Sunday, January 3, 2010

2010

Tahun baru datang lagi.macam biase,ia akan disambut dengan penuh gilang-gemilang.Dengan pertunjukkan bunga api,buih-buih (selalunya dari tin spray,konon2nye mcm salji lah) dan yang paling penting skali...parrrrtttyyyyy! disusuli pulak dgn ucapan tahun baru melalui SMS, Facebook dan Twitter. Dan seperti biasa jugak, orang akan berazam untuk tahun baru.Ade berazam nak kawin tahun 2010, siap dah select date lagi....20.10.2010...ceh! klise sgt.ade yang nak berenti merokok(heh! dan selalunya gagal lagi,dan lagi,dan lagi) atau nak bekerja lebih kuat.

Tak kisah lah ape yang nak di azamkan, yang penting kenelah usaha supaya berjaya.kalau tak baik tak yah berazam. Look at this side, azam ni sebenarnya macam ikrar pada diri sendiri.kira janjilah..kalau dah janji kenelah tunai,betul tak? kalau orang tak tunai janji orang panggil ape? sendiri mahu ingat.kalo janji pada diri sendiri pun takleh nak tunai,macamane ngan janji kite ngan orang lain? janji ngan Tuhan?

Itulah serba sedikit tentang azam. Kalo tanye aku pasal azam tahun baru,dari dulu sampai sekarang aku takde azam.aku ade cite2.semua longterm.hehehheh.

Kalau kita imbas kembali tahun 2009, macam2 dah berlaku.Baik di dalam atau di luar negara.secara peribadinya, 2009 merupakan tahun yang tidak begitu stabil untuk dunia secara keseluruhannya. Mungkin 'cycle'nye dah nak sampai.tapi takpelah, yang sudah tu sudah lah.by gone be by gone.

Tirai 2010 telah dibuka.Mungkin tahun yang mencabar dan penuh dengan challenge. Yang kuat semangat akan terus melangkah, yang kurang sikit akan terjelepuk tersembam di tengah jalan.it's all about the survival of the fittest. dan disinilah akan dapat menilai, siapa kawan dan siapa lawan sebenarnya.My advice, berjaga-jagalah...jangan sampai silap langkah.Jangan terlalu mudah menabur dan menerima budi.nanti diri rosak dek kerana hutang budi yang tak seberapa.

"Selamat Menyambut Awal Muharam & Selamat Tahun Baru 2010"

Nota Tangan:
"kawan-kawan,
kenapa perlu lawan,
bukan kah dulu kita kongsi teh secawan?"

No comments:

Post a Comment