Thursday, July 7, 2011

Bersih, Kotor atau Bersin....?????

Orang Malaysia ni memang suke berhimpun. Perhimpunan sekolah, perhimpunan Jabatan, Perhimpunan Tahunan, Perhimpunan Parti dan yang terbaru (tak berapa baru sebenarnya) Perhimpunan BERSIH 2.0 (kenapa tak 2.4 aku tak tau!).

Aku secara jujur nya tak kisah....lantak korang lah nak Bersih ke ape ke. Suke hati. Aku pun tak amik port sangat.Aku pun bukan percaya sangat ngan demokrasi alaf baru ni. So, end result, korang nak buat ape, korang buatlah. Tapi masalahnye adalah....start esok banyak jalan yang akan ditutup. Akan banyak roadblock besok pagi sampai malam. Untuk orang yang bekerja kat tengah-tengah bandar KL mcm aku ni,  YES! memang menyusahkan.....!!!!

Kat tengah-tengah KL ni kalau jam yang hari-hari aku tempuh, aku boleh layan lagi lah. Nak wat camane, keter mmg bnyk. Lagipun semua orang mau pergi kerja, cari rezeki. Tapi kalau yang jenis macam ni memang aku tak berkenan. Termasuklah perhimpunan agong UMNO kat PWTC. same gak peel nye. Abis jam satu KL. nak berhimpun ke ape ke, lantak la. tapi pegi la cari tempat lapang. Kat area KLIA nun ke, Putrajaya ke, Seberang Prai ke, Ipoh mali talak sombong punye ke.....but please, not in the middle of KL!

Nak serah notice ke ape ke, pkai email je tak boleh ke? Tak pun letak kat FB, semua orang boleh baca. Tadi aku baru dapat senarai jalan-jalan yang akan ditutup dan tempat-tempat roadblock. Aduihla! Niat korang tu baik...tapi last-last kene kutuk jugak.

Yang geng satu lagi tu pun samelah....chill la bros! dah kate depa tak nak berarak kat KL nih. Tak yah la buat roadblock berbagai. Pastu ade pulak geng2 nak jadi penentang kepada BERSIH pulak tuh! Jangan mulakan provokasi. Iyolah, dalam beribu orang berhimpun tu akan ade yang tak berapa cerdik. Geng2 ni la yang akan berreaksi sementelah ade provokasi. Pastu jadi gaduh. Pastu mulalah tuduh-menuduh.Pastu elok-elok baju kuning, jadi baju merah...sebab darah.

So kepada warga kerja KL, selamat bekerja esok dan berhati-hati dijalan raya. Kepada abang-abang polis dan askar, selamat bertugas sampai hari Sabtu ni. Kepada supporter BERSIH, selamat berhimpun dengan aman.Ingatlah orang tersayang. Kepada Malaysia....."TANAH TUMPAHNYA DARAHKU!"

P/S: Menjunjung titah Tuanku. Daulat Tuanku!

No comments:

Post a Comment