Sunday, January 31, 2010

Kata Si Luncai Moden

Si Luncai jatuh dengan labu-labunya,
Biarkan-biarkan....

Budak-budak sekarang ni kurang ajar,tak pandai hormat orang lain!
Luncai Moden jawab: Biarkan-biarkan

Anak-anak kita pakai baju tak cukup kain,terdedah-sana,terdedah sini!
Luncai Moden jawab: Biarkan-biarkan

Orang Melayu makin lama makin mundur,ramai yang miskin hina.Belajar pun tak tinggi mana!
Luncai Moden Jawab : Biarkan-biarkan

Dadah dan arak dah macam makanan dan minuman hari-hari.Boleh beli merata-riti!
Luncai Moden jawab: Biarkan-biarkan

Maruah agama kita dihenyak dan dikoyak!
Luncai Moden jawab: Biarkan-biarkan

Orang kita asyik bergaduh sesama sendiri sebab duit,kekayaan dan kuasa!
Luncai Moden jawab: Biarlah dia jatuh dengan labu-labunya

********************************************************
Renung-renungkan.....nanti kita tanya Pak Pandir pulak.






No comments:

Post a Comment