Monday, April 18, 2011

Pasca Pilihanraya Sarawak 2011

Semua sedia maklum tentang keputusan pilihanraya negeri Sarawak hujung minggu lepas. Dan seperti di predict. BN menang dengan bilangan undi yang agak selesa.

Aku bukan nak analisis dari segi keputusan atau technical comments on the strategies used on the election. Aku sendiri takde kelayakan dan memang tak amik Political Scinece mase kat U dulu. Cuma aku nak kita fikir-fikirkan tentang sistem demokrasi yang telah menjadi amalan dalam sistem politik (khususnya) dan pentadbiran kerajaan Malaysia (amnya)

Secara teorinya, sistem demokrasi (dan sekali lagi...) merupakan sistem majoriti yang mengambil kira suara rakyat yang di wakili oleh wakil-wakil rakyat di dalam parlimen dimana perlembagaan menjadi asas kepada setipa keputusan dan perundangan.Ni semua lay-man term lah. Budak-budak law mungkin lebih arif tentang Malaysia's Constitution dan Malaysia's acts (tak kuase aku nak bace semua buku-buku act korang tu, paling kuat pun dulu aku baca company's act, IBA & BAFIA jer).

Dalam sistem demokrasi, diperlukan undian atau voting untuk memilih wakil-wakil rakyat ini. Tak kira lah untuk adun ke , Parlimen ke hape ke. yang penting kene undi...tak undi, takleh jadi ketua....walaupun korang mmg dah cukup kriteria (i.e hensem, bijak dan adil).macamane nak dapat banyak undi? kene lah jumpa pengundi atau dlm bahasa standard nye...meraih undi. Selalunya calon-calon akan beri menifesto kepada pengundi. Menifesto ni mcm janji-janji lah. Contoh menifesto yang popular adalah seperti berikut:

  1. Akan turap jalanraya kampung ini (walaupun dah dekat 100 tahun jalan kat kampung tu jalan tanah merah)
  2. Akan meningkat kan status ekonomi penduduk kampung ( walaupun kebannyakkan penduduk sudah tergolong dalam umur yang tak produktif a.k.a warga emas)
  3. Akan meningkatkan pendidikan dalam kampung ini (walaupun 90% dari budak-budak kat kampung tersebut setakat belajar sampai darjah 6 sahaja. Masuk Form 1, berenti sekolah sebab malas nak belajar)
  4. dan macam-macam AKAN lagilah....
Yang paling menarik sekali, selepas pilihanraya, semua seperti normal. Yang bertani, akan terus bertani. Yang takde kerja, terus menganggur.Janji hanya tinggal janji. Next election, copy and paste je menifesto tadi dan menang lagi. dan seterusnya, cycle akan berulang tak tahu sampai bile (mungkin sampai kiamat kot).

Yang kaya akan makin kaya, dan yang miskin akan jadi lagi miskin. Ada orang kate ini lumrah kehidupan. Tapi zaman Nabi dan Sahabat dulu, kat Madinah nun, takde orang miskin sampai pegawai-pegawai Baitulmal kene mencari orang miskin sbb nak agihkan zakat! Dan itu berlaku lebih dari 1400 tahun dahulu, dimana Madinah bukan sebuah negara demokrasi! Teknologi pun tak canggih mana time tu. Pilihanraya lagi lah takde, cuma ade majlis shura'.Tapi setiap khalifah yang dipilih oleh majlis shura' memang pemimpin yang disukai oleh rakyat. So sape kate a minorities decision is always not a correct decision?

Sebabnya mudah, pemimpin yang di pilih itu memang ade kriteria dan kredibiliti sebagai pemimpin. Ini bukan pemilihan ketua berlandaskan partai (setahu aku time-time tu parti-parti politik tak wujud lagi, cuma orang jahiliyyah tu adela puak-puaknye...mcm kite sekarang ni!), tetapi disebabkan personaliti pemimpin tersebut. Kalau dah bagus, biaq pi la merah ka, hijau ka, biru gelap ka, biru muda ka....kita nak pemimpin bukan nak parti. Dalam demokrasi, pengundi lebih cenderung untk memilih pemimpin mereka berlandaskan sentimen. Contoh paling mudah, kebanyakkan pengundi akan mengundi Parti B sbb dah menyampah ngan Parti A walaupun tak tau Parti B ni pemimpinnya bagus atau tak. Kadang-kadang (selalunya) sama jer...

Waima ape sekali pun, dengan desas-desus kata PRU 13 just around the corner ni, adalah lebih baik kita sebagai pengundi ni jalankan hak kite guna AKAL, bukan LUTUT! kita cuba ubah persepsi kita tentang politik berparti ini kepada politik kepimpinan. Mungkin effect nye tak nampak sekarang, tetapi mungkin untuk anak cucu kita nanti akan dapat kesannya. Dan ingat, politik itu bersih, tetapi orang dalam politik itu yang kotorkan nya.....

P/S: Hampesss....!!!!

No comments:

Post a Comment