Monday, August 8, 2011

Perlembagaan Malaysia

Perkara 11 : Kebebasan beragama.

1. Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4),mengembangkannya.

2. Tiada seorang pun boleh dipaksa membayar apa-apa cukai yang hasilnya diuntukkan khas kesemuanya atau sebahagiannya bagi maksud sesuatu agama selain agamanya sendiri.

3. Tiap-tiap kumpulan agama berhak:
(a) menguruskan hal ehwal agamanya sendiri;
(b) menubuhkan dan menyenggarakan institusi-institusi bagi maksud agama atau khairat;dan
(c)  memperoleh dan mempunyai harta dan memegang dan mentadbirkannya mengikut undang-undang.

4. Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam.

5. Perkara ini tidaklah membenarkan apa-apa perbuatan yang berlawanan dengan mana-mana undang-undang am yang berhubungan dengan ketenteraman awam, kesihatan awam atau prinsip moral.

P/S : Tolong sket rakan-rakan yang amik LLB or LLBS, betul ke tak nih? Kalau tak aku tanye Ambiga je nanti....hehhehehe.

1 comment: