Thursday, April 7, 2011

Hikayat Orang Lama-Asal Usul Melayu

Setelah mendengar perbualan dan berbagai2 komen dari orang pasal ini cerita, Khamis lepas aku pergi le nengok kat wayang (berdating ngan kekasih hati tanpa bunga disisi....hehehhe!). Secara jujur nya, aku tak letak harapan yang tinggi kat filem ni sebab hero nye mcm tak kene kalau berlakon sebagai Melayu. Tapi takpelah, kite support usaha2 murni penggiat seni Malaysia ni. So aku beli tiket dan masuk panggung.

Babak awal2 dah nampak ke "mat saleh"an citer ni. Semua speaking London ngan gaya Londoners. Okla, layan lagi. Babak seterusnya bile membawa Merong ke Semennajung Emas (Semenanjung Malaysia lah tu pada org2 yg fail sejarah mase SPM dulu....). Keluar Wan Hanafi Su (Ust.Cokelat) dan Khir Rahman Hassan ( Rock), aku terpegun...depa memang crook abis habaq hang! Setakat Marcus anak si raja Rom tu nampak mcm bebudak kecik je...hehheheh. Dan seterusnya, masuk babak akhir ade kaum Gergasi yg sblm tmpat itu menjadi Langkasuka di ketuai oleh Kesum (Dato' Rahim Razali), baru aku nampak macam cerita Melayu. Keseluruhannya, untuk sebuak filem ekperimentasi, aku bagi 5 out of 5. KRU...gua tabik sama lu!

Tapi kalau di perhalusi lagi Hikayat Merong Mahawangsa ini, mungkin ia hanya satu penceritaan dari mulut ke mulut oleh sang penglipurlara. Dulu mana nak ade Batman ka, Superman ka atau pun Cicakman. Orang dahulu jugak perlukan hero atau wira. Dan mungkin cerita ini diperturunkan secara verbal dan di tokok tambah sehingga merong itu adalah sebahagian dari dewa. Ini mungkin mengambil masa beratus tahun sebelum HMM dibukukan. Ataupun sebenarnya, HMM ini adalah satu karya yg penuh dengan maksud tersirat. Bukan kah orang Melayu ini suka bercakap lebih tersirat dari tersurat? Tak mustahil HMM ini sebenarnya lahir dari ketidak puasan hati rakyat pada pemimpin mereka. Nak cakap direct takut kene cantas kepala, so...main bernukil-nukilan jela kan.

Walauapa pun, satu kenyataan yang tak dapat kita sangkal dan terbukti dalam sejarah bertulis sendiri, suatu masa dahulu orang Melayu memang kuat dan kerajaan Melayu itu sendiri meliputi seluruh asia tenggara. Dan aku rase, babak awal filem HMM sebenarnya mereka bertutur dalam bahasa Melayu dan bukan bahasa inggeris.

P/S: melayu atau melayu?

2 comments:

  1. aku pon layan.. tapi sebab tengok wayangkat MBO galaxy ampang.. cam ala-ala cetak rompak nyer version jer... terusssss hilang moooddddddddd

    ReplyDelete
  2. hahahahha...aku suke gak tgk kat sane dulu-dulu.senang dapat ticket n dekat.pastu bole parking depan pintu panggung.terbaik!

    ReplyDelete