Wednesday, August 24, 2011

Tailor Vs. Pelanggan

Apa yang sangat sinonimus dengan raya adalah baju raya. kate orang, kalau tak pakai baju raya baru pagi raya kire macam tak lengkaplah raya tu. Bende lain biar lama, janji baju kene baru. Kalau boleh, pagi raya tu, baju still bau kedai.

Pagi tadi dalam kereta, aku dngr hot fm yang suam-suam kuku.heh! topik hari ni adalah tukang jahit Vs. Pelanggan. Ade satu caller tu punya lah puji tailor die, wat kerja bagus lah.....siap tepat masa lah dan segala pujian melambung lah. yang bestnye, FBI ade tanye lah berapa baju yang die tempah ngan tailor tu. Minah tu jawab 21, saya ulangi 21 pasang baju kurung. Dalam 21 pasang tu, 11,saya ulangi 11, saya ulangi sekali lagi SEBELAS atau, dengan izin yang di pertua ( mcm dalam parlimen la pulak!) ELEVEN adalah milik beliau! Mak aih! banyak gile baju minah ni. Siuman ke tak? ni mau tiap-tiap 6 jam tukar baju, tak pun tidur pun pakai baju kurung jugak agaknya.

Ok! Serious sikit.....

Patut ke nak raya sampai tahap macam tu. Bukan kah itu satu pembaziran? Sampai 11 pasang baju ko....kaya sangat ke? dah cukup sedekah yang ko bagi pada fakir miskin? dah ko suapkan nasi kat dalam mulut anak-anak yatim yang kelaparan?

Ramai lagi yang tak cukup makan, ade yang takde pakaian untuk raya ni. Ko senang-senang pakai baju sampai 11 pasang. Ish! kalau la aku kenal minah ni, memang aku siat-siat baju tu depan die.

Kepada sahabat-sahabat aku yang lain,

Sesungguhnya membazir itu amalan Syaitan



11 pasang baju raya Vs. Budak Kebulur di hari raya


3 comments:

  1. errrkkk garang ko nih nak siat baju orang
    aku sendiri pun buat 5pasang baju kurung tapi ada sebab setahun aku tak buat baju kurung baru. off course baju tu utk aku pakai ke ofis/kenduri lepas ni. kalau orang lelaki yg buat baju melayu 5pasang aku heran gak le, bukn bole pakai p ofis pun!

    berbalik pada isu kakak tu, bagus gak le ko nak siat pun kalau dia tak bersedekah/zakat @ sewaktu dgnnya

    ReplyDelete
  2. gua suspek minah ni mesti dah meroyan sebab dia puasa lebih 16 jam, gua ulangi ENAM BELAS JAM sehari. tu yang balas dendam macam puaka tujuh keturunan! memang patut kena siat baju dia buat kain saprah untuk budak gelandangan buka puasa...

    ReplyDelete
  3. kasi hantam satu kali...chait!!!

    ReplyDelete