Monday, February 28, 2011

Banyak Kerbau kat Kerdau

Perghhh! Popular la pulak Kerdau ni sekarang. Dulu, takde orang nak kisah pun. Heheh....meh aku citer-citer sket pasal Kerdau ni. Aku bukan lah penduduk jati Kerdau. Tapi aku memang berulang alik ke Kerdau ni dari aku kecik sampai la aku dah ada anak kecik. Busuk-busuk pun setahun sekali...time Raya.Sebabnya? Korang tengok sign board kat tepi nih...nampak ade nama Kg.Lipat Kajang tak? haaa...itulah kampung boss besar aku. Atuk wan dan wan aku (dua-dua dah meninggal) duduk kat situ.

Masa aku kecik-kecik dulu, jalan Kerdau ni (start dari Taman seri semantan, dekat ngan simpang Songsang nun...) banyak "periuk api" a.k.a najis lembu/kerbau. Bersepah-sepah. Bile aku dah besar sikit, dah ade lesen keter, tiap kali aku terlanggar "periuk api" confirm aku menyumpah "tuan punya lembu/kerbau memang sama bodoh ngan lembu/kerbau mereka" heh! Jalan dulu-dulu agak horror. Banyak lubang. Tiap-tiap tahun dah jadi mcm kemestian, kampung akan banjir. Orang sane panggil "bah". Tapi umah Tok aku tak kenelah banjir, sebab atas bukit (tapi bukan lah sebesar umah Yusuf Haslam kat atas bukit kemensah). Kegiatan ekonomi utama penduduk Kerdau ni berpaksikan getah dan kelapa sawit. Kebanyakkan nya skala kecil yang di uruskan oleh Felcra dan Risda. Mungkin ade jugak tempias masuk dlm tanah rancangan Felda.

Ape yang best kat Kerdau? Kerdau as a whole, aku tak sure lah. Sebab besar amat Kerdau ni. Tapi kalau dulu, lat simpang empat kat SMK Lipat Katang tu ade deret kedai kayu. Selalu otai-otai lepak pekena kopi pastu main chess! Hah! Itu satu kelebihan orang kat situ, diaorang tak main dam haji, tapi main catur...hehheh! Style!

Apa-apa pun , dalam seminggu dua ni, akan femes lah Kerdau ni. Dari VVIP sampailah kerbau-kerbau akan berada di sana. Nak kempen untuk PRK DUN KERDAU la katekan. Lepas itu, semua akan kembali seperti sedia-kala. Kerbau dan Lembu akan kembali pada rutin harian mereka, produce "Periuk Api" di jalanan. dan seperti biasa, aku akan terus mengutuk tuan-tuan lembu....tak kiralah siapa pun mereka.

P/S : Kenduri kalau masak gulai daging kerbau memang terbaik!

3 comments:

  1. first time baca blog kopi O kaw menarik dan very entertaining gamaknya.will continue following your writings.pertama kali ku ter know daerah kerdau ni.anyway thanks for the info.

    ReplyDelete
  2. Miss a lot ur opinion....keep it up!!

    ReplyDelete
  3. Anonymous (1/3/2011): Terima kasih...saya masih belajar menulis, tak berapa nak mahir lagi.heh
    Tn.Syed : Thank you for reading....

    ReplyDelete