Monday, August 22, 2011

Raya sudah dekat maaa.....

Dah berapa hari jelagi tinggal untuk seluruh umat Islam di dunia ni ( yang berpuase, separa berpuase, atau tak berpuase langsung) akan menyambut Aidilfitri. Kalau ikut lughah (bahasa), aidilfitri adalh bermaksud kemenangan.

Dalam mana-mana epik dari tamadun-tamadun awal didunia, kemenangan selalunya amat berkait rapat dengan peperangan. Yakni perperangan antara yang baik dan yang jahat (dan selalunya...yg baik akan menang). Dan kerana itu jugalah, Islam juga mengunankan konotasi yang sama....cuma yang berbeda dari segi peperangan itu sendiri. Di bulan Ramadhan, peperangan sebenar adalah perang dengan diri kita sendiri. Iaitu peperangan antara Nafsu dan Akal. Cerita panjang pun tak guna,rase-rasenye kita ni menang tak pada Aidilfitri tahun ni? Sendiri mau jawab aaaa.....

Just for sharing. Perkara-perkara sunnah yang boleh kita buat di Hari Raya nanti (kalau x dapat buat semua takpelah...tapi try la gak kan):

Membersihkan diri, memakai wangian dan memakai pakaian yang elok
Kasi pakai baju baru (Alah! yang korang beli kat Jalan TAR tu....yang sanggup redah tghari panas buat time nuzul Quran aritu....). Kasi wangi. Kasi henshem2 (bg lelaki) dan bagi shantek2 (bg wanita dan separa wanita). Sebelum Subuh di sunatkan kita mandi sunat Aidilfitri (tapi make sure,mandi wajib dulu aaaa..). Tapi make sure lah, baju tu ikut syariat dan sopan ( baju kurung yang jarang2 tu atau baju kebaya nyonya ketat kire sopan tak? hehehhe!)

Bertakbir
Datang awal ke Masjid. takbir raya beramai-ramai. Kalau hafal solo nya, lagi bagus....boleh duduk kat depan. Sian aku tengok, tiap2 tahun pak imam and the geng je yg layan solo for the past 20 years. Suara pun dengar tak dengar dah. So yang suara mcm Mawi or Awie tu, sila-sila lah eh!

Makan sebelum Solat Aidilfitri
A.k.a kita breakfast dulu. Malam tadi dah masak macam2 kan? so kita rasmikan lah pagi tu. Tapi janganlah sental sampai abis. Lek lu, second round kan ade lepas semayang....

Solat Sunat Aidilfitri dan Mendengar Khutbah
Aku ulangi lagi, Solat Sunat Aidilfitri.....bukan wajib tapi sunat muaqad. Jangan pulak orang yang tak pergi solat Aidilfitri ni kita cap die kaffir muraqab pulak. Pastu lps semayang, jangan lak menonong blah mcmtu je, dengor la khutbah tu dulu. Sebab tak lengkap semayang sunat tu tanpa khutbahnye.

Ucapan Tahniah dan Saling Mendoakan
Yang ni boleh buat macam-macam style. Nak tepon pun boleh, nak antar SMS pn boleh, waima nak wish dalam FB pun takpe. Yang penting tujuan dan niat kita itu sampai dan baik. Tak kisahlah medieum ape sekali pun.

Pergi dan Pulang dari Masjid Melalui Jalan Berbeza
Yang ini sunnah.Jabir bin Abdullah berkata "Nabi s.a.w melalui jalan yang berbeza pada hari raya"(Riwayat Al-Bukhari). Sebenarnya, kalau kita lalu jalan yg berbeza, kebarnagkalian kita jumpa orang ramai lagi besor. tapi kalau dah jalan bali mengambil mase 2 jam untuk balik umah korang, takpelah...tak salah lalu jalan yg same korang datang tu.

Ziarah Menziarahi
Yang ni sebenarnya semanagat Aidilfitri, tapi yang paling bagus sebenarnya pegi ziarah orang-orang tua dan orang-orang susah. Sambil2 tu kita bersedekah.tapi kebanyakkan kita pegi ziarah umah orang-orang kaye, nak nengok umah katenye or umah ade anak dara, nak wat report ngan bakal mak mertua...hehe!


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.
MAAF ZAHIR DAN BATIN
Ikhlas dari :
Izzard, Aishah & Zara

aku masih tak faham signifikannya pelita dengan hari raya.tapi takpelah....tak salah pun kan

No comments:

Post a Comment