Sunday, January 31, 2010

Kata Si Luncai Moden

Si Luncai jatuh dengan labu-labunya,
Biarkan-biarkan....

Budak-budak sekarang ni kurang ajar,tak pandai hormat orang lain!
Luncai Moden jawab: Biarkan-biarkan

Anak-anak kita pakai baju tak cukup kain,terdedah-sana,terdedah sini!
Luncai Moden jawab: Biarkan-biarkan

Orang Melayu makin lama makin mundur,ramai yang miskin hina.Belajar pun tak tinggi mana!
Luncai Moden Jawab : Biarkan-biarkan

Dadah dan arak dah macam makanan dan minuman hari-hari.Boleh beli merata-riti!
Luncai Moden jawab: Biarkan-biarkan

Maruah agama kita dihenyak dan dikoyak!
Luncai Moden jawab: Biarkan-biarkan

Orang kita asyik bergaduh sesama sendiri sebab duit,kekayaan dan kuasa!
Luncai Moden jawab: Biarlah dia jatuh dengan labu-labunya

********************************************************
Renung-renungkan.....nanti kita tanya Pak Pandir pulak.






Friday, January 29, 2010

Thursday, January 28, 2010

Adakah aku rakyat kelas kedua?

Semalam aku terserempak dengan brochure syarikat telekomunikasi Malaysia yang sangat mengetop setakat ni. Adelah promo untuk Tahun Baru China, masuk package tu dapat la Blackberry dua bijik.Harga pun oklah! Bawah dari breakeven point aku. Bergegasla aku ke counter pertanyaan. Sebelum tu nak citer sikit, aku ni memang bukan pengemar Blackberry pun. Tapi memandangkan anniversary perkahwinan aku yang pertama ni, konon2nye nak bg hadiah la kat kekasih hati aku.Mula-mula nak beli i-phone, tapi tgk Blackberry ade promo mcm tu,apesalahnye aku pun merasa sekali kan dapat HP baru jugak.hehhehe! Barulah 1 Malaysia….


Berbalik pada citer aku tadi. Kat kaunter pertanyaan:

Aku: kak,saya nak package ni.Stock ade tak?
Gadis manis: Sorry bang, stock habis la.kalo nak saya masukkan dalam waiting list.dah ade stock nanti kami call.
Aku: Berapa lame eh stock baru nak masuk?
Gadis manis: 3 to 4 weeks
Aku: Mak aih! Lamenye….ade care lain tak saya nak dapat cepat? (dengan harapan dapatlah aku potong que waiting list tu)
Gadis manis: Cube abang pegi Pavillion? Semalam ade customer saya dapat 2 biji by walk in je.Stock banyak lagi kat situ….
Aku: Cantek….(melepas nak potong que,tak perasan ke die muka aku tengah berharap ni? Ceh! Hati kering betul lah!)

Lepas kerja,dengan semangat berkobar-kobar,aku pun berjalan kaki ke Pavillion. Mak aih! Jauh siot! Sengal gak kaki…namapak sgt lah aku dah tak se “fit” mcm dolu-dolu. Sampai kat tempat yang dimaksudkan,aku terus beratur. Dengan peluh jantan masih menetes-netes, aku bertanya pada mamat yang duduk kat kaunter tu bile samapai turn aku.

Aku: Bang, saya nak package ni.Ade stock tak? (sambil tnagan aku menunjuk gambar promo kat dalam brochure,macam budak kecik tunjuk barang yang die nak dalam kedai runcit)

Mamat: Kejap ye saya check.

Die masuk dalam store.dalam 2 minit gak la,pastu die keluar…

Mamat: Sorry bang,stock ade tapi…..
Aku: ….(tolong la ade,tolong la ade…..)….
Mamat: semua dah reserve
Aku: reserve ke book by waiting list?
Mamat: Reserve
Aku: mana boleh bang,first come first serve la
Mamat: ni semua VIPs yang reserve
Aku: What? VIP? Mana boleh bang, kalau waiting list lain cerita…macamane awak berniaga macam ni?
Mamat: ni semua datuk-datuk dan tan sri-tan sri dah reserve
Aku: Pergh! Macam ni payahlah…nak ade pangkat baru boleh main reserve-reserve mcm ni.Siot la!

Nada suara aku dah start tinggi. Orang dalam kedai tu dah start pandang kat aku. Pang! Aku hempas brochure atas kaunter. Semua dalam kedai tu dah naik cuak…

Aku: Send my best regards to all the Datuks and Tan Sris!

Aku blah dari kedai tu dengan marah dan kecewa yang meruap-ruap….


************************

Bukan niat aku nak mencerca orang.Tapi kita ni selalu sangat menklasifikasikan manusia berlandaskan darjat dan keturunan. Aku pun orang jugak.Aku pun ade duit.Ape? orang macam aku ni tak leh dapat layanan istimewa jugak ker? Walaupun aku takde pangkat,tapi aku rakyat Malaysia ape…hak aku same je kalau ikut pelembagaan. Darjah kebesaran diberi diatas jasa diberi oleh individu tapi bukan lesen untuk dapat keistimewaan sampai tahap macam ni. Orang kita pun selalunya beri layanan 1st class untuk mereka tapi 2nd class kepada orang-orang biase macam aku ni. Tolong la…..persepsi-persepsi macam ni perlu di hapuskan dari minda rakyat Malaysia. Ini semua nyahtijah pemikiran penjajah yang masih tinggal dalam diri kita. Sedangkan, secara realitinya, di barat sendiri dah tak mengamalkan sistem ini. Itu semua pemikiran zaman feudal, waktu tu pun mereka masih berada dalam Dark Age. Sekarang ni tanah-tanah bukan lagi hak milik Baron,Duke atau Lord tetapi orang-orang biase.Semua orang hidup atas usaha sendiri bukan belas ikhsan orang.

Nota Tangan: Daulat Tuanku!


Thursday, January 21, 2010

Malaysian Maverick:Mahathir Mohamad in Turbulent Times-Satu Kupasan Akademik

Kepanasan membara. Tak dapat nak beli sebijik.Aku kirim buku ni kat member aku yang berpeleseran di Kota Singa (Papehal pun terima kasih lah kepada rakan itu kerana sedia membantu).Tapi tak dapat sebab SOLD OUT! Next Stock mungkin bulan April.

Mungkin aku kene cari di tempat lain.Dubai? Indonesia? Tak Tahu lagi....

Akan ku usahakan hingga berjaya.....

*************

Training for Trainers Level 1-permulaan kehidupan Man Vs. Wild Part 2

Dalam kegelapan malam tersebut, kami bertiga pun turun bukit menuju ke kolam yang dimaksudkan. Malam itu agak berkabus.Aku budget memang sejuk la air kolam tu.dah la air bukit.mau sub-zero tempreture punye.

Apeng: Aku nak demam lah.
Aku: Banyak la ko peng.Terjun jela....
Paan: Uish! Sejuk ni.....confirm beku.
Aku: Ape boleh buat....sendiri buat,sendiri tanggung

Burrrrr! Aku terjun dulu.Pecah tong. Paan menyusul.Apeng masih lagi dekat tepi kolam.Sejuk toksah cakaplah.Aku ngan Paan dah start gelak2.Ade la sekumpulan peserta program lain lalu,tengok kami dalam keadaan pelik.

Paan: Apa lagi peng,terjunlah!
Apeng: Uish! nampak macam syok.Takleh jadi ni.kene join gak.....

Kebush!

Maka tiga jejaka tampan tersebut berada dalam kolam sambil bergelak ketawa. cukup 10 min (mungkin lebih sebab mase nak tunggu Apeng masuk kolam pun dah lebih dari itu) kami naik.dalam keadaan lencun kami memenjat bukit untuk balik ke campsite.

Azrul: Hah! Amacam? Lemah tak?
Apeng: Tak tahu lagi bang.kene test dulu (sambil tersenyum kambing)
Azrul: Loyar Buruk la pulak...nak kene lagi ker?

=================================================

Malam itu kami tido ngan lena...sebab dapat mandi.Sebenarnya,kami memang tak mandi dari tengahari tu sebab toilet jauh.Malas nak tutun naik bukit.Heh!

Sunday, January 17, 2010

Training for Trainers Level 1-permulaan kehidupan Man Vs. Wild

Tahun : Kalau tak salah aku 2003.Tarikh tak ingat
Venue: Dusun Eco Resort, Bentong, Pahang

Waktu ni aku masih menuntut di UIA.Baru 2nd Year.Time ni aku join Pengakap.Sebelum tu aku cerita serba sedikit tenetang sejarah Pengakapan aku serba sedikit.Aku start kenal Scout ni dari sekolah rendah.Takde lah bagus mane, cuma anugerah tertinggi aku pernah dapat adalah Rambu Pengakap Kanak2. Niat dihati nak buat King Scout, tapi dah masuk RMC, aku stop kejap dengan Pengakap. Bile masuk UIA, depa nak setup KelanaSiswa, so aku join la.Tak la tinggi mane jawatan yang pernah aku sandang, dapat la jadi president untuk sepenggal.

Satu hari, Assistant Director Co-curricular activity UIA panggil aku.Atif nama die.Orang Kedah.Kamcing ngan aku sampai sekarang.

Atif: Hang free tak ujung minggu depan?
Aku: bolehla.Cuti sem lagipun.Paling kuat duduk rumah.awatnya?
Atif:Aku nak hang join TOT,boleh?
Aku: On!
Atif: Ok,aku daftar nama hang sekali.Ari Isnin pagi2 hang tunggu kat tangga Firaun ( Tangga besar UIA,kami panggil Tangga Firaun sebab besar sangat.Macam tangga piramid Giza kat Mesir nun).
Aku: Ok...errr bang! tanya sikit boleh?
Atif: Padia? (sambil mata nya merenung tajam kat aku.Atif ni ex-askar wataniah.Bagi die, aku patut ikut arahan jer,jgn banyak tanya)
Aku: TOT tu apa?
Atif: Itu pun tak tahu? Macamana la hang boleh masuk UIA?

************************

Isnin pagi-pagi aku dah terpacak kat tangga firaun. Ramai jugak participants. Ade la dalam 30 orang. Sekali aku nampak Pa'an (budak pengakap jugak, sekarang ni tengah training nak jadi soldadu) dan Apeng ( pun budak scout, skrg ni Pegawai Penguatkuasa JAI Perak). Cut Short, kami sampai kat destinasi tengahari.Camp site kami,mak aih,atas bukit nun.Terpaksa la panjat bukit.dah la perut lapar.takpe la....sape suruh accept aritu kan.bermula la kelas kami,start ngan basic camp craft sampailah first-aid.Pergh! mengantuk toksah cerita lah.aku dah maki berbakul2 dalam hati.Aparaaa....setakat nak buat kelas macam ni baik buat kat UIA jer.takyah la masuk hutan macam ni.Dalam keadaan mamai, tetiba group leader aku, Mat Ropi (budak TaskForce, sekarang ustaz dkt Belaga,Sarawak) bersuara.

Mat Ropi: Ok,semua boleh balik khemah masing-masing,rehat.Jangan lupa turn sentri masing-masing.Jangan buat-buat tido pulak bile orang kejut nanti
Kami semua: Baik Chief! Kami menjunjung titah.
Aku: Psst! Paan, ko bwk bnyk stock tak?
Paan: Adelah dalam 8 kotak, Winston la tapi
Aku: Apeng?
Apeng: Macam biase la, Peter merah...
Aku: Ceh! rokok jamban....takpelah.Apalagi....on lah!

Kami pun amik port kat belakang khemah.Sebentar saje, persekitaran kami dipenuhi asap.perghhh! nikmat beb! dari lunch tadi tak dapat (p/s: merokok dalah dilarang sama sekali semasa kursus).

Tengah sedap-sedap layan high,tetiba dengar satu suara."You, Paan and Apeng, see me after you've finished"
Aiseh! Kantoi la pulak, Kantoi lak ngan trainer (lepas tu kami dapat tahu namanye Azrul, samapi sekarang jadi member kamcing aku).kami pun campak baki rokok yang tinggal dan terus meluru ke khemah jurulatih.

Azrul: Tak yah cakap banyak.Aku nampak dengan mata kepala aku sendiri.Ade ape-ape nak cakap?
Aku: Saya! (aku angkat tangan)
Azrul: Ha! cakaplah....
Aku: Saya minta hukuman kami diringankan
Azrul: Permitaan ditolak!
Aku: Ceh! (dalam hati lah)
Azrul: Ko mase datang tadi nampak tak kolam besar kat bawah sana?
Kami: Nampak!
Azrul: dalam masa 10 min.Aku nak korang turun ke kolam tu pastu rendam 100%.Cukup time, ko naik balik report kat aku kat sini.Paham?
Kami: Faham!
Azrul: Ade ape2 soalan?
Apeng: Bang, tengah malam ni.Orang tua cakap,tak baik mandi malam2,nanti lemah tenaga batin.
Azrul: Ko nak kene 30 minit punye ker? Terus tak beranak nanti.....nak?
Kami: Senyap........

-to be continued-

Sabtu dan Ahad...satu manifestasi melampau

Hari ini hari Sabtu dan esok hari Ahad. Hari cuti kepada pekerja-pekerja kolar putih dan biru, pelajar-pelajar dan hari tambahan untuk enjoy kepada sang penganggur. Selalunya ramai orang lebih suka duduk rumah, layan anak bini tak pun favourite activity....mengangkang depan TV sambil tengok Hindustan.heh!

Aku suka hutan. dah lame tak keluar beraktiviti rekreasi dalam hutan. Banyak mase weekend sekarang ni abis kat rumah, tgk TV (perkara yg paling dibenci oleh kekasih hati ku...heh!). Camera D80 aku pun dah lame tak beraksi, last sekali 2 minggu lepas pada majlis meraikan persaraan ketua jabatan dan pengurus aku. itu pun bukan aku yang petik, orang lain. Aku rase dah merajuk camera kesayangan aku tu. Semenjak dua menjak ni, gambar-gambar aku amik dah xde touch. Banyak terlampau basic, tak tahulah samada itu perasaan atau memeng betul gambar2 tu tak menjadi.Minggu depan baru ade job, bolehla nak mengasah skill balik. Aku pun bukan amik gambar untuk cari duit.Saje mengisi mase lapang.

Nak main Golf, tak berapa nak rajin pulak.Malas lah nak berpanas berhujan sebab nak pukul masuk kan bola kecik warna putih kat dalam lubang yang terletak di atas padang yang besar sebanyak 18 kali. Macam tak betulje kan? baik la padang2 tu ditukar kepada padang ragut untuk lembu makan.At least bolehla juga menjana pendapatan dan meningkat kan GDP Malaysia.hheheheheheh....

*************

Best betul la sheesha ni. tengah mendalami skill bancuhan yang tepat untuk dapat rase yang terman"top".heh! nmpak gaya nye aku dah jmpe hobi baru untuk wiken.kene cari tok guru sheesha dan menuntut ilmu yang lebih mendalam.

Nota Tangan: Entri dikala ketandusan idea.tak tahu ape nak tulis.

Tuesday, January 12, 2010

Aku kepingin Angin Pantai

Gagal.Itu aje la yang bole di katekan. Niat dihati nak rase angin pantai sepoi-sepoi bahasa,tapi nampak gayenye terpaksa la telan udara tercemar lagi. Takpe lah,takde rezeki kot.

Jadi.....kembangkan lah sayap. Cari hala tuju baru...tahun ni tahun mengasah bakat yang ada sikit-sikit ni. Inya-Allah.

Nota Kaki: Kekadang tu kite tak kan dapat ape yang kite nak.Redha jela.

Thursday, January 7, 2010

Sekolah sudah dibuka

Venue: Depan umah parent aku
Situasi:Duduk sorg2 ditemani Sheesha campuran.Baik punya bancuh...

Dah seminggu mungkin sekolah-sekolah dan institusi-institusi pengajian di Malaysia di buka kembali selepas lebih sebulan tutup. perasaan murid-murid dan pelajar-pelajar yang akan menghadapi sesi baru ini juga berbeza-beza.takut, seronok dan kebanyakkan nye takde perasaan (lebih2 lagi budak2 final year kat uni, tak tahu apelah nasib diaorg utk final sem ni).

Sistem pendidikan selalu berubah saban tahun. Kebanyakkan nye akan paralel mengikut kehendak (demand) semasa. sebagai contoh, suatu masa dulu heboh di perkatakan tentang Multimedia Super Coridor (MSC). Pada waktu tu, berbondong-bondong budak2 kite amik jurusan IT. Kononnye akan ditawarkan gaji yang lumayan sebab demand dari MSC. Tapi sayangnye, perkara yang tak di jangka berlaku.Supply exceed the demand. So ape jadi ngan graduan2 yang tak dpt kereja ni? korang tengok keliling dan nilai lah sendiri.

Begitu jugak dengan persepsi masyarakat kite terhadap bidang yang di ambil. Kalau korang tak percaya,masuk lah mana2 kelas kat sekolah rendah atau menengah dan tanya soalan ini : Korang dah besar nanti nak jadi apa?

Statistik jawapan budak2 akan menunjuk kan begini:

25% akan jawap nak jadi Doktor
25% lagi akan jawap bercampur aduk dengan nisbah yang sama iaitu Akauntan, Pilot atau Lawyer
Lagi 50% tak jawap sebab tak tahu nak jadi ape.

Pengalaman aku sendiri, bile aku amik jurusan ekonomi,depa kata "ni nak jadi Cikgu ke?"....sampai sekarang doa mereka tidak aku penuhi ,aku tak jadi-jadi gak cikgu.heh! Sampai bile masyarakat kite masih nak berfikir di tampuk yang lame? kalau amik jurusan Muzik takleh berjaya ke? ke memang orang kite ni mcm nyonya mansor dalam filem Ibu Mertuaku?

Satu lagi yang betul2 buat aku frust ialah kite masih lagi sibuk asingkan Science and Arts. Kalau orang amik arts ni memang orang2 yang tak de mase depan la. Arts ni kire subjek senang nak score. Bagi aku, dua-dua ade keunikan yang berbeza.Jangan disebabkan oleh banyak kelebihan diberi kepada budak-budak science (iyelah, depa ada Lab sendiri tu beb, uni habiskan berjuta ringgit nak setup satu Lab tu),budak2 arts di beri layanan kelas ke-2.takde lah nak kate sains tu tak penting...walaupun aku dpt cukup nak pass je fizik ngan Kimia masa SPM dulu,tapi janganlah bersikap prejudis.berilah peluang yang sama rata. yang penting minat dan bagaimana nak tukar kepakaran kita kepada produk atau perkhidmatan yang boleh menjana punca kewangan.Di negara-negara maju (bukan barat je k), sejarawan dan pakar-pakar psikologi amat diperlukan dalam mentafsir dan mengkaji tentang human behaviour. data-data ini digunakan oleh syarikat-syarikat besar macam Coca-cola,Pepsi dsbg untuk plan marketing strategies mereka.Kita? hehhehe....kerja-kerja itu semua advertising company yang buat yang bergelar (konon2nye) consultant yang pakar.

Begitu juga dengan sanjungan mengunung siswazah yang belajar di luar negara. bukan lah dengki ke ape, tapi agak2la.Dari segi exposure,mungkin berbeza tapi bukan istimewa. cuma kat Malaysia ni tak de la Sonata Musim Salju kot. sebenarnya, bergantung kepada pelajar tu sendiri nak create exposure mereka sendiri. Ade jugak budak-budak kita yang belajar oversea, tapi bile balik Malaysia, speaking mat saleh lebih kurang aku yang belajar sekolah Melayu ni (dan sebaliknya graduan-graduan IPTA bercakap dan bergaya mengalahkan mat saleh....kes tak sedar diri) Kalau tak salah aku, Prof.DiRaja Ungku Aziz ada melabelkan pelajar2 ini sebagai Pelajar 3K yang didifinisikan sebagai pelajar2 yang hidupnya hanya tertakluk kepada 3 situasi sahahja iaitu Kelas,Kantin dan Kolej Kediaman. Aku rase Pelajar 3K ni universal, iaitu termaktub untuk graduan oversea dan tempatan. tapi tak salahkan mereka jugak, iyelah kene belajar rajin-rajin, syarikat-syarikat amik budak2 CGPA power-power jer.bawah 3.5 tak main la. hehehheheh.....bab ni nanti aku sambung entry yang lain. ni issue panas gak la.

Tak ira lah apa jua bidang yang dipilih.Yang penting kita belajar dan terus belajar. Rasulullah SAW pernah bersabda " tuntut lah ilmu hingga ke Negeri China". Maka yang penting adalah Ilmu yang di manafaatkan dan sesungguh nya Ilmu yang tidak di manfaat kan (dan disalah manfaat kan) seperti pokok yang tak berbuah atau dalam erti kata lain...pokok itu mandul!

Nota Tangan: nak enroll kan diri sekolah pondok pulak lepas ni.



Sunday, January 3, 2010

2010

Tahun baru datang lagi.macam biase,ia akan disambut dengan penuh gilang-gemilang.Dengan pertunjukkan bunga api,buih-buih (selalunya dari tin spray,konon2nye mcm salji lah) dan yang paling penting skali...parrrrtttyyyyy! disusuli pulak dgn ucapan tahun baru melalui SMS, Facebook dan Twitter. Dan seperti biasa jugak, orang akan berazam untuk tahun baru.Ade berazam nak kawin tahun 2010, siap dah select date lagi....20.10.2010...ceh! klise sgt.ade yang nak berenti merokok(heh! dan selalunya gagal lagi,dan lagi,dan lagi) atau nak bekerja lebih kuat.

Tak kisah lah ape yang nak di azamkan, yang penting kenelah usaha supaya berjaya.kalau tak baik tak yah berazam. Look at this side, azam ni sebenarnya macam ikrar pada diri sendiri.kira janjilah..kalau dah janji kenelah tunai,betul tak? kalau orang tak tunai janji orang panggil ape? sendiri mahu ingat.kalo janji pada diri sendiri pun takleh nak tunai,macamane ngan janji kite ngan orang lain? janji ngan Tuhan?

Itulah serba sedikit tentang azam. Kalo tanye aku pasal azam tahun baru,dari dulu sampai sekarang aku takde azam.aku ade cite2.semua longterm.hehehheh.

Kalau kita imbas kembali tahun 2009, macam2 dah berlaku.Baik di dalam atau di luar negara.secara peribadinya, 2009 merupakan tahun yang tidak begitu stabil untuk dunia secara keseluruhannya. Mungkin 'cycle'nye dah nak sampai.tapi takpelah, yang sudah tu sudah lah.by gone be by gone.

Tirai 2010 telah dibuka.Mungkin tahun yang mencabar dan penuh dengan challenge. Yang kuat semangat akan terus melangkah, yang kurang sikit akan terjelepuk tersembam di tengah jalan.it's all about the survival of the fittest. dan disinilah akan dapat menilai, siapa kawan dan siapa lawan sebenarnya.My advice, berjaga-jagalah...jangan sampai silap langkah.Jangan terlalu mudah menabur dan menerima budi.nanti diri rosak dek kerana hutang budi yang tak seberapa.

"Selamat Menyambut Awal Muharam & Selamat Tahun Baru 2010"

Nota Tangan:
"kawan-kawan,
kenapa perlu lawan,
bukan kah dulu kita kongsi teh secawan?"

Powderfingers-My Happiness



very nice song.bring me back a lot of memories.damn great rock band from down under.....enjoy mate!