Friday, May 21, 2010

Awang masuk Universiti

Awang adalah anak lelaki sulung Rudi. Amik SPM 2009, result...okla.Bolehla buat modal nak masuk IPTA. lepas result keluar, Awang isi borang UPU online.Keputusan UPU pn dah keluar. Awang ditawarkan melanjutkan pelajaran di UITM dalam jurusan Seni Pentas dan Drama. Biasela UITM, kene start dengan Diploma dulu 3 tahun. Lepas tu, bolehla buat Degree. Lepas tu barulah boleh jadi pelakon,tak pun pengarah macam Farid Kamil.Heh!

Rudi dan Jijah amat lah berbangga dengan tawaran yang Awang dapat. Kira-kiranya Awang ni macam penanda aras atau KPI untuk keluarga mereka. Macam KPI yang dibuat oleh Idris Jala pada jabatan-jabatan dalam kerajaan Malaysia.Macam biaselah, kalau dah nama Melayu, kalau dapat berita-berita gembira macam ni mesti buat kenduri kesyukuran, potong lembu sekor dua (mana yang mampulah). Memandangkan ekonomi keluarga Rudi taklah berapa stabil sangat, Jijah plan nak buat pulut kuning je. Edarkan kat Masjid berdekatan, save sikit. Maka bertungkus-lumuslah Jijah menyediakan pulut kuning, budgetnye Maghrib nanti bole la bawak ke Masjid.

Bukan kepalang sukanya orang Masjid dapat makan free hari tu. Bukan selalu dapat makan free. Name je masjid tengah bandar, tapi seko-sekor liat nak bersedekah makan. Kalau ade pun bualan pose jela, itupn waktu berbuka ngan moreh.Itupun datang dari orang dari khariah lain. ini mesti kes lambakan sedekah makan di bulan pose kat kariah memasing.Ade orang kate, bagi makan orang berbuka ni pahalanya besar. Habis,hari lain bagi makan tak dapat pahala agaknya?

Pak Mat   : Mano si Awang tu dapek belajar di?
Rudi         : UITM
Pak Imam: Mengaji apa?
Rudi      : Seni Pentas dan Drama pak Imam
Pak Mat  : Ish! nak jadi apo si Awang tu nanti? Orang lain amik "injiniering", boleh jadi jurutero. amik "medik",boleh jadi doktor.
Rudi        : Dah minat nye kat situ.Kalau ade rezeki,boleh jadi pelakon macam Rosyam Noor tak pun pengarah macam U-Wei tak pun jadi dua-duanya skali macam P.Ramlee.

Ajak Pomen tetiba mencelah

Ajak          : Apelah Pak Rudi ni, boleh biarkan anak amik kursus macam tu. Itu nanti dah jadi pelakon  mulalah gossip sana sini. Akhlak rosak,pakai tak senonoh, bergaul bebas. Ish!
Pak Imam : Pasai apa hang cakap lagu tu?
Ajak         : Pak Imam cuba tengok suratkhabar tak pun TV. Aritis-artis ni bukan senonoh. Berlakon tak seberapa, tapi dedah sana,dedah sini.kacau laki orang,kacau bini orang. Pak Rudi nak Awang jadi macamtu ker?
Rudi         : Itu pasal la aku suruh die belajar dalam bidang ni. Supaya, kalau diaorang jadi pelakon tak jadi macam tu.Yang kau ni anti sangat dengan artis ni apasal?
Ajak         : Bukan ape Pak Rudi, saya tak nak rakan saya jadi macma tu.Malu!
Rudi         : Ajak, masalah artis kita ni sebenarnya tak berilmu. Berlakon bukan sebab bakat, tapi sebab rupa.Muka cantik, tapi berlakon kayu. Pengarah pun banyak buat cerita cinta jer. Sebenarnya, banyak lagi cerita yang kita boleh buat.Cerita sejarah contoh, tak banyak.
Pak Imam: Yang tu aku setuju. Depa dok buat cerita cinta ja, tak pun mat rempit.Bila budak merempit, depa marah padahai depa dok buat cerita lagu tu. Tunjuk betapa bestnya jadi mat rempit. Nak jadi pengajaran konon.....Haru,haru!
Rudi         : betul tu pak imam! saya setuju. Mana nak berkembang otak budak-budak ni. Orang putih buat cerita mereka nak naik kan semangat anak-anak muda mereka. Contoh, Remember the Titans tak pun Man of Honour. Ok ape!
Ajak        : Saya tetap tak setuju! Rosak nanti si Awang tu....
Pak Mat  : Ekau ni den lompang jap lagi kang.Si Awang tu nak belajar, biarkan ajolah. Sekurang-kurangnyo
dio ado cito-cito.Nak majukan keluargo dan industri perfileman negaro.Tak gitu Pak Imam?
Pak Imam: Betui tu. Tak kisah la dia nak ngaji apa pun. Menuntut ilmu tu kan satu kewajipan. Bukan dia buat kerja haram pun. Yang hang ni Ajak, hang takdak cita-cita ka? Aku tengok bengkel hang tu hidup segan mati tak mau....
Ajak         : Hehehhe...tak cukup modal nak pusing pak Imam.
Rudi         : Macamane boleh jadi macamtu?
Ajak         : Iyelah Pak Rudi, banyak sangat orang berhutang sampai saya tak tahu sape yang hutang sape.
Rudi         : Kau tak simpan rekod ke?
Ajak        : Kene simpan rekod ke?
Pak Mat  : Ni yang den nak tondang ekau ni jak, konola! aku ni ha, berniago kedai makan,hari-hari den buat rekod. Apo ko bingai ekau nih!
Pak Imam : Itu la pasai orang suruh pi mengaji! Ang tau duit masuk, yang keluaq ang langsung tak amik tau.Mana la ang tak rugi.Ang pi masuk mengaji balik lah.....belajaq buat akaun.
Ajak         : heeee......

No comments:

Post a Comment