Wednesday, February 23, 2011

Bila PENGKHIANAT balik

Baru-baru ni, kerajaan ade umumkan pelancaran Talent Corp (TC). Satu pertubuhan dimana salah satu KPInye untuk "membawa" balik professional warganegara Malaysia yang bekerja diluar negara. Selain ditawarkan tempat di sektor awam dan swasta, di beri pengecualian cukai untuk beberapa tahun dan PR automatik pada pasangan yang bukan warganegara Malaysia, mereka juga akan diberi insentif untuk melabur di Malaysia. Bagus tu memang bagus lah, bolehla depa ni berbakti pada Malaysia setelah sekian lama berbakti di bumi asing. Tapi terlalu banyak persoalan sebenarnya untuk dijawab oleh TC sebelum depa nak buat benda-benda tu.

Aku rase tahap pekerja mahir atau separa mahir kat Malaysia ni masih lagi berlambak. Ramai lagi fresh graduate yang takde kerja. Kalau tak percaya, korang pegilah seminar2 MLM, agent insurance atau wealth adviser kat sekitar KL ni. Punyelah ramai graduates yang join. Bukan la aku kate kerja2 mcmtu tak bagus atau haram, tapi lebih baik depa test dulu kemahiran masing2 dilapangan kemahiran mereka. Kalau tak leh buat, nak join takpela. Tak pun wat je la sbg site business mcm kwn2 aku selalu buat.

Seorang rakan aku yang telah lama berada di luar negara balik ke Malaysia 2 tahun lepas. Bukak business dan Alhamdullillah, in a development stage of  his business cycle. Die sendiri mengakui, terlalu banyak peluang kat Malaysia ni. Cuma yang perlu buat,GALI! hehehheh.... so alasan takde peluang kerja kat Malaysia ni, it's just a crap! Bersepah....sebenarnya mata kite ni je dah nampak Dollar, Paun and Euro sign. Memang le banyak,kalau di convert ke RM. Tapi secara asas nye, tak berapa banyak pun kalau nilai yg sama di gunakan dalam negara asal matawang tersebut. Senang citer, kalau diorang nak balik, dah lame dah diaorang balik.tak yah bagi insentif pun diaorang balik.Yang ni aku SALUTE!...cari pengalaman tempat orang, dah cukup masak matang,balik tabur bakti di Malaysia.

Terpulang pada individu "which angle you wanna to see", bagi aku...kalau org dah tak nak balik, biaq pi depa! Pihak berkuasa, tak payah nak pujuk-pujuk dengan bagi insentif kat depa. Baik salurkan duit tu pada dana pencarian kerja untuk orang yang masih menganggur sekarang ni.lagi bagus! off!

No comments:

Post a Comment