Tuesday, July 12, 2011

Imam Muda Musim kedua

Imam Muda Musim ke-2 telah melabuhkan tirai. Mungkin sedikit lambat, tapi rasenye sempat ucapkan tahniah pada Bro. Hasan sebab berjaya jadi Imam Muda unggul (budak UIA tuuuu....hehehhe!). Kepada yang lain tu, korang pun gempak gak. Just takde rezeki.

Secara keseluruhan, program ini amat bagus. Mungkin ade yang try nak kutuk or komen lebeh-lebeh, tapi pendapat aku, biasela tu. Nak buat baik memang macam-macam orang kate. At least kite dah try. Dari bercakap je tapi tak buat, hampeh jugak kan?

Kalau kita tengok dari perspektif yang berbeda, ada baiknya rancangan ini diteruskan untuk masa yang akan datang. Bak kata Saidina Ali kwj, kalau nak tengok sesebuah negara itu, tengok generasi mudanya. Kalau baik generasi mudanya, maka baiklah ia dan begitulah sebaliknya. Orang muda sekarang dah hilang arah. tak tau mane nak ikut. Last-last, depa ikut suka ajelah. Dari segi zahirnya nampak tegas dan garang, tapi bila dicuit sikit terus lemah longlai. Takde pegangan, macam lalang. Musim ni layan Lady Gaga...semua layan Lady Gaga. Time org layan Glee...kite pun layan Glee. Takde pendirian. Pakai buat aje ape yang rase logik.

Aku bagi contoh Bro. Asyraf dari IM1 dulu. Ade satu ketika dimana die sembahyang di gelanggang Futsal bile masuk waktu Asar. Ade yang kate poyo...ade yang kate "perlukah?". Aku kate perlu! Bukan sebab nak kate bagus sangat la sembahyang kat gelanggang Futsal tu, cuma penekanan pentingnya sembahyang itu tak mengira waktu dan tempat. Maknanya, takyahlah sampai tahap tengah main bola, orang azan terus bentang sejadah tengah-tengah padang tu. Agak2lah....tapi berenti la kejap, pegi sembahyang pastu sambung balik.

Jiwa anak-anak muda di Malaysia ini perlu diisi dengan ilmu. Jangan dibiarkan kosong. Kalau nak di penuhkan, janganlah dipenuhkan dengan perkara-perkara lagha semata-mata. Sekali-sekala (kalau boleh selalu) diisi dengan aktiviti keagamaan. Kalau busy, kita try la buat mana yang sempat. Better dari tak buat langsung kan? InsyaAllah, Allah akan tolong melapangkan masa kite.

Kepada Imam Muda, teruskan perjuangan. Tegakkan Agama Islam di muka bumi Allah ini dan satukanlah hati-hati umat Islam amnya dan Melayu khususnya. Semoga Negara ini aman sentosa....

Wallahualam

No comments:

Post a Comment