Thursday, February 24, 2011

Guling-guling

Dalam tahun ni aku rase makin banyak berita riot yang akan kita dengar. Terutamanya dari middle east. Sekarang ni pun, rakyat-rakyat Libya tengah sibuk ber demonstrasi dalam usaha mengulingkan presiden Gadafi. Ni semua hasil kejayaan demonstrasi jalanan di Syria, Mesir dan yang juga sedang berlangsung, di Bahrain. Apa sebab dan musabab nye, itu terlalu komplek untuk di diskusi. Kene pakai lain forum.

Secara jujurnya, aku ok je depa nak riot. Iyela, ketua depa pun dah lama sangat memerintah. Boring gak kan? Asyik-asyik muke tu je. TV muka tu, billboard muka tu, suratkabar muka tu jugak...radio pun sebut nama tu gak. 10 tahun...ok lagi. Masuk tahun ke-20, rase ade sikit panas....tahun ke-30...bernanah telinga ni.heh!

Semuanya atas nama demokrasi. Ape itu demokrasi? Ape yang bagus sangat tentang demokrasi? Adakah demokrasi ni hanya dakyah Amerika dan sekutunya untuk menghalal kan darah orang Islam (yang rata-ratanya bukan berpegang kepada kepimpinan demokrasi)? Di petik dari wikipedia:

Democracy is a form of political organization in which all people, through consensus (consensus democracy), direct referendum (direct democracy), or elected representatives (representative democracy) exercise equal control over the matters which affect their interests.[1] The term comes from the Greek: δημοκρατία – (dēmokratía) "rule of the people",[2] which was coined from δῆμος (dêmos) "people" and κράτος (Kratos) "power", in the middle of the 5th-4th century BC to denote the political systems then existing in some Greek city-states, notably Athens following a popular uprising in 508 BC.[3] Even though there is no specific, universally accepted definition of 'democracy',[4] equality and freedom have been identified as important characteristics of democracy since ancient times.[5] These principles are reflected in all citizens being equal before the law and having equal access to power. For example, in a representative democracy, every vote has equal weight, no restrictions can apply to anyone wanting to become a representative, and the freedom of its citizens is secured by legitimized rights and liberties which are generally protected by a constitution.[6][7]

Kalau dilihat dari definisi di atas, demokrasi boleh kita namakan sebagai People power atau pun Kuasa Rakyat. Bermakna, kalau satu-satu negara itu tidak mengamalkan demokrasi, pemimpin mereka adalah diktator. Apa salahnye jadi diktator? Dalam bahasa perniagaan satu istilah dipanggil sebagai authoritarian di mana di guna pakai oleh business guru dari Amerika dan Eropah. Authoritarism terbukti berkesan terhadap kebanyakkan firma-firma disana. Ambil sahaja contoh Apple (classic case nih!), Steve Job memang terkenal dengan sikap authoritariannya. Sudah berapa ramai staff sudah beliau pecat dan kebanyakkan keputusan perniagaan datang dari single source, iaitu STEVE! Lihat Apple melonjak ke satu tahap dimana pengguna barangan Apple dah jadi satu cult. Kita lihat Apple sebelum teraju diambil oleh steve, di mana Apple waktu itu? dan cuba lihat Apple sekarang? Nilai lah sendiri!

Kalau tengok dari segi perlaksanaan, peranan dan sifat authoritarian ini dan diktator tak banyak bezanya. Cuma mungkin diktator di guna pakai pada skala yang lebih besar. Kalau Amerika dan sekutunya boleh mengagungkan authotitarian, kenapa mereka tidak boleh menerima dictatorship? Jawapn nya mudah sahaja, sebab kebanyakkan "diktator" moden datang dari negara Islam. dan sebenarnya, ia bukanlah dictatorship, tapi hanyalah ketaatan rakyat terhadap pemerintah yang mana amat dianjurkan dalam Islam. Walaupun aku akui, memang ramai pemimpin negara Islam yang korup akan tetapi lagi ramai pemimpin yang dipilih secara demokrasi yang lagi korup.

Kita ambil iktibar terhadap peristiwa riot di negara-negara tersebut. Sebenarnya tak bawak keuntungan apa-apa. Kepada mereka yang nak guna pakai isu riot kat sana sebagai political issue yang nak dibawa ke sini, aku rase tak payah la! Buang masa!

Nota Tangan: Dari pegi riot,baik pegi makan nasi ayam Mancongkam kat Gombak. Lagi siok!

No comments:

Post a Comment