Monday, January 17, 2011

Pukul Gambar


Camera sekarang aku rase dah amat murah. Dah mampu milik. Dulu mase aku mule2 nak beli satu, kering jugak la bulan tu. gile punye mahal. Tapi sekarang dah terlalu murah,sampai budak sekolah rendah dapat nombor top 10 kat dalam kelas pun mintak satu. Dan, sekarang ni, kamera dah jadi satu accessories selain dari kegunaan asalnye, tangkap gambar. Aku ulangi, tangkap GAMBAR.

Aku ni tak la terer mane amik gambar ni. Boleh la sikit-sikit. Tapi portfolio pun tak banyak. Camera pun dah letak dalam tupperware, takut kene fungus pulak nanti (kes takde duit nak beli case). Perkara-perkara asas untuk jadi fotografer (dari permerhatian aku terhadap photographer yg otai2):

  1. Jangan amik gambar orang tengah makan (kecuali anda di bayar untuk wat perkara tersebut)
  2. Letak camera dalam bag kalau tak guna,bukan digantung dan dibawa kehulu-kehilir (kecuali anda sedang amik gambar atau tengah on job)
  3. Jangan amik gambar sendiri (mcm budak2 selalu buat untuk gambar wall FB) pkai DSLR
  4. Jangan salahkan kamera kalau gambar tak lawa/tak berapa nak menjadi
  5. Kamera mahal tak semestinya gambarnya cantik
  6. Setakat amik gambar family, tak yah la pakai zoom lense dekat sedepa.
  7. Jangan amik gambar orang tengah tidur (kecuali korang nak kene penampar lepas tu)
  8. Posing photographer nak amik gambar lagi over dari posing orang yg sedang bergambar.
  9. Baru amik gambar sehari dua, terus masuk kan gambar dalam FB pastu bagi tau orang semua yang anda dah ade kelab yg name nye mesti ade "photography" kat belakang (i.e: ahmadphotography)
  10. TOLONG BACA MANUAL KAMERA ANDA SEBELUM NAK PAKAI KAMERA ITU.
Sekian. Harap maklum.....


Masjid Kuala Ibai (circa 2005)
using my first compact camera.

Camera Digital DV2000S
Exposure 0.002 sec (1/611)
Aperture f/3.5
ISO Speed 50
Flash Flash did not fire, auto mode
Date and Time 2005:02:07 18:02:32
Date and Time (Original) 2005:02:07 18:02:32
Date and Time (Digitized) 2005:02:07 18:02:32
Shutter Speed 93/10
Exposure Mode Manual
Digital Zoom Ratio 0/0
Compression Uncompressed
Image Width 2048 pixels
Image Height 1536 pixels

For further dertails, kindly visist http://www.flickr.com/photos/izzard8231

Friday, January 7, 2011

Selamat Bersara dan Semoga Panjang Umur

Selamat bersara kepada Tan Sri Engku Ibrahim Engku Ngah yang merupakan wajah paling sinonumus dengan Hari Raya dan Ramadhan. Aku rase rata-rata kita membesar dengan beliau di kaca TV tiap-tiap kali kedatangan hari-hari tersebut. Tanpa pengisytiharan dari beliau, mungkin agak susah nak confirmkan bile raya/puasa dan negeri-negeri di Malaysia akan raya/puasa lain-lain tarikh. Percaya atau tidak, aku rasa aku kenal beliau sebelum aku kenal Rosyam nor atau Siti Nurhaliza. Kemunculan beliau di kaca TV amat dinanti-nantikan dan sanggup kita alih channel walaupun time tu cerita kegemaran kita sedang disiarkan. Dan pada waktu itulah, kaum keluarga dan sahabat handai akan berada di hadapan TV. Begitulah kuatnya aura dan juga besarnya pengaruh beliau dalam masyarakat Malaysia.

TERIMA KASIH ENGKU!

Thursday, January 6, 2011

Hujan Rintik-rintik

Hari ni hari pertama aku parking luar dari parking lot tingkat bawah pejabat aku ni. Sebelum ni ade season pass, tapi disebabkan kenaikan harga bayaran bulanan yang mendadak (sama macam harga petrol kat Malaysia) aku amik keputusan tak nak teruskan lah pakai season pass ni. Takpe la, ape salahnye jadi rakyat biase kan? kan? kan? (heh!)

Sampai kat parking, hujan turun renyai-renyai. Untuk sampai ke bangunan pejabat, aku kene lalu taman. Sesekali nampak orang berjogging (nak kurus badan punya pasal, sanggup depa lari dlm hujan..heh!). Dengan menjinjing beg document aku, aku redah hujan yang renyai-renyai itu. Mula-mula rase macam sial jugak la sebab orang lain semua berjalan pakai payung. iyelah! aku tak sangka pulak hujan, kata pun 1st timer. mane nak tau kan?

Mula-mula langkah aku agak laju. Lepas seketika, aku perlahankan rentak kaki aku. Terlintas dalam benak kepala aku, bilakah kali terakhir aku berhujan macam ni? .........

Teluk Sekadeh, Pulau Pangkor (circa 2005)

Aku share khemah dengan Tiger dan Apeng. Khemah warna kuning, hak universiti. Kami tiba kurang lebih waktu tergelincir matahari. Tempat ini cukup asing untuk kami. Teluk Sekadeh terletak di bahagian paling selatan Pulau Pangkor. Kene tracking lebih 1 km baru sampai. Kene naik bukit pulak tu. Aku menyumpah dalam hati, apa bala la aku cipta ni.heh!

Khemah kami letak paling depan.Menghadap laut.Konon-kononnye nak extra air-conditioning. Dari horizon laut lepas itu, aku nampak gelap. Gelap segelap gelapnya. " Apeng, aku rase macam nak hujan je tu". " Tak lah, cube ko tgk arah angin ni, semua menghala kelaut,lagipun laut nampak tenang je". "Ish! tak sedap hati aku" Apeng berlalu, nak pegi tolong orang buat khemah utama.

Malam tu lepas sesi suai kenal dan pembahagian tugas ( kurang lebih ade 50 participants),aku bergegas ke khemah. Aku selamatkan aoe yang patut. Aku susun beg kat tengah-tengah khemah. Tiger menyapa " weh! ko dah susun beg tengah-tengah,kite nak tido mane?" " alah! selit jela mane patut.aku taknak pakai baju basah esok.Baju aku pun tak banyak ni." aku lantas menjawab.

Tetiba, titsan hujan jatuh atas dahi aku. mengalir terus ke hidung aku yang tak berapa mancung ni."Ish! Air ape ni?" Apeng meluru masuk khemah " ko perasan tak khemah ni lain macam sikit?" " A'ah la! ini bukan summer tent* ke?" " &%%^$$@$.....universiti punya banyak duit macam ni, beli khemah RM50 je.Jam kite ni...confirm lencun! Patut la air boleh tembus...hantu raya betul lah" dan aku terus memaki tanpa henti. Tetiba Mat Ropi (Ketua kumpulan) meluru dalam khemah kami " Jatt,Apeng,tiger....mintak tolong sket. Khemah besar dah tumbang. kene set up balik, kalau tak abis basah barang-barang nak belajar" Apeng terus berlagak macam ketua " Tiger, ko duduk jaga khemah. Ingat! Barang lagi utama,kita kalau basah boleh lap pkai towel. Jatt, jom kite!"

Akhirnya, khemah sempat diselamatkan. Tapi malam tu malam yang akan aku ingat sampai bile-bile. Ribut datang bawak angin dan hujan, macam kene curah dari atas. Lepas selamatkan dapur dan khemah budak pompuan (hero la katekan!) aku ngan Apeng terus meluru dalam khemah kami. Dalam hujan dan kilat sabung menyabung itu, ternampak satu susuk tubu sedang baring lena diatas beg. Tidur macam budak kecik baru lepas dapat susu.

Malam itu aku ngan Apeng baring di ceruk khemah. Dan malam itu juga, aku tidur dengan separuh badan aku dalam air. Disebabkan kepenatan yang amat sangat (dan polisi aku memang tak suke kacau orang tido), aku hanya mampu mendoakan kebahagiaan tiger dan berharap dia akan mimpi-mimpi yang indah belaka sambil tangan aku dikepal erat.

.......eh! dah sampai ofis rupenye.........

*summer tent : khemah jenis ni hanya dipakai di negara beriklim 4 musim sahaja. sebab summer jarang hujan dan panas, fabrik khemah ini amat nipis dan tidak telap air.kalau kat M'sia ni, Giant letak kat bahagian kanak-kanak sebab setakat nak buat main khemah-khemah dalam rumah adalah amat sesuai.

Wednesday, January 5, 2011

Soalan atas soalan

Soalan 1:

Apakah Kubur yang berjalan dengan penghuninya?

Soalan 2:

Makhluk yang bukan dari keturunan Jin atau Manusia yang pernah mengingatkan kaumnya?

Soalan 3:

5 Makhluk (yang berjalan diatas muka bumi Allah) yang lahir bukan dari rahim ibunya?

**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**





Jawapan:
  1.  Ikan paus dalam peristiwa Nabi Yunus A.S
  2. Semut dalam kisah Nabi Sulaiman dimana ia menyeru kaumnya untuk masuk ke sarang mereka sebelum di pijak oleh tentera Nabi Sulaiman.
  3. Nabi Adam, Siti Hawa,Unta Nabi Saleh, Kibas penganti Nabi Ismail takala Nabi Ibrahim mahu menyembelihnya dan Ular yang menjelma dari tongkat Nabi Musa

* courtesy : "Tiga Kali Seminggu" oleh Dr.Faisal Tehrani.

Tuesday, January 4, 2011

Tukar Nama

Setelah memikir panjang, tahun 2011 ni aku nak tukar nama blog aku ni. Celebrating Life ni bukan tak best, cuma tak berapa nak Melayu bunyinya. so aku tukar jadi Kopi O Kaw. Sebab ape name yg sedemikian,justifikasi sperti berikut:

1. Aku peminat setia kopi O buatan Malaysia
2. Kopi O adalah minuman kegemaran rakyat Malaysia
3. Kulit aku terang sikit dari air kopi
4. Walaupun kopi itu hitam, tapi bile minum rase manisnye
5. Kopi itu pahit, tapi sedap untuk diminum.

Jadi untuk blog Kopi O Kaw aku cuba nak blog pakai bahasa Melayu standard disulami dengan bahasa Melayu pasar.

Terima Kasih kepada yang membaca.

Yang benar;

IZZARD