Thursday, January 7, 2010

Sekolah sudah dibuka

Venue: Depan umah parent aku
Situasi:Duduk sorg2 ditemani Sheesha campuran.Baik punya bancuh...

Dah seminggu mungkin sekolah-sekolah dan institusi-institusi pengajian di Malaysia di buka kembali selepas lebih sebulan tutup. perasaan murid-murid dan pelajar-pelajar yang akan menghadapi sesi baru ini juga berbeza-beza.takut, seronok dan kebanyakkan nye takde perasaan (lebih2 lagi budak2 final year kat uni, tak tahu apelah nasib diaorg utk final sem ni).

Sistem pendidikan selalu berubah saban tahun. Kebanyakkan nye akan paralel mengikut kehendak (demand) semasa. sebagai contoh, suatu masa dulu heboh di perkatakan tentang Multimedia Super Coridor (MSC). Pada waktu tu, berbondong-bondong budak2 kite amik jurusan IT. Kononnye akan ditawarkan gaji yang lumayan sebab demand dari MSC. Tapi sayangnye, perkara yang tak di jangka berlaku.Supply exceed the demand. So ape jadi ngan graduan2 yang tak dpt kereja ni? korang tengok keliling dan nilai lah sendiri.

Begitu jugak dengan persepsi masyarakat kite terhadap bidang yang di ambil. Kalau korang tak percaya,masuk lah mana2 kelas kat sekolah rendah atau menengah dan tanya soalan ini : Korang dah besar nanti nak jadi apa?

Statistik jawapan budak2 akan menunjuk kan begini:

25% akan jawap nak jadi Doktor
25% lagi akan jawap bercampur aduk dengan nisbah yang sama iaitu Akauntan, Pilot atau Lawyer
Lagi 50% tak jawap sebab tak tahu nak jadi ape.

Pengalaman aku sendiri, bile aku amik jurusan ekonomi,depa kata "ni nak jadi Cikgu ke?"....sampai sekarang doa mereka tidak aku penuhi ,aku tak jadi-jadi gak cikgu.heh! Sampai bile masyarakat kite masih nak berfikir di tampuk yang lame? kalau amik jurusan Muzik takleh berjaya ke? ke memang orang kite ni mcm nyonya mansor dalam filem Ibu Mertuaku?

Satu lagi yang betul2 buat aku frust ialah kite masih lagi sibuk asingkan Science and Arts. Kalau orang amik arts ni memang orang2 yang tak de mase depan la. Arts ni kire subjek senang nak score. Bagi aku, dua-dua ade keunikan yang berbeza.Jangan disebabkan oleh banyak kelebihan diberi kepada budak-budak science (iyelah, depa ada Lab sendiri tu beb, uni habiskan berjuta ringgit nak setup satu Lab tu),budak2 arts di beri layanan kelas ke-2.takde lah nak kate sains tu tak penting...walaupun aku dpt cukup nak pass je fizik ngan Kimia masa SPM dulu,tapi janganlah bersikap prejudis.berilah peluang yang sama rata. yang penting minat dan bagaimana nak tukar kepakaran kita kepada produk atau perkhidmatan yang boleh menjana punca kewangan.Di negara-negara maju (bukan barat je k), sejarawan dan pakar-pakar psikologi amat diperlukan dalam mentafsir dan mengkaji tentang human behaviour. data-data ini digunakan oleh syarikat-syarikat besar macam Coca-cola,Pepsi dsbg untuk plan marketing strategies mereka.Kita? hehhehe....kerja-kerja itu semua advertising company yang buat yang bergelar (konon2nye) consultant yang pakar.

Begitu juga dengan sanjungan mengunung siswazah yang belajar di luar negara. bukan lah dengki ke ape, tapi agak2la.Dari segi exposure,mungkin berbeza tapi bukan istimewa. cuma kat Malaysia ni tak de la Sonata Musim Salju kot. sebenarnya, bergantung kepada pelajar tu sendiri nak create exposure mereka sendiri. Ade jugak budak-budak kita yang belajar oversea, tapi bile balik Malaysia, speaking mat saleh lebih kurang aku yang belajar sekolah Melayu ni (dan sebaliknya graduan-graduan IPTA bercakap dan bergaya mengalahkan mat saleh....kes tak sedar diri) Kalau tak salah aku, Prof.DiRaja Ungku Aziz ada melabelkan pelajar2 ini sebagai Pelajar 3K yang didifinisikan sebagai pelajar2 yang hidupnya hanya tertakluk kepada 3 situasi sahahja iaitu Kelas,Kantin dan Kolej Kediaman. Aku rase Pelajar 3K ni universal, iaitu termaktub untuk graduan oversea dan tempatan. tapi tak salahkan mereka jugak, iyelah kene belajar rajin-rajin, syarikat-syarikat amik budak2 CGPA power-power jer.bawah 3.5 tak main la. hehehheheh.....bab ni nanti aku sambung entry yang lain. ni issue panas gak la.

Tak ira lah apa jua bidang yang dipilih.Yang penting kita belajar dan terus belajar. Rasulullah SAW pernah bersabda " tuntut lah ilmu hingga ke Negeri China". Maka yang penting adalah Ilmu yang di manafaatkan dan sesungguh nya Ilmu yang tidak di manfaat kan (dan disalah manfaat kan) seperti pokok yang tak berbuah atau dalam erti kata lain...pokok itu mandul!

Nota Tangan: nak enroll kan diri sekolah pondok pulak lepas ni.



No comments:

Post a Comment