Monday, July 23, 2012

Asas Keusahwanan (Introduction)

Alrite! nak memblog perkara-perkara yang lebih sikit duniawinya...just an introduction.Part2 yang seterusnya akan menyusul.

Apa itu Usahawan ?

Zaman sekarang ni nak cari duit kena kerja (kecuali lah parents korang tokey balak atau pemilik kedai emas Habis Jewel). Kerja ini difinisinya terlalu luas. Orang yang takde kerja pun sebenarnya berkerja, berkerja sebagai penganggur.Terpulang kepada individu samaada nak kerja ngan orang (a.k.a makan gaji) atau berkerja sendiri. Alasan selalu yang di beri kepada bakal-bakal mertua kepada mereka yang tak berkerja adalah " Saya kerja sendiri je mak cik, meniaga...ikut sunnah Nabi" tapi selalunya lepas kawin depa duduk umah je. Kalau tanye "asal duduk umah, tak kerja ke?" mereka akan jawab " Projek takde" atau " tengah tunggu projek baru" dan selalunya " Kerajaan tak adil pada saya, mereka bagi kroni je projek diaorang. Orang mcm saya tak main kroni, tak dapat la nak buat duit"

Seorang usahawan adalah mereka yang mempunyai idea untuk berniaga dan merialisasikan idea tersebut dengan skill yang mereka ada dengan objektif memperoleh keuntungan dengan modal yang sedikit. Adakah orang buat MLM itu usahawan? dari segi teknikal nye, ya! mereka adalah usahawan. Dari segi etikanye...wallahualam.

Seseorang usahawan itu selalunya ada kriteria tertentu. Entrepreneur Guru di barat selalu meletakkan kreativiti dan inovasi sebagai prerequisite utk jadi seorang usahawan.Tapi kat Malaysia ni terlalu ramai yang terlalu kreatif sampai bisnis diaorg pun jadi terkreatif jugak. Aku akan try test cuba mencerita perihal keusahawanan ini dari perspektif Malaysia dan dengan bahasa yang lebih mudah (kalau aku pkai bahasa teks book jap lagi, semua orang start tido la kan....)

Kenapa nak jadi Usahawan?

Ramai orang nak jadi Usahawan sebab nak kaya. Lebih-lebih lagi kalau tengok gambar-gambar "usahawan" kite depan Banglow dan kereta mewah. tak salah kalau nak meniaga jadi kaya (by the way, sape nak meniaga rugi ye dak?), tapi cara kene betul.Kita nak keuntungan kita itu secara berterusan dan meningkat. Bukan jenis once-off pastu kaput! Kalau hangpa buat mcmtu, hangpa bukan lah usahawan tetapi SAWAN.

Ilmu juga amat perlu dalam keusahawanan. Tapi kenapa Syed Mokhtar Al-Bukhari tak sekolah tinggi tapi boleh jadi kaya gile babeng ? Jawapan : sebab die ade orang-orang cerdik pandai bawah die. Dan nak jadi mcm beliau, bukan sehari dua tetapi puluhan tahun. Kalau korang sanggup nak tunggu, dipersilakan....

Alasan Biasa Nak Jadi Usahawan:

1.  Minat berniaga
2. Keturunan memang orang berniaga
3. Mak Ayah ade banyak duit.....so boleh pereabihkan dengan cara berniaga
4. Dah xde kerja.
5. "Saya kreatif, saya suka berniaga"
6. Nak cari makan....
7. "Buku Warren Buffet saya dah hafal."
8. "Saya nak jadi mcm Steve Job dan Bill Gates."
9. "Saya amat bersemangat untuk berniaga!"

Alasan Nombor 6 itu adalah alasan yang paling tepat.

(Bersambung di bahagian KE-2)

1 comment:

  1. Hi, Nice post I enjoyed reading it. Can I contact you through your email? Please email me back. Thanks!

    Thanks!

    Joel
    JHouston791@gmail.com

    ReplyDelete