Thursday, January 28, 2010

Adakah aku rakyat kelas kedua?

Semalam aku terserempak dengan brochure syarikat telekomunikasi Malaysia yang sangat mengetop setakat ni. Adelah promo untuk Tahun Baru China, masuk package tu dapat la Blackberry dua bijik.Harga pun oklah! Bawah dari breakeven point aku. Bergegasla aku ke counter pertanyaan. Sebelum tu nak citer sikit, aku ni memang bukan pengemar Blackberry pun. Tapi memandangkan anniversary perkahwinan aku yang pertama ni, konon2nye nak bg hadiah la kat kekasih hati aku.Mula-mula nak beli i-phone, tapi tgk Blackberry ade promo mcm tu,apesalahnye aku pun merasa sekali kan dapat HP baru jugak.hehhehe! Barulah 1 Malaysia….


Berbalik pada citer aku tadi. Kat kaunter pertanyaan:

Aku: kak,saya nak package ni.Stock ade tak?
Gadis manis: Sorry bang, stock habis la.kalo nak saya masukkan dalam waiting list.dah ade stock nanti kami call.
Aku: Berapa lame eh stock baru nak masuk?
Gadis manis: 3 to 4 weeks
Aku: Mak aih! Lamenye….ade care lain tak saya nak dapat cepat? (dengan harapan dapatlah aku potong que waiting list tu)
Gadis manis: Cube abang pegi Pavillion? Semalam ade customer saya dapat 2 biji by walk in je.Stock banyak lagi kat situ….
Aku: Cantek….(melepas nak potong que,tak perasan ke die muka aku tengah berharap ni? Ceh! Hati kering betul lah!)

Lepas kerja,dengan semangat berkobar-kobar,aku pun berjalan kaki ke Pavillion. Mak aih! Jauh siot! Sengal gak kaki…namapak sgt lah aku dah tak se “fit” mcm dolu-dolu. Sampai kat tempat yang dimaksudkan,aku terus beratur. Dengan peluh jantan masih menetes-netes, aku bertanya pada mamat yang duduk kat kaunter tu bile samapai turn aku.

Aku: Bang, saya nak package ni.Ade stock tak? (sambil tnagan aku menunjuk gambar promo kat dalam brochure,macam budak kecik tunjuk barang yang die nak dalam kedai runcit)

Mamat: Kejap ye saya check.

Die masuk dalam store.dalam 2 minit gak la,pastu die keluar…

Mamat: Sorry bang,stock ade tapi…..
Aku: ….(tolong la ade,tolong la ade…..)….
Mamat: semua dah reserve
Aku: reserve ke book by waiting list?
Mamat: Reserve
Aku: mana boleh bang,first come first serve la
Mamat: ni semua VIPs yang reserve
Aku: What? VIP? Mana boleh bang, kalau waiting list lain cerita…macamane awak berniaga macam ni?
Mamat: ni semua datuk-datuk dan tan sri-tan sri dah reserve
Aku: Pergh! Macam ni payahlah…nak ade pangkat baru boleh main reserve-reserve mcm ni.Siot la!

Nada suara aku dah start tinggi. Orang dalam kedai tu dah start pandang kat aku. Pang! Aku hempas brochure atas kaunter. Semua dalam kedai tu dah naik cuak…

Aku: Send my best regards to all the Datuks and Tan Sris!

Aku blah dari kedai tu dengan marah dan kecewa yang meruap-ruap….


************************

Bukan niat aku nak mencerca orang.Tapi kita ni selalu sangat menklasifikasikan manusia berlandaskan darjat dan keturunan. Aku pun orang jugak.Aku pun ade duit.Ape? orang macam aku ni tak leh dapat layanan istimewa jugak ker? Walaupun aku takde pangkat,tapi aku rakyat Malaysia ape…hak aku same je kalau ikut pelembagaan. Darjah kebesaran diberi diatas jasa diberi oleh individu tapi bukan lesen untuk dapat keistimewaan sampai tahap macam ni. Orang kita pun selalunya beri layanan 1st class untuk mereka tapi 2nd class kepada orang-orang biase macam aku ni. Tolong la…..persepsi-persepsi macam ni perlu di hapuskan dari minda rakyat Malaysia. Ini semua nyahtijah pemikiran penjajah yang masih tinggal dalam diri kita. Sedangkan, secara realitinya, di barat sendiri dah tak mengamalkan sistem ini. Itu semua pemikiran zaman feudal, waktu tu pun mereka masih berada dalam Dark Age. Sekarang ni tanah-tanah bukan lagi hak milik Baron,Duke atau Lord tetapi orang-orang biase.Semua orang hidup atas usaha sendiri bukan belas ikhsan orang.

Nota Tangan: Daulat Tuanku!


1 comment:

  1. biasalah brader...penyakit paling celaka kat malaysia ni adalah "sindrom dato' datin"!!

    p.s: FUCK ELITISM!!! (pardon my french..haha)

    ReplyDelete