Monday, April 18, 2011

Tip-tip memilih kursus (program Ijazah Sarjana Muda atau Diploma) untuk lepasan SPM Part 1

Ok! mungkin sedikit terlambat, tapi takpelah....next semester still boleh tukar course ape...heheh. Ni soalan-soalan lazim lepasan SPM nak ini borang UPU.

Bang, nak pilih course ape ek? Kalau amik medic ok tak?

Papehal tengok result dulu. Kalau setakat result Bio, Fizik dan Kimia tu cukup-cukup makan, tak yah mimpi nak amik engineering ke, mathematic ke.....medic? toksah mimpi lah....

Bang, result subject sains saya ok.ok tak kalau saya amik course Kejuruteraan Angkasa Lepas?

Cermin diri dulu....agak-agak kalau pemalas tu, tak yah la amik course yang susah-susah. Sampai nak sebut pun susah macam aeronautical engineering tak pon quantum physics etc. Korang jangan risau, kalau korang tak amik course tu pun, ramai lagi orang lain yang layak amik.

Parent saya suruh saya amik Medic, tapi saya tak minat....nak wat cammano?

Amik course ikut minat dan keupayaan korang, bukan minat dan keupayaan parents, kawan-kawan atau cikgu-cikgu korang. yang nak belajor korang, bukan depa. Kalau mak ayah suruh amik medic tapi korang rase tak mampu, bagitau diorang yang korang tak mampu. Jangan sbab hadap sangat nak belajor oversea, amik gak medic pastu hancus. Ingat, majikan tak mintak salinan chop pasport kat dalam resume korang nanti.

Saya nak amik course Human Resources Management, tapi orang kate takde masa depan.susah nak cari kerja nanti

Tak hina kalau korang tak jadi selain dari doktor, engineer, lawyer atau akauntan. Korang still boleh berbakti kepada negara. Ade pernah korang nampak orang buat tugu untuk doktor kat Malaysia ni?

Macamane nak dapat kan scholar eh? FYI, mak ayah saya ade pulau sebijik dan kereta 4 garaj.

Kalau mak ayah mampu nak tanggung belajor korang, jangan mengada mintak scholar sane sini. menyusahkan orang nanti. Bagi kat orang yang memerlukan.

Alah bang! Result saya 24 A plus ape! Ape-ape course pun saya boleh buat

Allo! setakat SPM tu nothing la weh! ko ingat SPM ko gempak, degree ko nanti boleh DL tiap-tiap sem?

to be continued......

No comments:

Post a Comment