Wednesday, August 24, 2011

Tailor Vs. Pelanggan

Apa yang sangat sinonimus dengan raya adalah baju raya. kate orang, kalau tak pakai baju raya baru pagi raya kire macam tak lengkaplah raya tu. Bende lain biar lama, janji baju kene baru. Kalau boleh, pagi raya tu, baju still bau kedai.

Pagi tadi dalam kereta, aku dngr hot fm yang suam-suam kuku.heh! topik hari ni adalah tukang jahit Vs. Pelanggan. Ade satu caller tu punya lah puji tailor die, wat kerja bagus lah.....siap tepat masa lah dan segala pujian melambung lah. yang bestnye, FBI ade tanye lah berapa baju yang die tempah ngan tailor tu. Minah tu jawab 21, saya ulangi 21 pasang baju kurung. Dalam 21 pasang tu, 11,saya ulangi 11, saya ulangi sekali lagi SEBELAS atau, dengan izin yang di pertua ( mcm dalam parlimen la pulak!) ELEVEN adalah milik beliau! Mak aih! banyak gile baju minah ni. Siuman ke tak? ni mau tiap-tiap 6 jam tukar baju, tak pun tidur pun pakai baju kurung jugak agaknya.

Ok! Serious sikit.....

Patut ke nak raya sampai tahap macam tu. Bukan kah itu satu pembaziran? Sampai 11 pasang baju ko....kaya sangat ke? dah cukup sedekah yang ko bagi pada fakir miskin? dah ko suapkan nasi kat dalam mulut anak-anak yatim yang kelaparan?

Ramai lagi yang tak cukup makan, ade yang takde pakaian untuk raya ni. Ko senang-senang pakai baju sampai 11 pasang. Ish! kalau la aku kenal minah ni, memang aku siat-siat baju tu depan die.

Kepada sahabat-sahabat aku yang lain,

Sesungguhnya membazir itu amalan Syaitan



11 pasang baju raya Vs. Budak Kebulur di hari raya


Monday, August 22, 2011

Raya sudah dekat maaa.....

Dah berapa hari jelagi tinggal untuk seluruh umat Islam di dunia ni ( yang berpuase, separa berpuase, atau tak berpuase langsung) akan menyambut Aidilfitri. Kalau ikut lughah (bahasa), aidilfitri adalh bermaksud kemenangan.

Dalam mana-mana epik dari tamadun-tamadun awal didunia, kemenangan selalunya amat berkait rapat dengan peperangan. Yakni perperangan antara yang baik dan yang jahat (dan selalunya...yg baik akan menang). Dan kerana itu jugalah, Islam juga mengunankan konotasi yang sama....cuma yang berbeda dari segi peperangan itu sendiri. Di bulan Ramadhan, peperangan sebenar adalah perang dengan diri kita sendiri. Iaitu peperangan antara Nafsu dan Akal. Cerita panjang pun tak guna,rase-rasenye kita ni menang tak pada Aidilfitri tahun ni? Sendiri mau jawab aaaa.....

Just for sharing. Perkara-perkara sunnah yang boleh kita buat di Hari Raya nanti (kalau x dapat buat semua takpelah...tapi try la gak kan):

Membersihkan diri, memakai wangian dan memakai pakaian yang elok
Kasi pakai baju baru (Alah! yang korang beli kat Jalan TAR tu....yang sanggup redah tghari panas buat time nuzul Quran aritu....). Kasi wangi. Kasi henshem2 (bg lelaki) dan bagi shantek2 (bg wanita dan separa wanita). Sebelum Subuh di sunatkan kita mandi sunat Aidilfitri (tapi make sure,mandi wajib dulu aaaa..). Tapi make sure lah, baju tu ikut syariat dan sopan ( baju kurung yang jarang2 tu atau baju kebaya nyonya ketat kire sopan tak? hehehhe!)

Bertakbir
Datang awal ke Masjid. takbir raya beramai-ramai. Kalau hafal solo nya, lagi bagus....boleh duduk kat depan. Sian aku tengok, tiap2 tahun pak imam and the geng je yg layan solo for the past 20 years. Suara pun dengar tak dengar dah. So yang suara mcm Mawi or Awie tu, sila-sila lah eh!

Makan sebelum Solat Aidilfitri
A.k.a kita breakfast dulu. Malam tadi dah masak macam2 kan? so kita rasmikan lah pagi tu. Tapi janganlah sental sampai abis. Lek lu, second round kan ade lepas semayang....

Solat Sunat Aidilfitri dan Mendengar Khutbah
Aku ulangi lagi, Solat Sunat Aidilfitri.....bukan wajib tapi sunat muaqad. Jangan pulak orang yang tak pergi solat Aidilfitri ni kita cap die kaffir muraqab pulak. Pastu lps semayang, jangan lak menonong blah mcmtu je, dengor la khutbah tu dulu. Sebab tak lengkap semayang sunat tu tanpa khutbahnye.

Ucapan Tahniah dan Saling Mendoakan
Yang ni boleh buat macam-macam style. Nak tepon pun boleh, nak antar SMS pn boleh, waima nak wish dalam FB pun takpe. Yang penting tujuan dan niat kita itu sampai dan baik. Tak kisahlah medieum ape sekali pun.

Pergi dan Pulang dari Masjid Melalui Jalan Berbeza
Yang ini sunnah.Jabir bin Abdullah berkata "Nabi s.a.w melalui jalan yang berbeza pada hari raya"(Riwayat Al-Bukhari). Sebenarnya, kalau kita lalu jalan yg berbeza, kebarnagkalian kita jumpa orang ramai lagi besor. tapi kalau dah jalan bali mengambil mase 2 jam untuk balik umah korang, takpelah...tak salah lalu jalan yg same korang datang tu.

Ziarah Menziarahi
Yang ni sebenarnya semanagat Aidilfitri, tapi yang paling bagus sebenarnya pegi ziarah orang-orang tua dan orang-orang susah. Sambil2 tu kita bersedekah.tapi kebanyakkan kita pegi ziarah umah orang-orang kaye, nak nengok umah katenye or umah ade anak dara, nak wat report ngan bakal mak mertua...hehe!


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.
MAAF ZAHIR DAN BATIN
Ikhlas dari :
Izzard, Aishah & Zara

aku masih tak faham signifikannya pelita dengan hari raya.tapi takpelah....tak salah pun kan

Friday, August 19, 2011

Tafsiran sendiri (aku taknak komen ape-ape)

Lebih baik kalau anda sendiri firkirkan

(Gambar atas : Yusuf Islam a.k.a Cat Steven, Gambar bawah dari kiri : Wardina Safiyyah, Azmil Mustafa a.k.a Ali Setan, Bob Lokman)

Thursday, August 18, 2011

Overlander Dream - The Ultimate

The Guts and Glory......

Wednesday, August 17, 2011

Friday, August 12, 2011

Perbandingan yang tak tentu pasal : Khas untuk Apple users...hehehheh

 Apple Application Store Icon

Freemason Logo



ADA SAMA?

Wednesday, August 10, 2011

Iklan Motor yang Bersih adalah sangat lame (Part 2)

 FOR THOSE WHO DARES.....



Iklan Motor yang Bersih adalah sangat lame (Part 1)

WHEN THE ROADS END, THE ADVENTURE START......


Tuesday, August 9, 2011

Overlander Dream ?

Asyik melayan berbuka puase depan talibesen kekadang tak sempat nak lihat ape yang disuap dalam mulut. Mata terpacak kat talibesen, mulut sibuk mengunyah. kekadang tersilap amik makan kat pinggan isteri kat sebelah. heh! Bulan pose tahun ni, macam2 rancangan kat tv nun. Siap ade satu saluran khas, Astro Ramadhan namenye. Aku setakt ni tak pernak miss tgk astro ramadhan especially time berbuka and sahur. selepas zikir munajat dan azan, ade paparan tentang satu kumpulan anak2 Melayu Malaysia menjelajah pakai motor untuk ke Mekah. aku mula2 heran gak, asal la mamat2 ni menyusahkan diri nak bawak motor pg Mekah. Punyalah bnyk travel agent kat Malaysia ni buat pakej Umrah. Bayor je RM6K, boleh jalan dah. Tak smpi sehari dah sampai.

Aku ade jugak baca buku pasal 4 orang Malaysian bawak motor dari KL sampai London. Amik mase dalam 2 bulan gak. Ish! lagi la kerja gile nih. Kalau naik flight, 12 jam dah smpi. Dan the best thing is, salah seorang nye adalah seorang PILOT! ( dan aku berkesempatan jumpa pilot tersebut...hehehhe).

So ape sebenarnya yang diaorang nak bukti kan? aku pun tak tau....dan semestinya orang macam aku nak tau sebab ape diaorg buat semua tu. so, ape yang perlu aku buat? hehehhehe.....let me start my overlander dream, design my adventure blueprint, procure my adventure gear and execute my ultimate overlander trip!

                                                           Ini bukan gambar aku....


Monday, August 8, 2011

Perlembagaan Malaysia

Perkara 11 : Kebebasan beragama.

1. Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4),mengembangkannya.

2. Tiada seorang pun boleh dipaksa membayar apa-apa cukai yang hasilnya diuntukkan khas kesemuanya atau sebahagiannya bagi maksud sesuatu agama selain agamanya sendiri.

3. Tiap-tiap kumpulan agama berhak:
(a) menguruskan hal ehwal agamanya sendiri;
(b) menubuhkan dan menyenggarakan institusi-institusi bagi maksud agama atau khairat;dan
(c)  memperoleh dan mempunyai harta dan memegang dan mentadbirkannya mengikut undang-undang.

4. Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam.

5. Perkara ini tidaklah membenarkan apa-apa perbuatan yang berlawanan dengan mana-mana undang-undang am yang berhubungan dengan ketenteraman awam, kesihatan awam atau prinsip moral.

P/S : Tolong sket rakan-rakan yang amik LLB or LLBS, betul ke tak nih? Kalau tak aku tanye Ambiga je nanti....hehhehehe.

Thursday, August 4, 2011

So? What's the problem????


Yang ni aku tak faham? Yang nak marah lebih-lebih tu apasal? memang betul pun.Ini bukan soal perkauman....kate nak 1 Malaysia. Look this as a Malaysian. Not as Muslim, Chinese, Indian, Kadazan, Iban etc.

Memang betul pun perkara ini berlaku. Nak pegi pasar ramadhan, pegi jela...ini tidak, berlebih orang yang tak puase dari orang berpuase. Masa aku kecik-kecik dulu, memang susah nak tengok orang non-muslim makan dikhalayak ramai time bulan Ramadhan. Sekarang ni, dah jadi satu kebiasaan. Yang bab pakaian tu pulak, not only apply to non-muslim but also to my fellow muslims (muslimah)....dah la ko buat dosa pastu mengurangkan pahala aku pulak tu...chait! mesti korang kate, yang pegi tengok tu sape suruh. Ngok! abis dah tu nak suruh aku jalan pejam mata ke?

Ini bukan issue, issue sebenarnya adalah kenapa kita ni tak boleh di tegur walau sedikit pun? Asal tegur je...haaa, racist lah ni. Asal tegur je....ini lah die penolak kemodenan.....pendek kate, ade jelah yang salah kalau kite tegur or nasihat orang lain.

" Jangan lihat kepada siapa yang menasihati kita, tapi dalami isi nasihat itu dan ambil yang baik untuk dijadikan contoh"

P/S: Kalau tak nak kene nasihat, pergi duduk kat pulau sorang.....