Tuesday, April 19, 2011

Tip-tip memilih kursus (program Ijazah Sarjana Muda atau Diploma) untuk lepasan SPM Part 2

Sambungan....

Bang, kalau belajar kat oversea mesti best kan? balik-balik nanti mesti senang dapat kerja, iyelah...grad obersi la katekan....

Jangan perasan! belajor kat obersi ke, kat Malaysia ke waima undersea ke same je....ade peluang pegi, kalau takde, masuk je IPTA. same je. yang penting belajor! stakat pegi oversea, bwk balik result lebih kurang je...perabih duit rakyat!
Nota kepada Majikan: Tolong jangan ingat budak grad kat Malaysia ni low class. Tun Mahathir dulu grad UM je, tapi gempak gak....

Saya nak jadi akauntan, amik course accountancy. Nanti keluar mesti duit banyak sbb jadi accountant kan.

Iye! Memang betul...jadi accountant memang boleh kaya. tapi bukan semudah grad2 terus jadi accountant. Banyak lagi level kene tempuh. nak jadi Chartered Accountant bukan senang. Itu pasal kita masih lagi kekurangan accountant bertauliah

Nak masuk matrik ke nak amik diploma?

Ikut korang. Kalau rase-rase bijak, pegi masuk matriks. Tak salah kalau amik diploma dulu. At least kalau lepas diploma malas nak belajar dah ade sijil dah. Kalau sangkut kat matriks, hapa pun takdak. Kene pkai result SPM kalau nak kerje. lagipun, lepas diploma nak sambung degree tak lame mane, tambah setahun setengah je.

Course ape yang paling "in" sekali sekarang ni?

Takde course yang paling "in"....yang penting grad terus dapat kerja (kalau boleh!). Kalau amik TESL sekalipun tapi once grad senang dpt kerja, go for it! Korang belajor ni 4 tahun je, nak kerja tu lame. Jangan salah pilih course. Asyik nak glamour je....!

Bang, result saya tak bagus, nak belajar pun malas, tapi nak kerja yang dapat duit banyak....macamane ek?

Pegi masuk Akademi Fantasia tak pun Raja Lawak.

No comments:

Post a Comment