Monday, July 18, 2011

7 Wasiat Raja-raja Melayu

Wasiat Raja-raja Melayu merujuk kepada 7 Wasiat yang disampaikan semasa Raja-raja Melayu semasa menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Melayu pada 5 Ogos 1957. Wasiat Duli-duli Yang Amat Mulia adalah seperti berikut:
  1. Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung PERSEKUTUAN TANAH MELAYU.
  2. Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain 
  3. Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara
  4. Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini 
  5. Kami isytiharkan ISLAM adalah Agama Persekutuan 
  6. Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu
  7. Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.

Tuesday, July 12, 2011

Imam Muda Musim kedua

Imam Muda Musim ke-2 telah melabuhkan tirai. Mungkin sedikit lambat, tapi rasenye sempat ucapkan tahniah pada Bro. Hasan sebab berjaya jadi Imam Muda unggul (budak UIA tuuuu....hehehhe!). Kepada yang lain tu, korang pun gempak gak. Just takde rezeki.

Secara keseluruhan, program ini amat bagus. Mungkin ade yang try nak kutuk or komen lebeh-lebeh, tapi pendapat aku, biasela tu. Nak buat baik memang macam-macam orang kate. At least kite dah try. Dari bercakap je tapi tak buat, hampeh jugak kan?

Kalau kita tengok dari perspektif yang berbeda, ada baiknya rancangan ini diteruskan untuk masa yang akan datang. Bak kata Saidina Ali kwj, kalau nak tengok sesebuah negara itu, tengok generasi mudanya. Kalau baik generasi mudanya, maka baiklah ia dan begitulah sebaliknya. Orang muda sekarang dah hilang arah. tak tau mane nak ikut. Last-last, depa ikut suka ajelah. Dari segi zahirnya nampak tegas dan garang, tapi bila dicuit sikit terus lemah longlai. Takde pegangan, macam lalang. Musim ni layan Lady Gaga...semua layan Lady Gaga. Time org layan Glee...kite pun layan Glee. Takde pendirian. Pakai buat aje ape yang rase logik.

Aku bagi contoh Bro. Asyraf dari IM1 dulu. Ade satu ketika dimana die sembahyang di gelanggang Futsal bile masuk waktu Asar. Ade yang kate poyo...ade yang kate "perlukah?". Aku kate perlu! Bukan sebab nak kate bagus sangat la sembahyang kat gelanggang Futsal tu, cuma penekanan pentingnya sembahyang itu tak mengira waktu dan tempat. Maknanya, takyahlah sampai tahap tengah main bola, orang azan terus bentang sejadah tengah-tengah padang tu. Agak2lah....tapi berenti la kejap, pegi sembahyang pastu sambung balik.

Jiwa anak-anak muda di Malaysia ini perlu diisi dengan ilmu. Jangan dibiarkan kosong. Kalau nak di penuhkan, janganlah dipenuhkan dengan perkara-perkara lagha semata-mata. Sekali-sekala (kalau boleh selalu) diisi dengan aktiviti keagamaan. Kalau busy, kita try la buat mana yang sempat. Better dari tak buat langsung kan? InsyaAllah, Allah akan tolong melapangkan masa kite.

Kepada Imam Muda, teruskan perjuangan. Tegakkan Agama Islam di muka bumi Allah ini dan satukanlah hati-hati umat Islam amnya dan Melayu khususnya. Semoga Negara ini aman sentosa....

Wallahualam

Thursday, July 7, 2011

Bersih, Kotor atau Bersin....?????

Orang Malaysia ni memang suke berhimpun. Perhimpunan sekolah, perhimpunan Jabatan, Perhimpunan Tahunan, Perhimpunan Parti dan yang terbaru (tak berapa baru sebenarnya) Perhimpunan BERSIH 2.0 (kenapa tak 2.4 aku tak tau!).

Aku secara jujur nya tak kisah....lantak korang lah nak Bersih ke ape ke. Suke hati. Aku pun tak amik port sangat.Aku pun bukan percaya sangat ngan demokrasi alaf baru ni. So, end result, korang nak buat ape, korang buatlah. Tapi masalahnye adalah....start esok banyak jalan yang akan ditutup. Akan banyak roadblock besok pagi sampai malam. Untuk orang yang bekerja kat tengah-tengah bandar KL mcm aku ni,  YES! memang menyusahkan.....!!!!

Kat tengah-tengah KL ni kalau jam yang hari-hari aku tempuh, aku boleh layan lagi lah. Nak wat camane, keter mmg bnyk. Lagipun semua orang mau pergi kerja, cari rezeki. Tapi kalau yang jenis macam ni memang aku tak berkenan. Termasuklah perhimpunan agong UMNO kat PWTC. same gak peel nye. Abis jam satu KL. nak berhimpun ke ape ke, lantak la. tapi pegi la cari tempat lapang. Kat area KLIA nun ke, Putrajaya ke, Seberang Prai ke, Ipoh mali talak sombong punye ke.....but please, not in the middle of KL!

Nak serah notice ke ape ke, pkai email je tak boleh ke? Tak pun letak kat FB, semua orang boleh baca. Tadi aku baru dapat senarai jalan-jalan yang akan ditutup dan tempat-tempat roadblock. Aduihla! Niat korang tu baik...tapi last-last kene kutuk jugak.

Yang geng satu lagi tu pun samelah....chill la bros! dah kate depa tak nak berarak kat KL nih. Tak yah la buat roadblock berbagai. Pastu ade pulak geng2 nak jadi penentang kepada BERSIH pulak tuh! Jangan mulakan provokasi. Iyolah, dalam beribu orang berhimpun tu akan ade yang tak berapa cerdik. Geng2 ni la yang akan berreaksi sementelah ade provokasi. Pastu jadi gaduh. Pastu mulalah tuduh-menuduh.Pastu elok-elok baju kuning, jadi baju merah...sebab darah.

So kepada warga kerja KL, selamat bekerja esok dan berhati-hati dijalan raya. Kepada abang-abang polis dan askar, selamat bertugas sampai hari Sabtu ni. Kepada supporter BERSIH, selamat berhimpun dengan aman.Ingatlah orang tersayang. Kepada Malaysia....."TANAH TUMPAHNYA DARAHKU!"

P/S: Menjunjung titah Tuanku. Daulat Tuanku!