro, kene makan kat hotel. Pakai valet parking.Baru menarik tertarik ko memang da’ bom

Tetiba Pak Imam mencelah

Pak Imam: Hangpa ni, kalau nak pakai kereta macam tu pun ukuq la baju dibadan sendiri dulu. Takut-takut orang dok sebok tengok kereta dari hangpa……. pasai kereta tu lagi kiut dari tuan!
Semua: GULP!
.

RUDI ROKAH

RUDI ROKAH a.k.a Abg.Rudi. Rudi merupakan seorang peniaga pasar malam. Jual air cincau dan soya. Apa yang spesel dengan gerai Rudi ni ialah Soya Panas…..terbaik! manis nya sikit-sikit jer. Kaya dengan rasa soya. Rudi ni bukanlah tak bijak, belajar sampai Diploma kat UPM. Dalam bidang Agrikultur. Cuma nasib tak menyebelah kepada die, pada tahun 1997-1998, die diberhentikan kerja di sebuah ladang. Sebab, itu ladang sudah bungkus. So, setelah dekat setahun setengah buat kerja macam-macam (dari buruh kontrak sampai ke pekerja kedai runcit), Rudi buat keputusan berniaga kat pasar malam.

Nama IC die sebenarnya Ahmad Rudi Bin Suratman  C.J (Confirm Jawa). Dapat nama rokah sebab die ni peminat setia rock kangkang zaman 80an dulu. Pada time tu, kemana sahaja Rudi pergi, imej rocker melekat pada die. Rambut serabai, jeans koyak dan T-Shirt tanpa lengan bergambar Iron “Maidin” amat sinonim dengan beliau. Rockers sejati la katakan. Memandangkan orang kampung Rudi (Kampung Simpang Ampat, Daerah Matang-Larut) ni tak belajar berapa tinggi sebab rata-ratanya rakyat marhein bekerja sebagai pengusaha ladang (bahasa lain untuk penoreh getah), Rockers jadilah ROKAH. Lekatlah nama RUDI ROKAH walaupun dah lama die pencen jadi rockers. Kira macam Amy Search , dah ‘sepohon kayu’ orang kate.

Rudi dah berkahwin. Dikurniakan 2 orang anak dengan seorang isteri.Nama isteri Rudi ialah Khadijah a.k.a Jijah dan bukan Kathy macam orang sekarang selalu bagi kat pompuan yang namanye sebegitu. Anak pertama Rudi, Awang (nanti aku cerita pasal Awang) dan Tanjung (ni pun nanti aku cerita).Rudi sekeluarga tinggal di tingkat 2 sebuah flat di KL. Ade sebuah van Nissan Vennet, yang double sebagai kereta keluarga dan kenderaan berniaga. Die dapat beli keter ni pun sebab jual rumah teres beliau di Seksyen 14, PJ dengan harga RM 200,000. Dulu mase beli RM 90,000.Nak duit punya pasal, terpaksa lah jual rumah tu. Kalau die tahu harga rumah tu sekarang, mesti die tak jual rumah tu dulu. Tapi apakan daya. Kalo tak salah, ruamh tu dah jadi kedai sewa barang pengantin berstandard tinggi.
 

Friday, April 23, 2010

Yamaha Tenere 1200 2010-dah masuk wish list aku.



New Entrance kat dalam wish list aku.kene kolek duit dari sekarang ni.harap-harap adala rezeki nak beli sebijik.Selamat Tinggal CBR600F2,semoga berbahagia dengan tuan baru mu.

Thursday, April 15, 2010

Saje-saje nak tulis 1

Aku: Ade baca blog I tak tadi?
Kekasih Hati: Ade...tapi....

Dari tengah menatap paper ,hiburan dan gosip semata-mata -Harian Metro, aku toleh pada kekasih hati. Ala-ala pelakon hindi menoleh apabila terdengar suara heroin memanggil name beliau.

Kekasih Hati: Tak faham la ape yang you tulis....
Aku: Cesss.....

Mungkin gaya penulisan aku terlalu serious atau pun subjek nye terlalu berat,mungkin. Salah sendiri jugak, terlalu khusyuk mahsyuk menulis dan melontar idea sampai lupa kelompok audience yang membaca (setakat ni weekly statistik pelawat boleh tahan walaupun follower tak la berapa ramai).

Takpe.Aku try nak tulis perkara-perkara yang lebih santai dan tak payah nak pikir panjang. Tapi aku try gak la selit 1 atau 2 tajuk-tajuk berat supaya pembaca boleh berfikir. Lagipun aku bukan nak create groupies, tapi nak share idea, pengamatan, pengalaman dan pendapat.

Tuesday, April 13, 2010

MEB-ulasan yang tak seberapa dari golongan yang tak seberapa

Model Ekonomi Baru (MEB) atau New Economics Policy (NEM) yand di war-warkan oleh kerajaan baru-baru ini adalah pemangkin kepada New Economics Policy (NEP) yang telah berakhir beberpa tahun yang lalu. Enhancement ini adalah untuk seiring dengan gagasan 1 Malaysia yang merupakan motto Malaysia selepas Islam Hadhari  dan Wawasan 2020. Aku sedang membaca pasal MEB ni dari PDF copy yang aku dapat dari laman web Malaysian Economics Advisory Council (ade kerje kosong tak kat situ…heheheheh). Secara keseluruhan nya, memang menarik dan fakta-fakta didalam naskah tersebut.

Aku dari zaman belajar sampai sekarang amat tertarik dan minat tentang poverty atau kemiskinan.tak kira lah “hardcore” or “absolute” poverty, tapi yang menjadi persoalannya sekarang, kebanyakkan kemiskinan selalunya amat sinonimus dengan orang Melayu. Dan yang membimbangkan adalah, kemiskinan tegar semakin meningkat dibandar-bandar besar seperti KL,JB dan Ipoh mali talak sombong punya. Kalau tengok dari segi percentage mungkin jauh beza dengan kemiskinan tegar di pendalaman. Tapi kalau tengok pada Gini Coefficient, pandangan anda akan berubah. Sebelum aku proceed dengan taksiran aku seterusnya, aku ternagkan sikit pasal Gini Coefficient. Gini Coeeficient dalam bahasa mudah adalah aras pengukur kepada distribution of income dalam sesuatu negara itu. Kalau distribution of Income adalah perfect (Gini Coefficient = 0) bermakna gap antara kaya dan miskin tak nampak langsung atau semua orang kayak at negara tu. In this report, coefficient untuk Rural diberi 0.3 manakala untuk urban 0.4.Itu statistic tahun 2007,tahun 2010 aku rase makin teruk. 0.4 korang rase sikitkan? Heh! 0.4 adalah sama dengan Gini Coefficient untuk negara India! Kalau korang nak tahu. Korang mesti pernah tengok citer Hindustankan? Korang ade tengok Slumdog Millionaire? Korang dapat beza tak macamane orang kaya (yang selalu di potray dalam citer Hindi) dan macamane orang miskin (yang macam kat dalam Slumdog Millionaire tu). Hah! Macamtu lah perumpamaan sebenar kat Bandar-bandar besar di Malaysia (ini aku cakap on extreme cases).Terkejut? Same lah kite….

Dan satu lagi kejutan yang aku terima setelah baca report tersebut yang aku nak share ngan korang. Di sesebuah negara, rakyat di bahagikan  kepada beberapa sub income group (i.e: High, medium and low). Kat Malaysia, secara puratanya, Low income dikategorikan sebagai individu yang menerima gaji RM 1,222 sebulan, Medium (RM 2,957) and High (RM 8,157)! Korang tengok sendiri gap antara ketiga2 sub ketogori ni.dan yang bestnye, high income earners ni represent 20% of the total population.dah la sikit,pastu income gap depa...mak aih! jauh gile.Cube korang tengok income gap Medium and lower....amat rapat. Ni kalau amik monthly wages la kan,kalo "take home pay"....aku rase same je mid ngan lower.entah-entah lagi rendah kot.mane taknye,masuk gaji RM2500,lepas tolak sewa dan loan kereta dan macam-macam lagi,silap-silap negative.heh!Persoalannnya, macamane nak reduce the income gap nih? adakah MEB boleh tolong?

Pendapat aku:
  1. Income gap berlaku macam ni sebab banyak sangat subsidi.Kene ingat, subsidi ni juga dinikmati oleh orang berpendapatan tinggi.So yang kaya makin kaya,yang miskin....sendiri jawablah!
  2. orang berpendapatan tinggi ni tak declare sangat harta mereka, tak pun depa float asset kat luar negara.mana nak tahu kan? tiap-tiap bulan wire je duit sikit-sikit masuk Malaysia.
  3. There's no equality in opportunity. Hanya golongan tertentu sahaja yang dapat merasa dan menikmati kekayaan negara.
  4. Tax yang dibayar tak dapat dirasai oleh rakyat. Secara prinsip nya, cukai yang dibayar oleh pembayar cukai harus di"kembali"kan kepada pembayar cukai dalam bentuk cash or kind (i.e: buat jalan raya yang lebih baik, takyah buat GST).
  5. Banyak sangat pelepasan cukai untuk bisnis.memang la untuk bantu orang bisnis tapi kekadang tu sebab nak lepas dari cukai,depa pegi beli kereta Porshe untuk company (padahal nak pakai sendiri) sampai 4 bijik.Agak-agakla.kita yang makan gaji ni pakai SLK (small little kancil), bayar bulan-bulan tak dapat lak pelepasan cukai untuk kereta.ces!
Nota Tangan: Kindly visit http://www.neac.gov.my/ for more info on NEM

Wednesday, March 24, 2010

MANUSIA MELAYU DAN KRISIS NILAI oleh Tukar Tiub-satu komentar

Semalam petang Gombak Rock sudah forward satu email pada aku. Isinya, satu catatan blog dari Tukar Tiub. Agak terkejut aku bile baca sebab takde gelak dalam entri kali ni.selalu mesti ade Kah! Kah! Kah! Akan menyusul pada setiap ayat.

Aku sebenarnya selalu kurang setuju dengan Tukat Tiub (dan atas sebab itu kami pernah bertelagah dengan Gombak Rock dalam email yang berjela-jela), tapi entri yang ni aku amat bersetuju dengan beliau. Sebagai seorang Melayu, aku percaya yang sebenarnya kita berada dalam krisis nilai dan identiti yang semakin teruk hinggakan meniggalkan impak yang amat besar dalam budaya dan adat kita yang disanjung tinggi selama ini.

Orang Melayu terkenal dengan santun mereka,lemah-lembut dan hormat-menghormati. Tetapi, dalam merintis jalan menuju kemodenan (ada yang panggil kapitalisme), orang Melayu “terpaksa” membuang nilai Melayu itu sendiri untuk menyama tarafkan Melayu dengan bangsa-bangsa dominan dunia. Tetapi persoalannya, adakah perlu kita berbuat begitu?

Korang tengok-tengok akhbar sekarang ni, terutamanya bahagian profil artis-artis, dah jadi satu budaya bila sebut pasal keturunan mesti tulis darah kacukan siam,bugis,Pakistan dan macam-macam lagi lah. Kan lebih mudah kalau letak Melayu je? Aku tengok pun depa taklah gaya mat saleh sangat. Adakah kita dah malu nak mengaku kita ini Melayu? Kenapa aku attack golongan artis nih? Sebab mereka jadi public figure. Kat suratkabar yang hari-hari rakyat Malaysia baca aka nada kisah mereka (walaupun aku sendiri tak kisah sangat pun,Cuma aku bercakakp atas dasar majority).Ape depa buat orang akan perati dan yang lebih extreme lagi akan ikut.

Kita lihat pula dari sudut pemakaian, pakai baju Melayu di hari selain Hari Raya atau persidangan agung UMNO dipandang pelik. Walauhal, nama pun baju Melayu dan dipakai di Malaysia, ape yang nak pelik.bukan aku pakai baju Melayu kat kutub utara pun.Mungkin jugak ramai terpengaruh dengan cerita Madu 3 kot! Scene Jamil menipu bini die bile nak pergi bernikah lagi satu.heh!

Menyentuh isu ekonomi pulak. Tahap akhir DEB telah lama lepas. Sekarang ramai cendiakawan lebih menjurus kepada perkembangan ekonomi negara dari pembahagian sosio-ekonomi mengikut kaum. Mungkin nyahtijah dari DEB yang tak berapa berjaya,bukan dari segi konsep tetapi perlaksanaan,Melayu masih berada dibelakang. Yang kita selalu lihat selalunya minority Melayu yang dapat keistimewaan dalam transaksi perniagaan. Tetapi jika dilihat dari segi distribution of wealth among Malay,masih jauh ketinggalan. Ini masalah Melayu itu sendiri sebenarnya. Kita tak berani nak explore benda baru. Kalau ade pun mungkin di cop sebagai penentang atau extremist di mata masyarakat (aku tak cerita pasal politik ok!).Contoh,kalau ade sorang Melayu start jual goreng pisang tepi jalan,korang bagi sebulan je…lepas tu ade 10 gerai goring pisang yang sama sebelah-sebelah. Lain pula dengan masyarakat Cina, kalo sorang jual goreng pisang,nanti ade yang lain akan jadi supplier tepung and pisang pulak. Kenapa bende2 simple macamni kita tak dapat nak solve? Kita kene ingat, populasi Malaysia amat kecil, untuk menjadikan Malaysia self sustained, populasi harus menjangkau pada angka 70 juta. Sekarang baru 27 juta, kita masih lagi jauh ketinggalan dan masih memerlukan barang-barang import untuk support business yang tak dapat nak buat sebab economic of scale takde. Kalau semua orang masih nak buat bende yang sama dengan market yang stagnant, ketepuan permintaan akan berlaku dan akan mewujudkan pembaziran sumber.senang macamnilah, kalau 9 gerai itu ditutup dan di cerakin kan kepada aktiviti ekonomi lain yang tak berapa rancak macam pertanian mungkin.Dari sudut ini, aktiviti ekonomi lain dapat dijana dengan lebih efisyen . 

secara keseluruhannya,aku letak soalan-soalan yang perlu kita fikirkan:
1. adakah sebenarnya kita malu mengaku yang kita ini orang Melayu?
2.adakah kita sanggup membuang sifat keMelayuan kita untuk semata-mata untuk mengejar kemodenan?
3.salahkah kita kekal Melayu dan terus maju?



Tuesday, March 23, 2010

Semangat Keusahawanan

Satu malam, sambil menanti Zara tidur,Kekasih Hati bercerita tentang studentnya berniaga “cederahati” bercapkan kolej tempat beliau mengajar . Menurut Kekasih Hati, rata-rata pendapatan mereka dalam RM600 seminggu. Itu kire buat terpaksa sebab masuk dalam kredit hour course Technopreneurship. Kalau betul-betul buat, mahu aku pun terjun dari tingkat 13 nih. Mane taknya, silap-silap 2 kali ganda gaji pegawai kat sini.

Aku memang suka kalau ade budak-budak muda ade semangat berniaga macamni. Kekadang tu menyebabkan jiwa aku ni meruntun-runtun nak buat benda yang sama. Tapi masalah nye, sebagai pelajar dalam bidang keusahawanan dan ekonomi (ceh!), aku terpaksa melalui beberapa proses research methodology hinggalah corporate finance untuk buat keputusan.dan selalunya, keputusannya kurang memberangsangkan. Heh! Last-last,kawan-kawan yang pakai taram jugak yang dapat laba lebih. Itu pasal aku jaki dengan Dato' Tony Fernandez,asalla die dapat pikir nak buat airline tambang murah sebelum aku terpikir.Kalo aku awal sehari jer terpikir mesti aku tak mengadap komputer macam sekarang ni.tertekan betul!

Dolu-dolu,zaman sekolah ade la jugak aku mejual momento kolej aku belajar kepada alumni. Itupun sebab nak cari fund buat annual dinner. Kat kolej aku, kejayaan sesuatu company (kat kolej aku takde rumah sukan, depa panggil company) di ukur kat mana kita buat annual dinner. kalau setakat buat kat restoran nelayan titiwangsa tu kira agak looser lah.So, dah jadi tradisi budak2 form 4 yang rise fund untuk company.Bertungkus-lumus la aku beserta bala tentera yang lain carik duit. Kesudahan nya, tahun tu kami buat annual dinner kat HOTEL ISTANA! hehehheheh

Bile dah naik form 5, time tengah interval study untuk SPM (banyak interval dari study sebenarnya..heh!). Aku pernah terfikir nak berniaga kerang rebus lepas belajar. Ikut perkiraan bangang aku time tu, dalam masa 6 bulan aku dah boleh pakai motor Aprillia dah (time tu Aprillia memang on!). pergh! wa cakap lu, time tu memang meruap2 dah nak meniaga kerang rebus. Tapi bile amik result SPM, semuanya berubah.Result pun ok,isi borang UPU dapat pulak tempat kat IPTA,so aku kuburkan lah hasrat nak meniaga kerang rebus dan cerita nak ronda-ronda KL pakai Aprillia 250cc warna hitam calit merah.

Nota Tangan: sudah sampai waktunya untuk merealisasikan impian

Monday, March 22, 2010

Malaysian Maverick....akhirnya ku ketemu kamu

Akhirnya aku ketemu apa yg diidamkan.Tengah baca...dah dekat separuh.berdebar-debar hati aku.macam setiap helai ade aje bende yang mengejutkan.nanti ade time aku wat summary.

Sunday, March 14, 2010

Wanita dan kerjaya

Berita sejak kebelakangan ni semakin panas. Menghinjak-hinjak rase hati nak mengomen dan mengomel.Tapi cuma takut ade yang salah anggap aku ni Gender bias. tapi tak kisah lah,yang aku nak buat sekarang ni adalah realiti check aje.Kalo ade yang setuju, terima kasih.Yang terase,padan muke dan yang tak setuju,tak dapek den nak nolong.

Berbalik kepada isu yang asal iaitu terlalu ramai wanita mengetuai/mengepalai atau berkhidmat di sektor awam. Aku nak tambah lagi, view aku juga merangkumi sektor swasta.

Cuba korang fikir-fikirkan :

1. Berapa ramai wanita yang memegang jawatan tinggi ni yang ade ciri-ciri muslimah idaman (i.e:jaga aurat,jaga tingkah-laku etc)?
2. Korang check lak jabatan-jabatan yang depa kerja,boss depa tu kalo tak pompuan jugak tak pun lelaki bermata basketball,tul tak?
3. Kalo korang yang bekerja (dulu,kini & selamanya) dengan boss wanita, korang rase depa layak tak duduk position tu?

Marah? relax dulu. itu name realiti check.Kalo takde, takpe la.kalo ade.....korang renung-renungkanlah.

Salah wanita ke? aku salahkan kaum aku sebenarnya:

1. pantang tengok dahi licin sikit....ape yang depa nak dapat lah jawabnya. come on...adil la sikit.jadi ketua ni kalau salah bukan menjawab kat sini,kat akhirat nanti pun menjawab jugak.
2. Pemalas.mane tak ramai kaum pompuan masuk sektor awam dan koperat sedangkan lelaki ramai memenuhi sektor kolar biru dan penjara kajang.
3. Penakut beb! tahu nak complaint belakang.tak pun takut di pandang serong oleh orang lain.Come on...ade je orang yang tak pasal2 kite memang menyampah kalo tengok muka die. Kire menyampah tanpa sebab. So...ape kisah.Kalau bende tu betul...cakap jela.

Yang wanita rase selamat? tidak,tidak,tidak....:

1. pakaian pergi kerja tu dh macam pergi disco.tahu la orang tak marah,tapi respect la orang sikit.At least ade la sikit rase segan pada diri sendiri.
2. Mentang2 la ketua2 mereka sayangkan mereka,tak yah la buat sesuka hati jer. ingat sekit....patah tumbuh,hilang berganti.bila dah patah dan hilang....sah2 korang jadi macam lauk kat tengah2 meja makan.semua orang ratah.....
3. masing2 nak cari rezeki yang halal untuk ahli keluarga.Jangan la kacau periuk nasi orang. Tak puas hati ke ape...bawak2 la berbincang.

Ape yang aku ketengah kan hanyalah sebagai perkara yang harus kita fikir-fikirkan. Terpulanglah kepada individu untuk mentafsir. 



Angin Laut China Selatan

Deru angin laut China Selatan dah sama dengan deru darah aku yang dah macam nak meletup kat kepala dek kerana penangan keparat. Panas!

Diam

Ombak menghempas pantai macam alunan tangan menghempas kepala sang keparat.

Diam

Ya Allah! Jauhkan aku dari segala malapetaka, fitnah dunia dan perasaan amarah yang melampau...

Amin

Friday, February 26, 2010

Drama King-Meet Uncle Hussein feat. Black



Penegasan air mata rekaan atau ikhlas Sang Dramatis.Harus dilihat bukan sahaja dalam konteks Seni tetapi juga kehidupan seharian.Cukup bermakna dan mendalam maksudnya.

Adakah kita juga seorang dramatis? Drama Kings and Queens? Tepuk dada,tanya selera

Tuesday, February 23, 2010

Rotan Nak?

International gathering of Muslim experts to discuss caning of women

Ini pun mau diskas and perabiskan duit rakyat nak buat forum and seminar ker? Nak sebat,sebat jela.Abis citer,kalau dah ulama' bersepakat sebat,jalan kan.Jangan tunggu-tunggu.Pertuduhan dah clear, tertuduh dah mengaku. Tertuduh pun dah capai tahap selebriti dah.Sampai kes rumahtangga beliau pun dah jadi bahan berita.Banyak lagi isu-isu penting kat Malaysia yang patut di diskusi tak pun di"isu"kan.Buang Masa....

Tuesday, February 16, 2010

Zara-approaching 3 Months Old

 
14th February 2010 Lumut,Perak


Friday, February 12, 2010

Apan punya cerita-Satu Olahan dan Kritikan Kritis

Cerita dari Apan ni makin hangat.Di perkata kan oleh ramai orang dari setiap pelusuk dunia.heh! tak faham betul lah.

SEMBANG KENCANG pagi-pagi lagi dah jumpa aku.Komplen pasal entri nye di plagiat tanpa pengetahuan.Kesian. Dari satu isu yang terpinggir hinggalah menjadi isu negara.beliau terasa reputasi nya di koyak dan robek. Kebenaran entri-entri beliau dipersoalkan.

So sebagai membantu rakan seperjuangan.Ingin aku tegaskan bahawa, cerita Apan adalah benar. Cuma jalan penceritaan diolah supaya nampak menarik. Sebagai saksi kejadian sebenar, aku approve kesahihan nya. Kepada yang copy entri orang lain dan di lanjutkan kepada orang lain dalam bentuk email,blog dan sbgnya tanpa quote,link atau footnote...tolong stop ape yang korang buat.Kalau tak sengaja, lain kali jangan buat dah.Macamanelah harta-harta intelek kat Malaysia ni nak berkembang kalau benda-benda macam ni berlaku.

SEMBANG KENCANG....gua support lu!


http://fdausamad.blogspot.com/2010/01/mak-apan-hilang.html
http://fdausamad.blogspot.com/2010/02/mengkehadapankan-emel.html

Wednesday, February 10, 2010

Rich Man,Poor Man

Power of Money, By Adam Khoo
( Singapore 's youngest millionaire at 26 yrs & a member of Young Entrepreneur Organization)

=QTE=
Some of you may already know that I travel around the region pretty frequently, having to visit and conduct seminars at my offices in Malaysia , Indonesia , Thailand and Suzhou ( China ). I am in the airport almost every other week so I get to bump into many people who have attended my seminars or have read my books.

Recently, someone came up to me on a plane to KL and looked rather shocked. He asked, 'How come a millionaire like you is traveling economy?' My reply was, 'That's why I am a millionaire. ' He still looked pretty confused.

This again confirms that greatest lie ever told about wealth(which I wrote about in my latest book 'Secrets of Self-Made Millionaires' ). Many people have been brainwashed to think that millionaires have to wear Gucci, Hugo Boss, Rolex, and sit on first class in air travel. This is why so many people never become rich because the moment that they earn more money, they think that it is only natural that they spend more, putting them back to square one.

The truth is that most self-made millionaires are frugal and only spend on what is necessary and of value. That is why they are able to accumulate and multiply their wealth so much faster.

Over the last 7 years, I have saved about 80% of my income while today I save only about 60% (because I have my wife, mother in law, 2 maids, 2 kids, etc. to support). Still, it is way above most people who save 10% of their income (if they are lucky).

I refuse to buy a first class ticket or to buy a $300 shirt because I think that it is a complete waste of money. However, I happily pay $1,300 to send my 2-year old daughter to Julia Gabriel Speech and Drama without thinking twice.

When I joined the YEO (Young Entrepreneur' s Orgn)a few years back (YEO) is an exclusive club open to those who are under 40 and make over $1m a year in their own business) I discovered that those who were self-made thought like me. Many of them with net worth well over $5m,travelled economy class and some even drove Toyota 's and Nissans,not Audis, Mercs, BMWs.

I noticed that it was only those who never had to work hard to build their own wealth (there were also a few ministers' and tycoons' sons in the club) who spent like there was no tomorrow. Somehow, when you did not have to build everything from scratch, you do not really value money. This is precisely the reason why a family's wealth (no matter how much) rarely lasts past the third generation

Thank God my rich dad foresaw this terrible possibility and refused to give me a cent to start my business.
Then some people ask me, 'What is the point in making so much money if you don't enjoy it?' The thing is that I don't really find happiness in buying branded clothes, jewellery or sitting first class. Even if buying something makes me happy it is only for a while, it does not last.

Material happiness never lasts, it just give you a quick fix. After a while you feel lousy again and have to buy the next thing which you think will make you happy. I always think that if you need material things to make you happy, then you live a pretty sad and unfulfilled life..

Instead, what makes me happy is when I see my children laughing and playing and learning so fast. What makes me happy is when I see my companies and trainers reaching more and more people every year in so many more countries.

What makes me really happy is when I read all the emails about how my books and seminars have touched and inspired someone's life.
What makes me really happy is reading all your wonderful posts about how this blog is inspiring you. This happiness makes me feel really good for a long time, much much more than what a Rolex would do for me.

I think the point I want to put across is that happiness must come from doing your life's work (be it teaching, building homes, designing,trading, winning tournaments etc.) and the money that comes is only a by-product. If you hate what you are doing and rely on the money you earn to make you happy by buying stuff, then I think that you are living a life of meaninglessness.
=UNQTE=



Monday, February 8, 2010

Nasi Lemak Story-From road side to Menara Kuala Lumpur

Nasi Lemak...makanan kegemaran rakyat Malaysia. Aku rase dah tahap makanan ruji rakyat Malaysia dah. Melayu ke, India ke, China ke...semua suka Nasi Lemak.

Masa aku belajar dulu, aku pernah tanya budak-budak Bosnia, Sudan, Comoros Island sampailah budak-budak State,perkataan pertama depa belajar masa sampai kat Malaysia ialah Nasi Lemak.Korang bayangkanlah, sementelah sampai dari negara masing-masing dan selama 2, 3 bulan,nasi lemak lah yang diaorang order untuk makan kat kedai-kedai Melayu.Dahsyatkan penangan Nasi Lemak Malaysia ni.

Kalau korang lalu kat kedai-kedai makanan Cina, korang mesti nampak stall nasi lemak walaupun memang takde orang melayu yang akan masuk kedai tu.Betapa berpengaruhnya nasi lemak untuk rakyat Malaysia. itu pasal Indonesia tak leh nak claim nasi lemak ni datang dari negara diaorang. BENDERA pun tak masuk nasi lemak sebagai perkara yang depa nak tuntut hak budaya mereka.

Nasi Lemak telah dipelbagaikan dalam berbagai bentuk. ada letak daun pisang sebagai alas.Dimakan dengan lauk pauk seperti sambal sotong, sambal paru-paru,sambal udang dan pelbagai lagi sambal. kekadang dimeriahkan lagi dengan begedel dan rendang ayam.Perghhh! dahsyat.

Nasi lemak juga diguna pakai sebagai economic indicator kat Malaysia. Bagaimana? Korang ingat tak masa zaman recession 97/98 dan yang terbaru 2008. Gerai-gerai nasi lemak di tepi jalan tumbuh mcm cendawan lepas hujan. Sebabnya, makin ramai penganggur kehormat yang telah bertukar haluan menjadi usahawan.Usahawan nasi lemak.Semakin banyak gerai nasi lemak di tepi-tepi jalan bermakna makin ramai penganggur. Ramai penganggur bermakna unemployment rate tinggi dan bermakna ekonomi is in recession mode.Betapa besarnya impak nasi lemak terhadap survival ekonomi malaysia.Aku pernah berborak ngan pengusaha nasi lemak kat Puchong Perdana.Mula-mula berniaga die pakai kereta Mitsubishi Galant tahun 70-an.Aku perati dalam masa less than 1 year, die dah pakai Honda CRV baru beb! yang aku pegi beli ni pun pakai motor Honda cup je.Berniaga pn bukan lama pun.Bukak pukul 7 am,pukul 8.30 am dah sold out! kul 9.30 am dah ade terpukang depan TV kat umah.

Nasi lemak dihidang di pelbagai lokasi. Dari tepi-tepi jalan setiap pagi hinggalah ke restoran berputar KL Tower.itu tak termasuk lagi dihidangkan secara ekslusif di awan biru (bukan awan dania eh!), dalam kapal terbang ke destinasi-destinasi seperti Milan, London, Los Angeles, Macau dan Dubai.

****************************************************

Mulai hari ini aku kene kurangkan makan nasi lemak. Azam aku,nasi lemak hanya sebulan sekali. Kenapa? Berat badan dah meningkat. Atau dalam bahasa economic dan investment analysis nya,cotango.So kene la berjaga-jaga.Takla sampai obes lagi,tapi kene la beringat.Selamat Tinggal Nasi Lemak!

Wednesday, February 3, 2010

Segalanya adalah chobaan.....

Bila masalah datang melanda,bermacam reaksi manusia yang dapat kita lihat. reaksi yang bergantung kepada level dan jenis masalah yang mereka hadapi. Ada yang jadi pendiam,senyap tak berkata-kata sambil muka bertukar jadi toye gile.dah mcm puyuh sejuk kene air hujan kalo tengok dari jauh.

Ada yang amik cuti seminggu dan cari ketenangan kat tepi laut (ni dah kira ala-ala Tiger Wood,naik kapal pegi Bahamas,tapi dengan pompuan simpanan die la...jangan lak nak ikut pulak).

Ada satu jenis lagi yang aku tak faham.Golongan ni kalau ade problem (kadang-kadang tu kecik je pun) pegi clubbing hari-hari. Macamane depa boleh cari ketenangan dalam keadaan serba memekak macam tu? aku tak faham lah.Masing-masing punya cara.

Ada jugak yang mengaitkan orang lain bile ade masalah.Habis semua orang dia nak sembur.Padahal masalah nye hanyalah bini dia masak kangkung goreng tak letak belacan (macam cerita bujang lapok daa...).Kalo masalah macamtu,baik la bawak berbincang,janganlah nak libat kan orang lain.Tak memasal je orang lain yang kene sembur. 

Tapi jarang aku dengar dan lihat kalau orang ada masalah buat dia makin rapat dengan Tuhan.Bukan ke masalah tu satu rahmat dari Allah? Maknanya Dia masih sayangkan kita.Cuba bayangkan kalau kita takde masalah,confirm bosan hidup kan? buat benda semua ok,takde orang complaint,tak yah wat decision....heh! kalau aku kematu beb! Kekadang masalah tu sebahagian dari ujian untuk orang beriman. Macam ni la, kalo nak naik pangkat kan kene pegi assessment.dan assessment selalunya susah,kira problemla tu.Lepas assessment baru boleh naik pangkat.Macamtu jugak la konsep masalah ni. Assessment nak naik pangkat iman kita,dari setebal kulit bawang ke setebal kulit telur ayam rebus dan seterusnya.Assesment nak naik pangkat eksekutif ke eksekutif kanan tak kan sama dengan assessment dari manager nak naik ke pengurus kanan.sah-sah la lagi susah dan lagi kompleks.Kalau lepas,ok la.Kalo tak,repeat paper la jawabnya.heh!

Tapi ade setengah pihak yang prijudis berkata “ Dah susah baru nak ingat Tuhan”.Ceh! mudah betul kalau orang nak bercakap kan? Bagi aku takpe la, at least depa ingat lagi kat Tuhan. Lagipun bukan kita yang ada hak nak kata orang macamtu.Sesungguhnya Allah itu Maha-Pengasih lagi Penyayang.Dia akan perkenaan kan doa semua hambanya. Bukan manusia yang tentukan doa tu makbul ke tak.

Apa-apa pun, handle la sesuatu masalah itu secara berhemat dan penuh dengan positif mind.Kalau tak dapat handle sorang-sorang,tanaya pendapat orang lain (make sure orang yang boleh dipercayai lah).Berusaha,Doa dan Tawakkal lah atas keputusan.Kekadang nampak keputusan tu macam silap,tapi sebenarnya ada kemanisan dalam kepahitan itu yang kita tak tahu.

****************************************

Problem aku dari semalam: tak dapat log-in internet.Asyik-asyik keluar notice tak dapat connect to tree server.Arghhh! rase nak hempas-hempas laptop aku tu.Limau mandrin hadiah customer sempena Raya Cina dah sekotak aku habiskan. Engineer IT tak sampai-sampai lagi.Tak kan nak suruh aku habiskan satu kontena baru nak datang kot.

Sabar,sabar,sabar.......