Sunday, January 17, 2010

Training for Trainers Level 1-permulaan kehidupan Man Vs. Wild

Tahun : Kalau tak salah aku 2003.Tarikh tak ingat
Venue: Dusun Eco Resort, Bentong, Pahang

Waktu ni aku masih menuntut di UIA.Baru 2nd Year.Time ni aku join Pengakap.Sebelum tu aku cerita serba sedikit tenetang sejarah Pengakapan aku serba sedikit.Aku start kenal Scout ni dari sekolah rendah.Takde lah bagus mane, cuma anugerah tertinggi aku pernah dapat adalah Rambu Pengakap Kanak2. Niat dihati nak buat King Scout, tapi dah masuk RMC, aku stop kejap dengan Pengakap. Bile masuk UIA, depa nak setup KelanaSiswa, so aku join la.Tak la tinggi mane jawatan yang pernah aku sandang, dapat la jadi president untuk sepenggal.

Satu hari, Assistant Director Co-curricular activity UIA panggil aku.Atif nama die.Orang Kedah.Kamcing ngan aku sampai sekarang.

Atif: Hang free tak ujung minggu depan?
Aku: bolehla.Cuti sem lagipun.Paling kuat duduk rumah.awatnya?
Atif:Aku nak hang join TOT,boleh?
Aku: On!
Atif: Ok,aku daftar nama hang sekali.Ari Isnin pagi2 hang tunggu kat tangga Firaun ( Tangga besar UIA,kami panggil Tangga Firaun sebab besar sangat.Macam tangga piramid Giza kat Mesir nun).
Aku: Ok...errr bang! tanya sikit boleh?
Atif: Padia? (sambil mata nya merenung tajam kat aku.Atif ni ex-askar wataniah.Bagi die, aku patut ikut arahan jer,jgn banyak tanya)
Aku: TOT tu apa?
Atif: Itu pun tak tahu? Macamana la hang boleh masuk UIA?

************************

Isnin pagi-pagi aku dah terpacak kat tangga firaun. Ramai jugak participants. Ade la dalam 30 orang. Sekali aku nampak Pa'an (budak pengakap jugak, sekarang ni tengah training nak jadi soldadu) dan Apeng ( pun budak scout, skrg ni Pegawai Penguatkuasa JAI Perak). Cut Short, kami sampai kat destinasi tengahari.Camp site kami,mak aih,atas bukit nun.Terpaksa la panjat bukit.dah la perut lapar.takpe la....sape suruh accept aritu kan.bermula la kelas kami,start ngan basic camp craft sampailah first-aid.Pergh! mengantuk toksah cerita lah.aku dah maki berbakul2 dalam hati.Aparaaa....setakat nak buat kelas macam ni baik buat kat UIA jer.takyah la masuk hutan macam ni.Dalam keadaan mamai, tetiba group leader aku, Mat Ropi (budak TaskForce, sekarang ustaz dkt Belaga,Sarawak) bersuara.

Mat Ropi: Ok,semua boleh balik khemah masing-masing,rehat.Jangan lupa turn sentri masing-masing.Jangan buat-buat tido pulak bile orang kejut nanti
Kami semua: Baik Chief! Kami menjunjung titah.
Aku: Psst! Paan, ko bwk bnyk stock tak?
Paan: Adelah dalam 8 kotak, Winston la tapi
Aku: Apeng?
Apeng: Macam biase la, Peter merah...
Aku: Ceh! rokok jamban....takpelah.Apalagi....on lah!

Kami pun amik port kat belakang khemah.Sebentar saje, persekitaran kami dipenuhi asap.perghhh! nikmat beb! dari lunch tadi tak dapat (p/s: merokok dalah dilarang sama sekali semasa kursus).

Tengah sedap-sedap layan high,tetiba dengar satu suara."You, Paan and Apeng, see me after you've finished"
Aiseh! Kantoi la pulak, Kantoi lak ngan trainer (lepas tu kami dapat tahu namanye Azrul, samapi sekarang jadi member kamcing aku).kami pun campak baki rokok yang tinggal dan terus meluru ke khemah jurulatih.

Azrul: Tak yah cakap banyak.Aku nampak dengan mata kepala aku sendiri.Ade ape-ape nak cakap?
Aku: Saya! (aku angkat tangan)
Azrul: Ha! cakaplah....
Aku: Saya minta hukuman kami diringankan
Azrul: Permitaan ditolak!
Aku: Ceh! (dalam hati lah)
Azrul: Ko mase datang tadi nampak tak kolam besar kat bawah sana?
Kami: Nampak!
Azrul: dalam masa 10 min.Aku nak korang turun ke kolam tu pastu rendam 100%.Cukup time, ko naik balik report kat aku kat sini.Paham?
Kami: Faham!
Azrul: Ade ape2 soalan?
Apeng: Bang, tengah malam ni.Orang tua cakap,tak baik mandi malam2,nanti lemah tenaga batin.
Azrul: Ko nak kene 30 minit punye ker? Terus tak beranak nanti.....nak?
Kami: Senyap........

-to be continued-

No comments:

Post a Comment