Monday, January 30, 2012

Sekitar Januari 2012

Dah masuk tahun baru dah yeop! Walaupun agak terlambat ( sebab aku bukan lah penyokong sambutan tahun baru masehi),tapi nak wish Selamat Tahun Baru 2012 kepada semua. Kepada yang menyambutnya di Dataran Merdeka, KLCC atau Starhill....tahniah! sebab ape yang anda dapat hanyalah pekikan dan lolongan pengikut Hedonism dan kapitalis keparat.

Tahun 2012, kalau mengikut perkiraan org2 Cina, adalah tahun Naga Air. Aku secara peribadi nya amat suka kepada binatang mistik Naga nih. Entahlah! mungkin sebab nampak style ade tatoo naga kat badan (ala2 Chan Ho Nam dalam young & dangerous saga kot...hehehhe). Cume kalau Naga air ni mcm naga tasik Chini, tak timbul2 smpi sekarang.kalau timbul pun, bak kate org2 tue lah, nnti jadi pulau.

Bagi pengikut2 iluminati dan fahaman spekulasi barat, depa predict 2012 ni dunia akan Kiamat. Tambah pulak dengan bunyi suara pelik kat Sibu baru-baru ni, makin ramai lah percaya 2012 ni bumi akan hancur musnah. Ade kate perkiraan mereka buat dari kitab puak Maya kuno, kitab Cina lama, dan tak kurang jugak datang dari hadith-hadith yang tak tahu dari mane (tetiba je keluar). Sudah terang lagi nyata dalam Al-Quran dah seribu tahun cerita pasal hari Kiamat ini (sila rujuk surah Al-Waqiah) dan Rasulullah SAW sendiri dah bersabda dalam hadith-hadith sohih. Cuma nya, tarikh dan waktu itu masih dirahsiakan/ tak diberitahu/ tergolong dalam benda-benda ghaib. Pendapat aku (kepada ustaz ahlul-sunnah waljamaah, tolong betulkan kalau aku silap. Wahabi dan Syiah nak komen pun boleh.....tapi aku pegang yang 1st tu tadi lah.sorry! no offense).Kita sebagai umat Islam wajib percaya benda-benda ghaib (surah Al-Baqarah;1-5) dan salah satunya adalah tarikh hari Kiamat itu sendiri. Percaya bahawa tiada siapa yang tahu hari tersebut bila juga sebahagian dari rukun Iman yang termaktub dalam percaya kepada benda-benda ghaib. Yang kita dok sibuk cari tarikh hari Kiamat tu buat ape? dah cukup ke amalan kite nih kalau kiamat ini berlaku hari ini? tepuk dada tanya iman masing2 la ek.....aku pun bukan baik mane sgt, tapi sekadar mengingatkan diri aku sendiri.

Untuk yang baca fikir2kan dan share pada yang lain. Aku sekadar bagi pendapat. mane yang salah tolong betulkan. 

Selamat Menyambut Maulidul Rasul. Segala puji bagi Baginda, Rasul akhir Zaman......


Qasidah Burdah

No comments:

Post a Comment